7 Tanda Anda Atau Anak Telah Dibesarkan Dalam Keluarga Yang Tidak Sihat

7 Tanda Anda Atau Anak Telah Dibesarkan Dalam Keluarga Yang Tidak Sihat

Mangsa akibat keluarga yang tidak sihat selalunya menyimpan rasa dan mendiamkan diri. Inilah 7 tanda amaran yang ibu bapa harus peka untuk keluarga bahagia.

Keluarga yang tidak sihat memberi kesan

Keluarga adalah satu institusi penting dalam kehidupan seseorang individu.

Walaupun hubungan kekeluargaan agak merumitkan, itu pun kalau bercampur dengan makcik-pakcik yang banyak songeh, tapi... keluarga yang sihat akan sentiasa beri sokongan.

Namun, tak semua keluarga adalah sihat.

Ada individu yang mengalami penderaan mental, emosi atau fizikal akibat perbuatan keluarga.

Individu yang menderita dibesarkan dalam keluarga yang tak sihat akan banyak menyimpan rasa dan mendiamkan diri.

7 Tanda Anda Atau Anak Telah Dibesarkan Dalam Keluarga Yang Tidak Sihat

Tapi sebenarnya, ada banyak kesan buruk yang terpalit pada mereka. 

Mengetahui apa tanda-tanda jika anda atau anak telah dibesarkan dalam keluarga yang tidak sihat dapat membantu mengatasi masalah ini dari akar umbi.

Jadi, jom kita semak apa 7 tanda yang anda atau anak-anak telah membesar dalam keluarga tidak sihat seperti di bawah ini:

#1 Anda mengabaikan emosi sendiri

Ramai yang membesar dalam keluarga tidak sihat akan mengabaikan emosi mereka. 

Ini akibat mereka terlalu lama berada dalam hubungan yang beri fokus pada benda remeh.

Menurut pakar psikologi, Sherrie Campbell - kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga tidak sihat selalunya "tidak cukup perhatian emosi".

Cara mengatasinya adalah dengan mengambil masa untuk mengenalpasti apakah emosi yang mampu memberi kesan pada diri anda.

#2 Anda takut dimanipulasi/ditipu orang lain

keluarga tidak sihat Kredit: iStock/Getty Images Plus

Individu yang membesar dalam keluarga tidak sihat sering dimanipulasi oleh ahli keluarga mereka.

Sebab itu apabila mereka semakin membesar, mereka takut dimanipulasi oleh orang lain.

Penulis Psychology Today, Mark Goulston menyarankan anda mengenalpasti apakah bentuk manipulasi yang paling anda takuti dan putuskan hubungan dengan si pelaku.

#3 Susah nak percaya orang

Menurut kajian Brown University, kanak-kanak yang membesar dalam keluarga tidak sihat akan menghadapi kesukaran untuk mempercayai orang lain.

Mana taknya, mereka telah dibesarkan mengetahui orang tercinta juga boleh melukai mereka (dengan memukul atau sebagainya), jadi mereka takut orang lain mampu melukai mereka juga.

Dalam kes ini, mangsa harus mencari hubungan atau individu yang benar-benar boleh mengubah erti "kepercayaan". 

Anda perlu selesa untuk membuka diri buat orang lain.

#4 Anda ragu-ragu dengan keluarga sendiri

keluarga tidak sihat Kredit: iStock/Getty Images Plus

Menurut profesor psikiatri, Richard A. Friedman, pakar terapi telah banyak menyelamatkan pesakit mereka yang menjadi mangsa dibesarkan dalam keluarga tidak sihat.

Pesakit ini tidak mempercayai keluarga sendiri, malah fikir untuk "memutuskan terus" hubungan mereka dengan keluarga.

#5 Kurang keyakinan diri

Hubungan yang sihat antara ibu bapa dan anak memberi kesan pada diri anak itu apabila mereka besar.

Jika hubungan tersebut bersifat penderaan, maka anak-anak akan membesar dengan kurang keyakinan diri dan membenci diri sendiri.

Keyakinan diri amat penting. Sebab itu ia ada dalam hireaki Maslow dalam memahami keperluan seorang individu. 

#6 Rasa macam masih budak kecil

keluarga tidak sihat Kredit: iStock/Getty Images Plus

Sebenarnya, ibu bapa yang asyik melayan anak-anak macam budak kecil, walaupun mereka sudah besar, adalah tindakan yang tidak sihat.

Ia membuatkan anak-anak jadi bersalah dan tidak dapat mengawal diri sendiri.

Malah, ibu bapa yang tak menghormati masa sosial dan kerja anak-anak juga amat bertoksik!

#7 Sukar meluahkan perasaan atau emosi

Tanda terakhir yang menunjukkan anda atau anak-anak anda telah dibesarkan dalam keluarga yang tidak sihat adalah dengan melihat bagaimana kita meluahkan perasaan.

Mangsa keluarga tak sihat akan sukar meluahkan perasaan. Mereka cepat marah, selalu berubah mood dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan orang lain.

Jika anda melihat tanda-tanda ini pada diri sendiri, segera dapatkan rawatan atau berceritalah dengan insan yang sudi untuk mendengar.

Dan jangan biarkan anak-anak anda pula menjadi mangsa dengan membesarkan mereka dalam keluarga yang tidak sihat.

Ingatlah, keluarga ini institusi penting untuk anak anda. Tanpa keluarga yang sihat, mereka akan menghadapi cabaran yang lebih hebat ketika membesar.

Sumber rujukan: Health & Fitness

Kredit gambar: David Avocado Wolfe

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

Artikel(Cerita)
app info
get app banner