X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Alami Bengkak Kaki Ketika Hamil? Itu Antara Tanda Mengandung Yang Sihat

6 min bacaan
Alami Bengkak Kaki Ketika Hamil? Itu Antara Tanda Mengandung Yang Sihat

Kaki bengkak atau edema adalah antara tanda mengandung yang biasa berlaku, ketahui cara untuk mengatasinya!

Selalu tak ibu mengandung alami cramp kaki ketika tidur? Apabila bangun dari katil pula sakitnya kaki bila jejak lantai. Rasa mencucuk cucuk? Dan apabila malam pula kaki membengkak macam disengat tebuan? Itulah tanda mengandung yang sihat dan normal paling ketara, ia dipanggil edema!

Dan sebenarnya edema ini bukan saja berlaku di kaki ya, anda mesti tidak lagi muat untuk menyarung cincin perkahwinan di trimester ke tiga kehamilan bukan?

Isi Kandungan

  • Tanda Mengandung
  • Adakah Ia Normal?
  • Cara Kurangkan Bengkak
  • Tanda Mengandung Lain
  • Tanda Mengandung Yang Pelik

Edema Tanda Mengandung

Oedema/Edema iaitu bengkak pada buku lali dan tapak kaki sering terjadi dan cukup biasa  dalam kehamilan kerana pada waktu ini, badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada keadaan normal. 

Mengapa edema dikatakan salah satu tanda mengandung?  Ini kerana pabila bayi semakin membesar di dalam rahim, ia akan memberi tekanan pada saluran darah di bahagian pelvik.

Lantas menyebabkan saluran darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah terjejas. Saluran darah ini dikenali sebagai vena kava, ia terletak pada bahagian kanan badan.

bengkak kaki tanda mengandung

Lantas tekanan yang dialaminya menyebabkan peredaran darah menjadi perlahan lalu darah pun terkumpul. 

Akibat daripada darah terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui saluran darah kecil (kapilari) dan masuk ke dalam tisu pada tapak kaki serta buku lali. Disebabkan sesetengah wanita hamil yang menyimpan lebih banyak air, maka ini menambahkan lagi bengkak kaki. 

Bengkak kaki ini akan terjadi jika anda banyak berjalan, lantas pada waktu petang atau penghujung hari anda dapati kaki semakin membengkak. Dan apabila dipicit atau ditekan ia tidak akan melantun atau menganjal. 

Adakah Edema Ini Tanda Mengandung Normal?

Ya, boleh dikatakan 50 hingga 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalami edema ini. Dan ia biasanya terjadi pada trimester ketiga kehamilan.

Ramai yang cakap bengkak kaki bila surut itu tanda nak bersalin? Tidak juga, ia mungkin berlaku pada sesetengah wanita hamil tapi ada juga yang masih bengkak kakinya dan telah tiba waktu bersalin. 

Namun sekiranya anda mengalami bengkak teruk pada tangan, muka dan tapak kaki maka segeralah berjumpa doktor. Kerana bimbang pula ia adalah tanda praeklampsia. 

Cara Mengurangkan Bengkak

cramp kaki adakah tanda mengandung

  • Tinggikan kaki apabila baring atau duduk untuk melancarkan peredaran darah. Letak kerusi kecil di pejabat untuk menahan kaki anda. 
  • Baring mengiring ke kiri. Ia dapat mengurangkan tekanan pada vena kava. 
  • Elakkan berjalan terlalu lama tanpa rehat. Memanglah ibu hamil di hujung kehamilan digalakkan berjalan tapi bukanlah terlalu lama sampai letih ya. 
  • Elakkan menyilang kaki ketika duduk
  • Sekiranya anda masih perlu travel ke luar negeri pastikan anda memakai stokin sokongan atau stokin tekanan (support tights), ia dapat membantu mengelakkan darah beku disekelilingi buku lali apabila anda duduk terlalu lama. 
  • Berurut. Ya anda masih boleh berurut tapi di bahagian tertentu sahaja. Seperti kes ini, anda boleh berurut di bahagian kaki. Ia mampu memberi kelegaan walaupun sementara. Sekiranya ingin hasil yang lebih baik, lakukan ia tiga kali seminggu. 
  • Berenang juga dapat mengurangkan bengkak kaki, ini keranan di dalam air, badan anda akan terapung jadi perjalanan darah juga akan menjadi lancar. 

tanda mengandung

Seperti tanda hamil dan kesan kehamilan lain, bengkak kaki juga akan hilang sebaik anda melahirkan si comel nanti.

Jangan terlalu bimbang, perjalanan kehamilan ini sepatutnya menyeronokkan jika anda menjadi lebih positif.

Sekiranya bengkak kaki ini betul-betul menganggu rutin harian anda, berbincanglah dengan doktor mengenai langkah sebaiknya. 

Tanda Mengandung Lain Yang Anda Perlu Tahu

1. Perut membuncit

Apabila bayi dalam kandungan 2 bulan, perut ibu akan mula membuncit kerana adanya pertumbuhan janin yang semakin membesar.

Ada ketikanya, pola makanan wanita hamil juga akan turut meningkat. Sekaligus pertambahan berat badan akan berlaku.

2. Kerap buang air kecil

Tanda bayi dalam kandungan 2 bulan yang kerap terjadi adalah kerap membuang air kecil kerana ukuran bayi yang semakin membesar dalam rahim ibu.

Hal ini kerana, ketika proses hamil janin akan menekan pundi kencing ibu dan menyebabkan keinginan buang air kecil dengan lebih kerap akan terjadi.

3. Morning sickness tanda mengandung yang ketara

Tanda hamil dua minggu juga adalah ibu akan mengalami mual dan muntah yang berlebihan. Bahkan ia terjadi secara tiba-tiba.

Namun tak usah bimbang kerana ia merupakan keadaan normal yang berlaku bila ibu berada di awal kehamilan.

4. Cepat penat dan selalu mengantuk

Bayi dalam kandungan 2 bulan juga akan menyebabkan ibu berasa penat dan mengantuk. Ini adalah keadaan yang biasa terjadi pada ibu hamil yang sedang berbadan dua.

Bahkan, ada wanita mengandung yang harus mendapatkan rehat secukupnya sepanjang hamil kerana tubuh yang terlalu lemah.

Namun begitu, jangan terlalu memaksa diri melakukan kerja-kerja berat jika mempunyai tubuh yang lemah dan mudah sakit.

5. Perubahan pada payudara

Payudara merupakan bahagian tubuh yang sangat berkait rapat dengan sistem reproduksi wanita dan ia akan mengalami perubahan ketika hamil.

Payudara ibu hamil akan rasa lebih padat dan warna aerola akan berubah gelap. Diingatkan juga ketika di akhir kehamilan, ukuran payudara akan membesar dan sering rasa nyilu sebagai persediaan untuk penyusuan.

6. Perut kurang selesa

Ketika proses kehamilan terjadi terutama ketika masuk ke usia dua bulan, ibu akan mengalami keadaan perut yang kurang selesa.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Sebagai ciri-ciri awal kehamilan, perut akan mengalami tekanan di bahagian bawah dan kadang-kadang akan rasai sedikit kram.

7. Nafsu makan meningkat

Sudahkah Anda Mula Rasa Tanda-Tanda Ini?

Ketika berbadan dua juga, nafsu makan akan meningkat dan jauh lebih banyak berbanding sebelumnya!

Nafsu makan yang meningkat ini adalah kerana respon otak yang memerlukan nutrisi sepanjang proses kehamilan.

Walau bagaimanapun, anda harus mendapatkan pemeriksaan rutin di klinik kesihatan bagi memastikan ibu dan bayi dalam keadaan yang baik. Diharap kehamilan anda berlangsung dengan sempurna.

Tanda Mengandung Yang Pelik Tapi Pernah Terjadi

1. Mengidam sesuatu yang pelik

Dulu pernah tular apabila si isteri teringin untuk bermandi hujan. Ketika wanita-wanita lain mengidam makanan yang sedap-sedap, wanita ini pula mengidam untuk bermain air hujan. Pelik tapi kalau dah mengidam tu tak bolehlah nak kata apa. 

2. Sendawa rasa gas

Ini selalu juga terjadi tapi ramai wanita yang tidak perasan. Ia selalu terjadi bila waktu pagi atau bila wanita mengandung rasa lapar. Seperti yang anda tahu, wanita hamil tidak boleh biar perut kosong terlalu lama, disebabkan itu disarankan makan dengan kerap tapi dalam kuantiti sedikit. Bukan makan sekali banyak tapi hanya 3 kali sehari. Sendawa gas ini seakan terasa seperti anda baru minum 1 tin air bikarbonat. 

3.  Kulit lebih cantik atau boleh jadi sangat teruk

Ada keadaan apabila mengandung sahaja, kulit tampil cukup berseri. Yang dulu ada jerawat tiba-tiba bila mengandung kulit jadi licin dan glowing. Ada juga tanda mengandung yang kulit jadi cukup teruk. dulunya kulit flawless tiba-tiba sahaja naik jerawat satu muka. Malah pernah tular dulu kulit ibu hamil ini jadi seperti nenek tua!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Praeklampsia: Tanda, Risiko & Cara Pencegahan Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Baca juga: 8 Senaman Kardio Terbaik Untuk Ibu Hamil, Boleh Kurangkan Sakit Belakang & Bengkak Kaki

Baca juga: 7 Cara Hilangkan Cramp Kaki Ketika Hamil, Paling Penting Minum Air Kosong Secukupnya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Alami Bengkak Kaki Ketika Hamil? Itu Antara Tanda Mengandung Yang Sihat
Kongsikan:
  • Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Punca & Cara Mengatasinya

    Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Punca & Cara Mengatasinya

  • 7 Petua Mudah Kurangkan Kaki Bengkak Ketika Hamil

    7 Petua Mudah Kurangkan Kaki Bengkak Ketika Hamil

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Punca & Cara Mengatasinya

    Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Punca & Cara Mengatasinya

  • 7 Petua Mudah Kurangkan Kaki Bengkak Ketika Hamil

    7 Petua Mudah Kurangkan Kaki Bengkak Ketika Hamil

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.