9 tanda anda telah menjadi isteri yang terbaik untuk suami

lead image

Anda tertanya-tanya apa tanda isteri yang baik? Hari ini kami senaraikan 9 tanda isteri yang baik untuk anda. Tengok ada tak ciri-ciri ini pada anda?

Pernahkah anda tertanya-tanya jika anda ini sebenarnya isteri yang terbaik untuk suami atau tidak? Agaknya, apa tanda isteri yang baik?

Hari ini, kami bawakan 9 tanda isteri yang baik untuk disemak oleh anda. Lepas ini bolehlah anda mengesahkan yang anda telah mencuba sehabis baik untuk jadi pasangan terbaik pada suami!

9 tanda isteri yang baik – ada tak ciri-ciri ini pada anda?

Tanda isteri yang baik #1: Anda gelak pada semua gurau suami

Adakah anda selalu terhibur dengan gurau atau lawak yang dibuat suami? Lagipun, kalau anda tak gelak dan terhibur, siapa lagi? Betul tak?

Jika anda menganggap suami anda itu menghiburkan dan anda suka dengan gurauannya, nescaya anda ialah isteri terbaik untuk pasangan anda itu!

Tanda isteri yang baik #2: Anda rapat dengan keluarga mertua

tanda isteri yang baik, tanda isteri sayang suami, tanda istri yang baik,

Jika anda rapat dengan keluarga sendiri, malah juga keluarga mertua, itu sebenarnya tanda isteri yang baik. 

Anda faham dan menghargai nilai kekeluargaan. Malah, anda tidak lokek atau kekok berkongsi kasih sayang di antara dua keluarga.

Tanda isteri yang baik #3: Anda beri semangat pada suami

Untungnya jika suami memiliki seorang isteri yang tidak berputus asa padanya.

Jika anda selalu memberi galakan, sokongan, dan semangat pada suami, ketahuilah yang ia ialah salah satu tanda isteri yang baik.

Tanda isteri yang baik #4: Anda berlaku jujur pada suami

tanda isteri yang baik, tanda isteri sayang suami, tanda istri yang baik,

Kejujuran adalah tunjang perkahwinan. Sebab itu jika anda sentiasa berlaku jujur pada suami, anda antara isteri terbaik yang suami anda ada!

Lagi satu, jika anda tahu bila ingin meluahkan rasa yang terpendam pada suami, anda sebenarnya seorang isteri yang rasional dan bijak. Untung suami dapat isteri begini!

Tanda isteri yang baik #5: Terima keburukan dan kelebihan suami seadanya

Tiada seorang pun yang sempurna. Namun, dalam ketidaksempurnaan diri anda, percayalah yang seorang isteri terbaik akan sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan suami dengan seadanya.

Malah, maksud menerima itu sendiri bermaksud tidak menghukum pasangan sewenang-wenangnya. Ini salah satu tanda isteri yang baik!

Tanda isteri yang baik #6: Selalu berfikiran positif

tanda isteri yang baik, tanda isteri sayang suami, tanda istri yang baik,

Bersikap dan berfikiran positif bukan saja akan membuatkan dunia rasa lebih indah, malah ia juga mampu meningkatkan tahap kesihatan anda!

Sifat negatif tidak sihat untuk anda. Jadi kalau isteri anda itu selalu berfikiran positif, percayalah yang rumah tangga anda pasti akan bahagia!

Tanda isteri yang baik #7: Tidak menyimpan dendam

Saling memaafkan antara satu sama lain ialah benda yang penting dalam sesebuah perkahwinan. Sebab itu bila anda atau pasangan melakukan kesalahan, jangan segan untuk minta maaf.

Malah, jika anda di pihak yang benar, jangan berdendam atau sukar menerima kemaafan. Anda patut belajar dari kesilapan.

Tanda isteri sayang suami #8: Tahu bertolak ansur dalam hubungan

tanda isteri yang baik, tanda isteri sayang suami, tanda istri yang baik,

Hubungan rumah tangga dibina atas dasar dua pihak. Sebab itu dua pihak ini harus bijak bertolak ansur. 

Barulah rumah tangga bahagia. Jika isteri anda meletakkan perkahwinan kalian di tangga pertama melebihi benda lain, ini merupakan tanda isteri yang baik dan jangan sesekali mensia-siakannya!

Tanda istri yang baik #9: Bijak bertenang dan kawal perasaan

Biasalah tu kalau bergaduh dan bertikam lidah. Namun, adakah isteri anda itu jenis bijak bertenang dan mengawal perasan?

Jika ya, maka dialah isteri terbaik yang pernah anda dapat! Hargai isteri anda itu dengan sebaik-baiknya. Semoga perkahwinan kalian dilimpahi rahmatNya.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel diterjemah dari: theAsianparent Singapore

Baca juga:

6 Perangai Isteri Yang Buat Suami Makin Sayang Dan Jatuh Cinta Setiap Hari