X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tanda Hamil Yang Paling Ketara, Boleh Tahu & Nampak Tak Sampai Satu Bulan!

8 min bacaan
Tanda Hamil Yang Paling Ketara, Boleh Tahu & Nampak Tak Sampai Satu Bulan!

Artikel ini akan menjelaskan tanda hamil melalui darah. Sebilangan wanita akan mengalami bercak darah atau implantasi/spotting dan ia selalu disalah anggap sebagai haid!

Apabila anda cuba untuk hamil, anda harus peka dengan tanda hamil yang mungkin membawa diri ke fasa yang lebih menggembirakan. Dan kebiasaannya tanda hamil ini sama seperti tanda nak datang bulan!

Walau bagaimanapun, kejayaan itu akan menjadi lebih licik dan misteri apabila terdapatnya implantasi awal iaitu pengeluaran darah seakan-akan haid. Situasi implantasi ini akan membuatkan anda sedikit keliru sama ada darah yang keluar itu adakah spotting tanda hamil atau menstruasi?

Jom kita tengok bagaimana anda boleh membezakan sama ada darah yang keluar itu satu tanda mengandung dari implantasi ataupun sebenarnya darah haid.

Isi Kandungan

  • Tanda Hamil Yang Ketara
  • Apa Itu Implantasi?
  • Ketahui Simptom Implantasi 
  • Beza Tanda Implantasi dan Darah Haid
  • Tanda Hamil Lain
  • Mengidam Tanda Kehamilan

Tanda Hamil Yang Ketara

tanda hamil sakit payudara

1. Payudara sakit/ bengkak: Apabila anda hamil, badan anda mengalami perubahan besar dalam hormon khususnya, peningkatan dalam estrogen dan progesteron bagi menyokong bayi anda yang sedang membesar.

Perubahan dalam hormon ini boleh menyumbang kepada banyak gejala, termasuk di bahagian payudara. Selalunya, perubahan pada payudara termasuklah terasa sakit atau bengkak mula menjadi ketara beberapa hari sebelum terlepas haid.

2. Cramp perut seakan nak period: Walaupun kekejangan dan sakit di bahagian bawah perut boleh menandakan datangnya haid, ia juga boleh menjadi tanda implantasi.

Kekejangan implantasi boleh berlaku dengan atau tanpa pendarahan, dan mungkin berasa berbeza daripada kekejangan ketika ingin haid. Sebagai contoh, anda mungkin berasa sakit yang ringan hingga sederhana yang boleh datang dan hilang selama beberapa hari.

3. Perut bloated: Kita semua pernah mengalami perut kembung atau sembelit dari semasa ke semasa, dan kedua-duanya juga adalah agak biasa semasa kehamilan. Sekali lagi, perubahan hormon itu adalah puncanya.

Mereka melambatkan penghadaman, yang boleh menyebabkan pengumpulan udara di dalam usus sehingga menyebabkan sembelit.

Pada awalnya, kembung perut atau sembelit mungkin ringan dan disertai dengan gejala kehamilan yang lain. Tetapi jika anda benar-benar hamil, simptom ini mungkin kekal sepanjang kehamilan anda.

4. Sakit kaki di bahagian peha: Bahagian peha anda mungkin terasa sengal dan sakit, tidak seperti biasa sekiranya anda sedang hamil.

5. Sakit kepala: Sakit kepala boleh berlaku kerana peningkatan jumlah darah dan perubahan hormon yang berlaku pada awal kehamilan. Anda juga boleh mengalami sakit kepala jika anda mengalami dehidrasi akibat loya.

sakit tanda tanda awal hamil

6. Mual dan muntah-muntah: Ia mungkin merupakan gejala kehamilan yang paling lazim berlaku. Gejala ini boleh berlaku seawal dua minggu selepas persenyawaan.

Dalam sekitar minggu keempat kehamilan dan tepat pada masa anda akan terlepas haid jika anda hamil. Sesetengah wanita bagaimanapun mungkin tidak mengalami loya atau muntah sama sekali. 

7. Kerap kencing: Jika anda kerap berulang-alik ke tandas untuk membuang air kecil sekitar masa haid anda yang seterusnya, ini mungkin menjadi tanda kehamilan.

Kehamilan meningkatkan jumlah darah dalam badan anda, yang memberikan buah pinggang anda lebih banyak cecair untuk ditapis dan lebih banyak bahan buangan untuk disingkirkan. Jadi, jika anda hamil, anda mungkin perasan anda semakin kerap kencing. Ini merupakan satu gejala yang boleh bermula lebih awal dan akan berlarutan sepanjang kehamilan anda.

8. Keletihan: Keletihan pada awal kehamilan adalah perkara biasa, dan sesetengah wanita mungkin menyedarinya sebelum mereka tahu bahawa mereka hamil. Malah, keletihan mungkin berlaku sejurus seminggu selepas pembuahan. Ini berlaku kerana perubahan mendadak dalam tahap hormon, terutamanya peningkatan progesteron.

9. Selalu mengantuk: Selain mudah berasa letih, anda juga akan lebih senang untuk berasa mengantuk dan tertidur meskipun di siang hari ketika di awal kehamilan. 

Tanda Hamil Yang Paling Ketara, Boleh Tahu & Nampak Tak Sampai Satu Bulan!

10. Lapar tanda awal kehamilan: Ia juga merupakan salah satu simptom mengandung yang sering dialami wanita. Keadaan ini terjadi akibat daripada perubahan hormon yang berlaku dalam badan apabila hamil. 

11. Selera makan mungkin berkurangan: Namun, ada juga wanita yang hilang selera makan ketika di awal kehamilan akibat kerap mengalami rasa mual dan muntah-muntah. 

12. Sensitif pada sesuatu bau dan rasa: Ramai wanita menyatakan bahawa kepekaan terhadap bau adalah salah satu tanda pregnant yang pertama. Malah, sebanyak dua pertiga wanita menjadi lebih sensitif atau reaktif terhadap bau di sekeliling mereka semasa mengandung.

Dan selalunya, deria bau yang meningkat ini boleh bertahan sepanjang trimester pertama atau seterusnya, dan menyumbang kepada gejala lain seperti loya, dan keinginan atau keengganan untuk makan.

13. Spotting atau pendarahan implantasi: Ramai wanita terkejut apabila mengetahui bahawa tompok atau pendarahan kecil boleh menjadi petanda mengandung, tetapi kira-kira satu pertiga wanita mengalami gejala hamil ini. Ini sering dipanggil sebagai pendarahan implantasi kerana doktor percaya ia berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat (atau implan) sendiri ke dalam lapisan rahim. Ini berbeza daripada pendarahan yang boleh berlaku daripada sesuatu seperti keguguran, yang biasanya lebih berat.

Apa Itu Implantasi?

beza tanda awal hamil dengan haid

Implantasi adalah keadaan di mana sperma membuahkan telur dalam tiub fallopian. Selepas itu, sel dibahagikan dan bilangannya semakin bertambah.

Kemudian, telur yang disenyawakan itu akan bergerak ke arah rahim. Di sana, ia akan tumbuh sehingga cukup matang dan menjadi blasctocyct.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Setelah itu, blastocyct akan terbenam dalam tisu uterus/rahim dan ini dikenali sebagai implantasi. Bahkan, implantasi selalu berlaku dalam tempoh masa sepatutnya anda datang haid.

Jadi, ia akan menyebabkan sesetengah wanita keliru sama ada anda hamil atau datang bulan. Jika terjadi implantasi ini, ibu hamil tak perlu bimbang kerana ia adalah salah satu simptom hamil awal.

Ketahui Simptom Implantasi 

Secara lazimnya, simptom implantasi yang berjaya adalah seperti berikut:

  • Kekejangan: Wanita tersebut akan merasakan kekejangan atau ketidakselesaan pada abdomen bahagian bawah (di kawasan perut). Namun tak semua wanita alaminya kerana tanda hamil setiap orang adalah berbeza-beza.
  • Kekejangan ini berlaku apabila blastocyct membenamkan diri ke dalam dinding uterus. Namun, kekejangan ini hanya berlaku lebih ringan dan berlangsung selama satu ke dua hari.
  • Spotting/bercak darah: Pendarahan implantasi dikenali sebagai spotting. Ia merupakan salah satu tanda hamil awal.

Bagaimanakah Perbezaan Antara Pendarahan Implantasi/ Spotting dan Darah Haid?

  • Warna darah yang berbeza: Darah haid berwarna merah tua. Pendarahan implantasi pula biasanya berwarna merah jambu pucat atau coklat pekat.
  • Tidak beku: Pendarahan implant tidak ada darah beku dan teksturnya tak sama seperti darah haid.
  • Tempoh yang lebih pendek: Menstruasi normal berlangsung selama tiga ke tujuh hari. Tapi pendarahan implantasi hanya memerlukan sedikit masa seperti selama beberapa jam atau tiga hari secara keseluruhan.
  • Tak berat seperti haid: Ketika menstruasi, kita perlu pakai tuala wanita kerana darah akan mengalir memenuhi seluar dalam. Tapi pendarahan implan tak memerlukannya kerana hanya sedikit saja darah akan keluar.

antara implantasi dan haid

Lain-lain Tanda Hamil Wanita Harus Lebih Peka

Implantasi dalam kata lain adalah pengesahan tanda hamil awal. Berikut merupakan gejala lain yang menunjukkan bahawa anda sedang berbadan dua dan ciri-ciri mengandung ini adalah antara yang paling biasa berlaku:

  • Haid lewat

Biasanya haid anda akan datang secara teratur setiap bulan. Tapi tiba-tiba, haid tidak datang dan lewat dari tempoh yang sepatutnya. Ini mungkin anda sedang berada di fasa awal kehamilan. Tahu tak walaupun period anda baru lewat satu hari anda dah boleh check menggunakan pregnancy test!

  • Payudara sensitif

Anda mungkin mendapati payudara kelihatan membengkak atau terasa sakit. Ini adalah tanda hamil dan berlaku kerana perubahan rembesan hormon.

  • Terlalu emosi / moody

Sekiranya anda merasakan diri selalu emosi berbanding sebelumya. Ini juga adalah salah satu tanda-tanda orang mengandung kerana perubahan hormon.

  • Mengelak makanan tertentu

Kehamilan ada ketikanya membuatkan ibu hamil sensitif terhadap bau dan rasa yang datang daripada makanan tertentu.

  • Rasa kembung perut

Anda merasakan perut seperti kembung yang biasanya berlaku sebelum haid. Ia boleh jadi angkara perubahan hormon.

  • Hidung tersumbat

Apabila perubahan hormon terjadi ia boleh menyebabkan membrane mucus hidung membengkak. Pendarahan hidung juga boleh berlaku.

  • Sembelit

Perubahan pada hormon juga boleh melambatkan sistem pencernaan sekaligus menyebabkan sembelit.

Mengidam Tanda Kehamilan

“Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Bahkan kini, bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi benda-benda lain yang kadang-kala agak unik dan pelik.  

Simptom pregnant seperti mengidam ini dialami mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita. Terdapat juga keadaan di mana seseorang wanita mengandung memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari-hari biasa jika tidak mengandung.

Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak berlaku kepada semua wanita hamil.

Jika ada sebarang kebimbangan atau soalan yang lebih lanjut tentang kitaran haid atau panduan berkaitan kehamilan anda, terus saja berjumpa yang lebih pakar untuk mengetahui sama ada anda benar-benar hamil atau sebaliknya.

Sumber

Health Partners (n.d). Are you pregnant? Here are 16 early signs and symptoms of pregnancy. www.healthpartners.com/blog/first-symptoms-of-pregnancy/

Mayo Clinic (Dis 3, 2021). Symptoms of pregnancy: What happens first. www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/symptoms-of-pregnancy/art-20043853

Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 16 Tanda Hamil Dah Masuh Tiga Hari, No.9 Paling Senang Nak Tahu

Baca juga: 7 Tanda Hamil 2 Minggu Yang Buat Ramai Ibu Keliru, Waktu Inilah Sesuai Buat Ujian Kehamilan!

Baca juga: Kejang Perut Melampau Awal Kehamilan, Salah Satu Tanda Hamil Ectopic Atau Luar Rahim!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Tanda Hamil Yang Paling Ketara, Boleh Tahu & Nampak Tak Sampai Satu Bulan!
Kongsikan:
  • 10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

    10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

  • 14 tanda anda hamil anak lelaki menurut Islam, ibu pasti akan lebih teruja!

    14 tanda anda hamil anak lelaki menurut Islam, ibu pasti akan lebih teruja!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

    10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

  • 14 tanda anda hamil anak lelaki menurut Islam, ibu pasti akan lebih teruja!

    14 tanda anda hamil anak lelaki menurut Islam, ibu pasti akan lebih teruja!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.