X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Patutlah Rasa Penat Bawa Perut, Rupanya Ini Tanda Tanda Nak Bersalin 36 Minggu!

5 min bacaan
Patutlah Rasa Penat Bawa Perut, Rupanya Ini Tanda Tanda Nak Bersalin 36 Minggu!

Pasti ibu tidak sabar nak lihat cahaya mata yang dikandung sembilan bulan lahir ke dunia. Wah, sikit saja lagi ibu, memori bahagia itu tak lama lagi akan hadir menerangi kehidupan rumah tangga anda!

Adakah anda sudah bersedia untuk menyambut kehadiran cahaya mata baru? Sebelum ini, ibu kena tahu tanda tanda nak bersalin 36 minggu. Apabila sudah dikenal pasti, ibu perlu lebih berhati-hati dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

Misalnya apabila memandu seorang diri, ibu harus waspada, bimbang kalau hendak bersalin dalam kereta. Memang haru! 

Kalau nak tahu, hanya 5% saja ibu yang bersalin pada due date yang diramal dari doktor. Itupun melalui tarikh terakhir datang bulan.

Biasanya, kehamilan jika dah masuk 38 minggu, ibu perlu bersedia kerana bila-bila masa saja bayi boleh keluar awal. Tapi anggaran kehamilan biasanya 38 hingga 42 minggu. 

Apakah perasaan ibu sekarang? Normal ya mula-mula, anda akan rasa pelik dengan diri sendiri. Kemudian mula rasa takut-takut sikit.

Relaks ya ibu, tarik nafas dalam-dalam dan baca doa cepat bersalin, ini supaya baby selamat dilahirkan ke dunia. 

Berikut merupakan 8 tanda nak bersalin. Ada tak tanda nak bersalin ini pada anda? Kalau ya, ibu perlu lebih bersiap sedia. 

8 Tanda Tanda Nak Bersalin 36 Minggu, Ibu Take Note Ya!

1. Kandungan jatuh ke bawah

tanda nak bersalin, tanda-tanda nak bersalin, tips tanda bersalin, tanda bersalin, tanda-tanda yang anda hampir bersalin, bersalin, tips bersalin, cara kenal pasti tanda bersalin, tanda nak melahirkan anak, tanda nak melahirkan bayi, tanda-tanda ibu bakal beranak, tanda-tanda nak beranak

“Zulaika, ibu tengok perut kamu makin ke bawah, itu tanda nak bersalin hampir dekat,” 

Peluh pun menitik tup tup tanda bimbang dan takut. 

Ya benar, apabila usia kandungan mencecah usia 36 minggu ke atas, ibu perlu lebih waspada kerana salah satu tanda nak bersalin adalah kedudukan bayi jatuh ke bawah. 

Kemudian rasa sedikit ngilu di bahagian pintu vagina hingga ada ketikanya nak berjalan pun rasa susah. Hal ini kerana, kepala bayi sudah menghampiri ke pelvis.

Lantas ibu akan rasa kerap membuang air kecil kerana bayi menekan kawasan yang terkena pundi kencing ibu. 

2. Tanda tanda nak bersalin 36 minggu: Kerap sakit belakang 

Tanda nak bersalin juga adalah ibu akan rasa kekerapan sakit belakang ketika hamil hingga ada ketikanya nak tidur pun sedikit susah.

Apatah lagi ibu akan rasa kejang di bahagian rahim seakan sama macam kontraksi tapi bukan. Namun ibu masih boleh tahan dan sakit itu tidak lama. 

Jika hampir due date, badan akan merembeskan hormon relaxin yang bertindak supaya ligamen lebih bertenang dan sendi akan mulai longgar. Ia berlaku untuk memberi ruang bayi keluar. 

Selain itu, ibu juga akan alami cramp yang lebih kerap tapi ia tak boleh dirawat dengan cara mengurut.

Hal ini kerana, cramp itu anda akan alami lebih sakit bermula dari pinggang hingga ke bawah telapak kaki.  Sehingga berlanjutan berlaku kontraksi. 

3. Asyik nak buang air besar 

tanda tanda nak bersalin 36 minggu

Tanda nak bersalin juga apabila anda kerap rasa nak membuang air besar. Selang beberapa minit saja, pasti rasa nak membuang hingga kadang-kadang tak mau keluar rumah. 

Ia berlaku disebabkan horman yang dirembeskan membantu kelahiran lantas memberi kesan pada sistem perkumuhan. Sebab itu ibu perlu lebih banyak minum air kosong. 

4. Tanda tanda nak bersalin 36 minggu: Berat ibu menurun

Pelik tak apabila tiba-tiba berat menurun terutama berada di trimester ketiga? Ini merupakan tanda nak bersalin yang ibu harus lebih peka.

Berat badan juga dipengaruhi oleh horman pada badan. Namun, ibu tak perlu gusar kerana ia tidak menjejaskan bayi yang dikandung. 

5. Keluar lendir dari vagina 

tanda nak bersalin, tanda-tanda nak bersalin, tips tanda bersalin, tanda bersalin, tanda-tanda yang anda hampir bersalin, bersalin, tips bersalin, cara kenal pasti tanda bersalin, tanda nak melahirkan anak, tanda nak melahirkan bayi, tanda-tanda ibu bakal beranak, tanda-tanda nak beranak

Apabila tiba masanya untuk bersalin, anda akan perasan terdapat lendir yang keluar dari vagina luar biasa dari biasa. 

Apatah lagi lendir itu lebih pekat seperti warna merah jambu atau coklat beserta cecair seolah darah. Hati-hati itu tanda nak bersalin sudah hampir dekat. 

6. Tanda tanda nak bersalin 36 minggu: Menggigil seluruh badan 

Menggigil ini biasanya berlaku pada waktu malam. Tubuh akan rasa menggigil tapi tak sejuk pun. Ibu jangan terlalu bimbang kerana ini merupakan cara tubuh melepaskan tekanan. 

Ia boleh terjadi apabila ibu terlalu gementar memikirkan hari tarikh bersalin. Apa yang ibu boleh buat adalah tarik nafas dalam-dalam dan lakukan aktiviti yang membuatkan ibu rasa lebih tenang. 

Ataupun ibu boleh minta suami urutkan badan secara perlahan-lahan lantas ibu akan rasa lebih relaks di bahagian otot itu. 

7. Keluar air ketuban 

Selain itu, tanda nak bersalin yang lebih jelas apabila air ketuban semakin menipis atau meleleh keluar. Ha…jaga-jaga ya bila masuk bab air ketuban ini.

Macam mana nak tahu air ketuban pecah? Anda akan rasa ada air menitis seperti bocor keluar dari vagina. Sementara nak sampai ke hospital, pakailah tuala wanita untuk elak ia merembes keluar.

Diingatkan anda harus segera ke hospital jika air ketuban semakin berkurang kerana jika terlalu lambat bimbang bayi lemas.  

8. Pintu serviks terbuka perlahan-lahan 

tanda tanda nak bersalin 36 minggu

Apabila anda hampir dekat dengan persalinan, pintu serviks akan mula membuka supaya bayi mudah melalui jalan tersebut.

Apatah lagi dinding rahim mula menipis dan terbuka sedikit demi sedikit hinggalah ke 10 cm bukaan. Jika rasa kontraksi segera ke hospital bagi mudahkan doktor melihat pembukaan pintu serviks anda.

Semoga artikel ini memberi seribu manfaat buat semua bakal-bakal ibu dan dipermudahkan untuk bersalin nanti. 

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perut Mengeras Tanda Nak Bersalin Atau Hanya Kontraksi Palsu? Ketahui Perbezaannya

Baca juga: Kepala Bayi Dah Terkeluar, Suami Tenang Jadi ‘Mak Bidan’ & Sambut Anak Dalam Kereta

Baca juga: Kontrasi Teruk Tapi Bukaan Tak ADA, Ini 3 Jenis Induced Ubat & Semulajadi Yang Boleh Bantu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Patutlah Rasa Penat Bawa Perut, Rupanya Ini Tanda Tanda Nak Bersalin 36 Minggu!
Kongsikan:
  • Perut Mengeras Ketika Hamil Tanda Nak Bersalin Atau Kontraksi Palsu? Ketahui Ini Perbezaannya

    Perut Mengeras Ketika Hamil Tanda Nak Bersalin Atau Kontraksi Palsu? Ketahui Ini Perbezaannya

  • Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?

    Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Perut Mengeras Ketika Hamil Tanda Nak Bersalin Atau Kontraksi Palsu? Ketahui Ini Perbezaannya

    Perut Mengeras Ketika Hamil Tanda Nak Bersalin Atau Kontraksi Palsu? Ketahui Ini Perbezaannya

  • Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?

    Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.