Ini 9 tanda anda mengandung anak perempuan, wah seronoknya!

lead image

Anda nak tahu jantina dalam kandungan sebelum ultrasound? Atau anak anda malu nak tunjuk jantina? Jom baca tanda mengandung anak perempuan ini!

Ada anak perempuan memang menyeronokkan. Anda boleh cuba pelbagai fesyen pakaian, dandan rambut anak dan boleh jadi teman shopping! Tapi apa tanda mengandung anak perempuan ni?

Sudah tentulah cara yang terbaik untuk tahu jantina anak adalah melalui ultrasoundTapi anda mesti nak tahu tentang jantina anak melalui kandungan anda, kan?

Ini adalah beberapa tanda mengandung anak perempuan bukan saintifik yang telah dicipta oleh orang-orang zaman dulu. Jom kita tengok!

7 tanda mengandung anak perempuan

Tanda mengandung anak perempuan #1 Kandungan tinggi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/preggie lead.jpg Ini 9 tanda anda mengandung anak perempuan, wah seronoknya!

Jika kandungan anda tinggi, tak ke bawah dan perut anda bulat, ada kemungkinan anda sedang mengandungkan anak perempuan!

Tanda mengandung anak perempuan #Morning sickness yang teruk

Morning sickness yang teruk sepanjang kehamilan tak kira trimester adalah salah satu tanda mengandung anak perempuan.

Ia juga ada kaitan dengan tahap hormon yang tinggi dan kandungan gula dalam darah rendah.

Tanda mengandung anak perempuan #3 Mengidam makanan manis

Jika anda teringin nak makan makanan manis seperti cokelat dan ais krim berbanding makanan yang masam atau pedas, ini adalah tanda anda mengandung anak perempuan.

Iya lah, anak perempuan kan manis!

Tanda mengandung anak perempuan #4 Posisi tidur

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/image.jpeg Ini 9 tanda anda mengandung anak perempuan, wah seronoknya!

Jika posisi tidur anda tidur di sebelah kanan sepanjang kehamilan anda, ada peluang untuk anda lahirkan anak perempuan.

Tanda mengandung anak perempuan #5 Warna air kencing

Warna air kencing boleh menentukan jantina bayi dalam kandungan anda. Jika air kencing anda berwarna kuning pudar, ini mungkin tanda anda mengandung anak perempuan.

Tanda mengandung anak perempuan #6 Hidung

Jika anda tak nampak perubahan pada hidung anda, mungkin anda sedang mengandungkan anak perempuan. Tapi jika anda perasan hidung anda semakin melebar, ini tanda anda mengandung anak lelaki!

Tanda mengandung anak perempuan #7 Berat badan ayah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/2018 7largeimg30 Monday 2018 185512796.jpg Ini 9 tanda anda mengandung anak perempuan, wah seronoknya!

Ada jga yang percaya kalau berat badan suami anda naik, ini tandanya anda mengandung anak perempuan!

Tanda mengandung anak perempuan #8 Bawang putih

Menurut kepercayaan, jika anda makan bawang putih dan badan anda tak berbau ini tanda anak mengandung anak perempuan.

Tapi jika bau bawang putih keluar dari pori badan anda, ini mungkin tanda anak lelaki.

Tanda mengandung anak perempuan #9 Linea nigra

Linea nigra adalah garisan berwarna gelap di tengah-tengah perut anda. Menurut kepercayaan, jika garisan ini memanjang hingga ke atas pusat, ini tanda bayi lelaki tapi jika garisan hingga ke bawah pusat tanda anak perempuan.

9 tanda mengandung anak perempuan ini mungkin betul dan mungkin tidak. Jika salah, anda jangan kecewa pula ya! Apa yang penting bayi yang anda lahirkan sihat dan comel.

Adakah anda tahu tanda mengandung anak perempuan yang lain atau ada tanda-tanda di atas yang benar-benar berlaku pada anda? Jom kongsikan di ruangan komen.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

5 mitos teka jantina bayi dalam kandungan yang terbukti salah!