Jika anda ada 10 tanda ini, maknanya anda sedang hamil kembar!

lead image

Bertahun menunggu ketibaan cahaya mata. Kemudian, anda dapat lihat 10 tanda hamil kembar ini. Wah, gembira sungguh rasanya!

Jika anda ada ahli keluarga kembar, anda berkemungkinan besar juga untuk akan melahirkan bayi kembar. Namun, selain faktor genetik, terdapat tanda mengandung anak kembar yang boleh dikenal pasti.

Antaranya seperti 10 tanda mengandung anak kembar di bawah ini. Nak tahu sama ada anak hamil anak kembar atau tak? Jom lihat apakah tanda-tanda berikut.

10 tanda mengandung anak kembar

Tanda mengandung anak kembar #1 Berat badan naik mendadak 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/parents magazine.jpg Jika anda ada 10 tanda ini, maknanya anda sedang hamil kembar!

Kredit: Parents Magazine

Tanda mengandung anak kembar yang boleh dikenal pasti adalah dari segi berat badan ibu. Apabila berat badan meningkat hingga 5 kg di trimester pertama, itu merupakan tanda mengandung anak kembar. 

Malah, ukuran rahim dan jumlah darah juga meningkat lebih besar berbanding mereka yang hamil seorang bayi.

Kemudian di trimester kedua, ibu hamil janin kembar akan naik berat badan sehingga 7 ke 12 kg. 

Tanda mengandung anak kembar #2 Usia kandungan masih baru, tapi perut nampak besar 

Tanda mengandung anak kembar juga dapat dilihat apabila perut ibu besar meskipun usia kandungan baru beberapa minggu. Barangkali ada dua janin dalam rahim ibu, ya?

Apapun ibu perlu segera lakukan imbasan ke atas kandungan supaya penjagaan yang lebih teliti dapat dilakukan. 

Tanda mengandung anak kembar #3 Mual semakin teruk 

Lebih 50% ibu hamil kembar mengalami mual di waktu pagi. Ia cenderung berlaku, berbanding ibu yang hamil tunggal. 

Tanda mengandung anak kembar #4 Gerakan janin lebih awal 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/essential baby.jpg Jika anda ada 10 tanda ini, maknanya anda sedang hamil kembar!

Kredit: Essential baby

Ramai ibu yang hamil kembar mengatakan gerakan janin lebih awal dan semakin kerap. Mungkin kerana terdapatnya dua janin, maka ibu lebih mudah rasai pergerakan bayi. 

Namun begitu, menurut pakar O&G, gerakan yang dirasai tidak menentukan jumlah janin dalam rahim ibu. 

Tanda mengandung anak kembar #5 Terdapat dua degupan jantung 

Tanda mengandung anak kembar juga boleh dikenal pasti ketika ibu menjalani pemeriksaan kehamilan. Setelah itu, didapati terdapat dua degupan jantung. 

Tanda mengandung anak kembar #6 Pemeriksaan AFP sangat tinggi 

Pada trimester kedua, pemeriksaan alpha fetoprotein akan dilakukan. Ia dibuat untuk melihat sebarang kemungkinan bayi lahir cacat dan mengukur jumlah protein tertentu yang dikeluarkan jantung bayi. 

Namun bila doktor mendapati hasil ujiannya tinggi, kemungkinan itu tanda mengandung anak kembar. 

Akan tetapi, hasil ujian AFP juga boleh jadi tanda janin mengalami masalah dalam kandungan dan doktor akan melakukan pemeriksaan USG scan untuk lebih terperinci. 

Tanda mengandung anak kembar # 7 Penat yang melampau 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/baby couture.jpg Jika anda ada 10 tanda ini, maknanya anda sedang hamil kembar!

Kredit: Baby Couture

Mengandung anak kembar juga membuatkan ibu rasa penat melampau. Ini salah satu tanda mengandung anak kembar yang ibu patut tahu. 

Hal ini kerana, tubuh ibu akan bekerja dua kali ganda untuk memberi nutrisi dan merawat tubuh demi perkembangan janin dalam rahim ibu.  

Tanda mengandung anak kembar #8 Pemeriksaan USG scan 

Apabila usia kehamilan sudah matang, pemeriksaan USG akan dilakukan untuk memudahkan ibu dan doktor melihat adanya janin kembar dalam kandungan itu.

Tanda mengandung anak kembar #9 Peningkatan hormon HCG 

Antara tanda mengandung anak kembar juga apabila terjadinya peningkatan Human Chorionic Gonadotropin atau HCG yang dihasilkan dari plasenta. 

Tanda mengandung anak kembar #10 Faktor genetik 

Kebanyakan kehamilan kembar juga terjadi apabila salah seorang daripada anda tak kira suami ataupun isteri memiliki sejarah anggota keluarga yang juga kembar. Ini menjadikan anda lebih berisiko untuk mengandung kembar. 

Justeru, kami di theAsianparent mengucapkan tahniah jika anda sedang hamil kembar. Semoga urusan anda dipermudahkan nanti. Amin. 

Semoga artikel ini memberi manfaat. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Living and Loving 

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga

Nak anak kembar? 7 benda ini meningkatkan peluang untuk hamil kembar