13 tanda awal kanser rahim - wanita jangan terlepas pandang tanda-tanda ini!

lead image

Ramai wanita yang tidak sedar dengan 13 tanda kanser rahim ini. Jika anda tidak peka dengan perubahan badan anda sendiri, susah untuk kesan kanser rahim!

Tanda kanser rahim atau kanser serviks mungkin sukar untuk dikesan pada peringkat awal. Namun, jika wanita lebih peka dengan perubahan diri mereka, pasti mereka akan dapat mengesan tanda kanser rahim sejak peringkat mula.

Tahukah anda yang kanser rahim merupakan kanser paling tinggi penyebab kerosakan organ pembiakan wanita? Akan tetapi, kanser rahim (atau kanser serviks) juga sering dikelirukan sebagai kanser ovari.

Apa yang membezakan kedua-dua kanser ini ialah di mana sel kanser ini berlaku. Kanser rahim melibatkan serviks — bahagian tengah dan atas rahim. Manakala kanser ovari melibatkan ovari, organ pembiakan yang berada di sebelah rahim.

src=https://image.slidesharecdn.com/kanserserviks 160617031003/95/kanser serviks 5 638.jpg?cb=1466133040 13 tanda awal kanser rahim   wanita jangan terlepas pandang tanda tanda ini!

Mengapa ramai wanita keliru antara kanser rahim atau kanser ovari? Sebenarnya, ia mungkin disebabkan beberapa tanda kanser rahim yang seakan sama dengan kanser ovari. 

Tapi jangan risau, hari ini kami akan bawakan kepada anda 13 tanda kanser rahim agar anda tahu membezakan antara kedua-dua kanser yang mengelirukan ini.

Namun sebelum itu, mari fahami mengapa kanser rahim terjadi.

Mengapa kanser rahim terjadi?

Kanser rahim terjadi mungkin kerana peningkatan hormon estrogen dalam badan.

Berikut antara beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan kebarangkalian kanser rahim:

  1. Pengambilan hormon estrogen dalam terapi
  2. Obesiti
  3. Sindrom polycystic ovarian
  4. Pengambilan ubat tamoxifen
  5. Tidak pernah mengandung
  6. Mula datang haid pada usia yang muda
  7. Haid berhenti pada lewat usia
  8. Pengambilan alkohol

13 tanda kanser rahim – dari peringkat awal

Jangkitan human papillomavirus (HPV) juga antara faktor risiko utama untuk kanser rahim. Tanda kanser rahim terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pada peringkat awal, peringkat sederhana dan peringkat lanjut.

Jom lihat apakah tanda kanser rahim berdasarkan 3 peringkat ini.

Pada peringkat pertama, amat sukar untuk melihat tanda kanser rahim. Tapi, apa yang boleh anda lakukan ialah dengan melakukan pemeriksaan sel HPV dalam rahim.

Tanda kanser rahim pada peringkat sederhana

Tanda kanser rahim akan semakin jelas pada peringkat sederhana. Antara tanda-tandanya ialah:

#1 – Sakit ketika melakukan hubungan seks

src=http://solitudebird.com/image/4 3 1.jpg 13 tanda awal kanser rahim   wanita jangan terlepas pandang tanda tanda ini!

Jika anda mengalami rasa sakit yang berlebihan ketika berhubungan intim, anda perlu mendapatkan pandangan pakar. Ini merupakan salah satu tanda kanser rahim.

#2 Pendarahan atau keluar cecair tidak normal dari faraj

Pendarahan tidak normal ini bermaksud mungkin berlaku sebelum tempoh haid atau selepas berhubungan seks pada bila-bila masa. 

Cecair yang keluar dari faraj juga antara tanda kanser rahim yang paling selalu terjadi. Cecair ini mungkin berbau kurang menyenangkan, termasuk dengan darah atau dalam bentuk keputihan.

#3 Rasa sakit ketika kencing

src=http://st1.thehealthsite.com/wp content/uploads/2014/01/Painful urination1.jpg 13 tanda awal kanser rahim   wanita jangan terlepas pandang tanda tanda ini!

Jika anda rasa pedih dan seolah-olah terbakar ketika kencing, hati-hati! Ia mungkin tanda kanser rahim. 

Namun, tanda ini juga mungkin bermaksud anda terkena jangkitan penyakit kelamin, masalah pundi kencing dan jangkitan yis.

#4 Rasa sakit ari-ari

Ramai yang mengalami rasa sakit di ari-ari atau bahagian bawah abdomen. Namun mereka menganggap ia sebahagian sakit biasa. 

Sedangkan sakit ini mungkin tanda kanser rahim!

#5 Haid yang terlalu lama dengan darah yang banyak

src=http://www.periodjoy.com/wp content/uploads/2017/12/periodbloodclotspicture.jpg 13 tanda awal kanser rahim   wanita jangan terlepas pandang tanda tanda ini!

Sangat tidak normal jika anda perlu menukar pad setiap 2 jam sekali akibat pendarahan haid yang terlalu banyak. Ia mungkin disebabkan penyakit polip, fibroid, ketidakseimbangan hormon atau endrometriosis.

Apapun, dapatkan pandangan doktor pakar dengan segera.

Tanda kanser rahim peringkat lanjut

Jika pada peringkat sederhana, anda dapat menemui tanda-tanda awal kanser rahim yang melibatkan kelainan pada fungsi organ, kali ini di peringkat lanjut, anda akan melihat tanda fizikal yang sangat berbeza.

Antara perubahan fizikal yang anda akan alami ialah:

  1. Kehilangan berat badan secara tiba-tiba
  2. Selalu keletihan
  3. Hilang selera makan
  4. Sakit pada tulang
  5. Kaki membengkak
  6. Sakit pada bahagian kaki
  7. Selalu terkeluar air kencing dari faraj secara tiba-tiba
  8. Sakit punggung

Jika saya ada tanda kanser rahim ini, apa patut saya buat?

Dapatkan pemeriksaan dengan doktor pakar dalam kadar segera! Untuk melihat ketumbuhan dalam rahim, terdapat beberapa prosedur yang akan dijalankan.

Antaranya ialah imbasan ultrasound, hysteroscopy – prosedur memasukkan kamera ke dalam rahim, x-ray dada dan CT scan. 

Rawatan untuk kanser rahim pula bergantung pada tahap mana kanser tersebut sudah merebak. Antara rawatan paling utama ialah membuang sel kanser terbabit dari badan.

Ia kemudiannya diikuti dengan kemoterapi dan radioterapi.

Kami mendoakan agar semuanya baik-baik saja buat anda sekeluarga. Pastikan anda peka dengan perubahan badan anda. Jangan berlengah jika anda mengesyaki sesuatu simptom.

Kongsikan artikel ini kepada semua wanita-wanita di luar sana agar kita semua bersedia untuk mengesan tanda kanser rahim.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: OCRFA, E-Diagnosa

Baca juga:

Ibu anak 3 maut lepas doktor kata dia "terlalu muda" untuk kanser usus