7 Tanda Kandungan Bermasalah Yang Perlu Ibu Hamil Peka Lebih Awal, Elak Risiko Pada Diri & Janin

Tanda kandungan bermasalah boleh berlaku pada mana-mana ibu. Ia biasanya membuatkan anda rasa tidak selesa ataupun sakit yang berlarutan

Setiap ibu pastinya meletakkan harapan yang begitu tinggi agar bayi dalam kandungan membesar dengan sihat. Namun dalam sesetengah kes, ada yang kecewa sebaik mendapat tahu adanya tanda kandungan bermasalah selepas imbasan dilakukan.

Disebabkan itulah ibu-ibu yang berbadan dua diminta untuk membuka buku kehamilan dan memastikan hadir mengikut tarikh temu janji yang telah ditetapkan oleh jururawat bertugas.

Hal ini adalah untuk memudahkan mereka membuat pemantauan terhadap kesihatan ibu dan perkembangan baby dalam perut.

Tanda kandungan bermasalah yang perlu ibu waspada

ciri janin tidak berkembang

Bagi ibu baharu, kebanyakannya tidak begitu tahu tanda kandungan bermasalah ataupun tidak. Namun ia boleh dikenal pasti dengan beberapa perubahan pada diri anda sendiri ataupun bayi.

1. Tiada degupan jantung 

Biasanya degupan jantung boleh didengar ketika usia janin 5 minggu. Kami banyak melihat perkongsian rakan-rakan di FB mempunyai masalah sebegini, di mana, ketika scan, baby tiada degupan jantung kelihatan.

Apabila ini terjadi, doktor akan minta ibu tersebut menunggu sehingga usia janin 7 minggu. Sekiranya masih sama pada ujian scan yang seterusnya, anda hanya boleh berserah pada Tuhan, doktor sendiri akan mengesahkan sama ada kandungan menjadi atau tidak. 

2. Perut selalu ‘cramp’ 

Sepatutnya, ketika hamil anda tidak akan alami ‘cramp’ perut. Ya, mungkin ia berlaku sekali dua sahaja jika bayi bergerak.

Namun sekiranya terlalu kerap perut mengeras dan sakit bawah perut, itu tanda kandungan bermasalah terutamanya kehamilan yang masih awal iaitu trimester pertama atau kedua.

Keadaan ini amat membimbangkan ramai ibu kerana anda berisiko tinggi untuk melahirkan bayi pramatang ataupun mengalami keguguran. Justeru jangan malu untuk menceritakan pada doktor O&G jika anda rasa bimbang dengan bayi dalam kandungan.

3. Pendarahan

Tanda kandungan bermasalah yang seterusnya adalah pendarahan. Biasanya pendarahan berlaku apabila anda sudah dekat-dekat nak bersalin tapi sekiranya pendarahan terjadi lebih awal ia boleh membimbangkan tahap kesihatan bayi dalam perut.

Selain itu, ia boleh menyebabkan bayi pramatang sebelum due date. Lalu beberapa risiko masalah kesihatan pada bayi selepas dilahirkan nanti. 

Namun, ibu jangan terlalu khuatir sekiranya pendarahan berlaku. Mungkin pendarahan akan berhenti sendiri, (jika tak membimbangkan). Biasanya, berpunca dari hormon yang kurang stabil jadi dapatkan rehat secukupnya. 

4. Kerap sakit belakang

Apabila bayi semakin membesar dalam perut, ibu akan merasa sakit belakang. Tapi sekiranya ia kerap dan tak boleh dikawal, itu mungkin ciri ciri kandungan bermasalah.

Berkemungkinan masalah akan berlaku pada saluran pundi kecing dan buah pinggang. Apapun, dapatkan nasihat doktor sekiranya anda kerap sakit belakang. 

5. Keputihan teruk 

Masalah keputihan memang akan berlaku ketika anda mengandung dan ia normal. Puncanya disebabkan peningkatan hormon estrogen yang menjadi salah satu sebab keputihan keluar banyak.

Namun begitu, keputihan berketul dan banayk mungkin tanda jangkitan kuman pada saluran kencing yang boleh menyebabkan kesihatan ibu hamil terjejas. 

Biasanya, keputihan berwarna putih dan berlendir. Itu adalah simpton biasa bagi ibu mengandung.

Namun jika keputihan berketul, banyak dan bertukar warna coklat dan kemerahan (seperti berdarah), pastikan segera merujuk doktor dan jangan berlengah.

Ia boleh menjadi punca kelahiran pramatang. Hal ini kerana, ada sebilangan kes pintu rahim terbuka awal kerana apabila ada spotting atau tompokan darah. Itu tanda anda dah nak bersalin! 

6. Ukuran rahim tidak membesar  

tanda kandungan bermasalah

Checkup kandungan setiap bulan, pasti nurse akan check juga ukuran tinggi rahim. Ini adalah penting bagi mengesan bayi dalam kandungan sihat dan membesar dengan baik.

Tapi apabila doktor dapati ukuran rahim tak normal atau tidak membesar dengan sempurna, ia mungkin antara ciri ciri kandungan bermasalah yang berpunca dari pernafasan, suhu badan dan tekanan darah.

7. Tiada pergerakan bayi 

Teringat seorang kenalan, dia menceritakan bagaimana dia perlu ke hospital jam 2 pagi kerana tidak merasa pergerakan bayi bermula dari 6 petang. Fuh lama tu!

Panik juga kalau jadi macam ini, hati pun rasa tak sedap dan tertanya-tanya sama ada bayi okay atau tidak dekat dalam perut ini. Sebab itu, ibu perlu mengira pergerakan bayi dengan baik dan segera ke hospital jika bayi tak bergerak.

Biasanya bayi kurang bergerak adalah kerana tiada ruang yang mencukupi (trimester ketiga), air ketuban bocor atau bayi sedang tidur.

Namun, jangan terlalu berfikir positif, anda perlu juga segera ke hospital bagi mengelakkan kemungkinan bayi meninggal dalam kandungan. 

Tanda kandungan bermasalah boleh dikenal pasti melalui details scan

Biasanya doktor mencadangkan anda untuk melakukan details scan atau fetal anomaly scan. Waktu yang terbaik untuk buat details scan ini adalah pada trimester kedua kehamilan, iaitu minggu ke 18 hingga minggu ke 24 kehamilan.

Ia adalah amat penting bagi memeriksa keadaan bayi dalam kandungan secara terperinci melibatkan:

  • Pemeriksaan tumbesaran keseluruhan bayi
  • Menentukan kedudukan uri
  • Menilai jumlah air ketuban
  • Melihat jantina bayi
  • Kepala: Bentuk tengkorak dan stuktur otak
  • Muka: Profil muka, soket dan kanta mata, hidung, mulut dan lelangit.
  • Jantung: Kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama
  • Diaphragm: Otot diantara bahagian dada dan abdomen
  • Abdomen: Perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing
  • Tulang belakang
  • Tangan dan kaki: Setiap tulang termasuk jari jemari

Sekiranya anggota atau organ bayi didapati tidak sempurna atau bermasalah seperti masalah jantung, ibu akan dirujuk kepada pakar berkaitan untuk pengurusan seterusnya seperti menentukan cara rawatan dan hospital yang sesuai untuk melahirkan bayi.

Ciri janin tidak berkembang

Janin tidak berkembang atau hamil kosong (blighted ovum) terjadi ketika sel telur yang telah disenyawakan tidak berkembang menjadi embrio atau embrio berhenti berkembang sehingga menyebabkan kantung kehamilan kosong.

Biasanya masalah janin tidak berkembang terjadi pada awal kehamilan atau trimester pertama. Penyebab janin tidak berkembang yang utama tidak diketahui, namun ia ada kaitan pada kelainan kromosom pada sel telur.

Antara ciri ciri hamil tidak berkembang adalah:

  1. Sakit punggung
  2. Pendarahan ketika hamil
  3. Ultrasonografi abnormal
  4. Ciri janin tidak berkembang: Hasil ujian kehamilan negatif
  5. Berkurangnya alahan kehamilan atau morning sickness
  6. Bahagian payudara tidak lagi sensitif

Ibu hamil yang dikenal pasti mengalami masalah janin tidak berkembang ini biasanya akan berakhir dengan keguguran.

Pendarahan ketika hamil, adakah ia normal?

25 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami pendarahan vagina semasa awal kehamilan dan kebanyakannya kehamilan diteruskan secara normal.

Pendarahan ketika hamil yang ringan atau spotting adalah perkara yang biasa terutamanya pada trimester pertama. Anda tidak perlu bimbang jika menyedari ada sedikit kesan darah yang keluar dari vagina.

Darah yang keluar tidak sepatutnya memenuhi satu pantyliner. Jika ia melebihi satu pantyliner, anda perlu lebih peka dan berwaspada kerana ia mungkin ancaman keguguran.

Keluar darah ketika hamil seperti ketulan darah keguguran

Keluar darah ketika hamil (biasa kurang dari 5 bulan) sering kali dikaitkan dengan keguguran. Keluar darah ketika hamil dibahagikan kepada empat keadaan di mana:

1. Keluar darah ketika hamil menyebabkan keguguran terus dan tiada bayi selamat (Complete/incomplete/missed abortion).

2. Perdarahan akibat ancaman kepada janin (threatened abortion), bayi akan selamat sehingga besar.

3. Perdarahan kemasan tapak janin (implantation bleeding), biasanya bayi akan selamat membesar.

4. Tidak diketahui punca (Indeterminate bleeding), biasanya berpunca dari pendarahan di sekitar pangkal rahim. Bayi akan selamat membesar.

Bagi kes ini, ibu yang keguguran perlulah dirujuk doktor bagi memastikan ketulan darah keguguran telah bersih dalam rahim.

Doktor mungkin mencadangkan ibu untuk melakukan prosedur D&C iaitu dilatation & curettage bagi cuci rahim selepas keguguran.

Biasanya D&C dilakukan sekiranya janin tidak keluar secara spontan, pendarahan yang begitu banyak atau jangkitan berlaku dalam rahim.

Masalah pada kandungan: waspada tanda mengandung luar rahim

Sebenarnya kebanyakan tanda mengandung luar rahim atau ektopik adalah serupa dengan tanda hamil yang normal.

Kebanyakan wanita yang berdepan masalah ini juga tidak mengalami sebarang tanda-tanda hamil langsung. Namun ia boleh menjadi sangat serius jika ia melibatkan komplikasi dialami oleh pesakit.

Antara tanda mengandung luar rahim adalah:

  • Cirit-birit dan muntah
  • Pendarahan yang banyak dan tidak normal
  • Rasa sakit perut dan pinggang
  • Sakit pada hujung bahu
  • Pengsan

Perut mengeras dan sakit bawah perut

ketulan darah keguguran

Seiring pertambahan usia kehamilan, ibu mungkin akan berasa perut mengeras dan sakit bawah perut disebabkan oleh pergerakan bayi atau tubuh sedang bersedia untuk melalui proses kelahiran nanti.

Tidak hanya terjadi ketika trimester ketiga sahaja, perut mengeras dan sakit bawah perut juga boleh berlaku ketika trimester pertama.

Pada tahap normal, perut mengeras ketika hamil dan sakit bawah perut ketika hamil disebabkan oleh hormon kehamilan. Namun jika keadaan bertambah teruk, ia mendorong kepada masalah kehilangan kandungan.

Sekiranya anda merasakan sakit bawah perut ketika hamil atau sebarang gangguan pada kesihatan, jangan berlengah untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor perubatan.

Sakit ari ari ketika hamil

Sakit ariari ketika hamil ialah normal disebabkan oleh janin dalam kandungan semakin membesar dan membuatkan penegangan pada otot atau ligamen.

Keadaan ini juga dipanggil sebagai round ligament pain. Selalunya ketidakselesaan ini tidak berbahaya. Akan tetapi, sakit ari ari ketika hamil juga mungkin petanda awal kepada masalah tertentu.

Sakit yang teruk dirasai di satu sisi mahupun di kedua-dua sisi ialah petanda masalah besar.

Antara masalah yang paling dirisaukan berkaitan sakit bahagian ari ari ketika mengandung ialah:

  • kehamilan ektopik
  • keguguran
  • kelahiran pramatang
  • jangkitan saluran kencing
  • fibroid menyusut dan berdarah
  • pemisahan plasenta di mana uri tercerai dari dinding rahim sebelum tiba masanya

Air jernih keluar dari faraj ketika awal kehamilan

Ketika mengandung, hampir kesemua wanita akan mengalami lelehan faraj atau air jernih keluar dari faraj ketika awal kehamilan. 

Ia berlaku disebabkan oleh serviks (leher rahim) dan dinding vagina menjadi semakin lembut. Air jernih yang keluar dari faraj ketika awal kehamilan adalah untuk mencegah jangkitan dari faraj ke rahim. Apabila melahirkan anak, biasanya masalah ini hilang sendiri.

Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Herbert Low, masalah lelehan faraj ketika hamil kebanyakannya tidak perlu dikhuatiri dan ia menjadi sebahagian perkara normal kehamilan, tetapi amat penting untuk si ibu memaklumkan kepada doktor jika lelehan itu menimbulkan ketidakselesaan.

Katanya, lelehan faraj dikatakan normal semasa hamil jika ia jernih atau berwarna putih tanpa menyebabkan rasa gatal atau tidak selesa.

Namun jika air jernih keluar dari faraj ketika awal kehamilan terlalu banyak hingga memerlukan anda menukar pad atau pelapik seluar dalam dengan kerap, gatal, berbau kurang menyenangkan atau bertukar warna, ia perlu diambil perhatian kerana mungkin itu tanda jangkitan pada vagina.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Makan Buah Tembikai, Ini 7 Cara BERKESAN Menambah Air Ketuban Ketika Hamil

Baca juga: 16 Keluhan Ibu Sepanjang Hamil, Yang LAST Itu Kalau Muncul Memang Tak Tahan Nak Menggaru!

Baca juga: Ini Cara Selamat Untuk Merawat Jerawat Ketika Hamil – Awas Ya Ibu-Ibu, Elak Beri Kesanan Pada Bayi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!