Apakah tanda-tanda yang saya sebenarnya dah nak bersalin?

lead image

Ada juga orang yang tak alami sakit kontraksi tapi bila check, bukaan sudah 3cm, kemudian baru rasa sakit! Tanda nak bersalin anda pula bagaimana?

Masuk trimester ketiga pada 38 minggu ke atas, ibu akan rasa berdebar-debar menunggu tanda nak bersalin. Akan ada pelbagai versi daripada orang berpengalaman berkaitan tanda nak bersalin ini.

Ada yang cakap turun darah, sakit kontraksi, pecah air ketuban dan macam-macam lagi. Semua yang mereka kongsikan itu adalah betul tapi tak tahu bagaimana pula dengan anda nanti. 

Sebenarnya, sebagai ibu yang pertama kali nak merasa bersalin, anda perlu tahu setiap orang mempunyai pengalaman dan cara bersalin yang berbeza-beza.

Begitulah juga sekiranya anda melahirkan bayi kedua, ia tak akan sama dengan kelahiran bayi pertama. 

Sebaiknya, anda memperbanyakaan ilmu kehamilan ini. Sedikit sebanyak anda tahu nak handle bila tanda nak bersalin sudah mula dikesan. 

4 tanda nak bersalin: Peringkat awal kelahiran 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/fa6e90f51ac57c1020d3be2efb94250a.jpg Apakah tanda tanda yang saya sebenarnya dah nak bersalin?

Pada peringkat awal, anda mungkin rasa perkara seperti berikut: 

  • Rasa sakit di bahagian bawah belakang dan abdomen. Anda juga akan terasa kejang seolah-olah sengugut. 
  • Terdapa tompokan darah seperti berwarna coklat. Ini bermakna anda sudah di ambang kelahiran mungkin dalam masa beberapa hari lagi. 
  • Kontrasi berlaku dalam jarak waktu pendek dan kerap. Oleh sebab itu anda harus mengira waktu kontrasi dengan betul. 
  • Air ketuban pecah tapi ia harus disertai dengan kontraksi yang membantu buka pintu serviks untuk mudahkan bayi turun ke bawah. 

4 tanda nak bersalin: Anda perlu ke hospital sekiranya…  

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/glowing.com .jpg Apakah tanda tanda yang saya sebenarnya dah nak bersalin?

  • Air ketuban pecah. Sekiranya anda mendapati air ketuban sudah pecah, segera ke hospital kerana bimbang bayi lemas dalam perut. 
  • Bayi kurang bergerak tidak seperti selalu 
  • Terdapat pendarahan faraj (kecuali ia sedikit mukus yang bercampur darah).
  • Demam, sakit kepala yang teruk dan sakit bawah abdomen yang tidak surut-surut. Jangan tunggu terus ke hospital. 

Tanda nak bersalin: Anda perlu lakukan ini pada awal kelahiran…

  • Tenang, relaks dan tarik nafas dalam-dalam. Sekiranya anda dapati kontraksi berlaku mungkin dalam masa panjang atau pendek, teruskan bertenang kerana ia membantu melancarkan kelahiran. 
  • Sekiranya anda rasa ragu-ragu dan takut terutama suami bekerja atau ke luar daerah, minta sahabat atau ahli keluarga menemani anda di rumah. 
  • Selain itu, anda boleh berjalan-jalan dalam rumah (mudahkan pintu serviks terbuka) dan mandi air suam untuk legakan lenguh-lenguh kesakitan. 
  • Dapat tidur dan rehat secukupnya sebelum bersalin kerana perlu tenaga untuk meneran dan menolak bayi keluar. 
  • Sekiranya berasa lapar makan dan minumlah. Mungkin ini dapat memberikan ketenangan dan bantu anda rehat. 

Anda perlu tahu tentang kontraksi palsu (alami kontrasi tapi bukan sakit bersalin) 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/pregnant sg..jpg Apakah tanda tanda yang saya sebenarnya dah nak bersalin?

kredit: pregnant sg.

  • Pertama kali melahirkan bayi, mungkin anda kurang faham bagaimanakah sakit kontrasi yang betul dan palsu. Ini kerana sakit bersalin atau kontraksi ini menyebabkan pintu servik beransur nipis dan membuka. 
  • Jururawat perbidanan akan mengukur bukaan serviks bermula dengan 1 cm hingga ke 10 cm. Sekiranya tidak lagi mencapai ke 10 cm, anda diminta untuk bertenang dan banyakkan berjalan bagi percepatkan serviks dibuka. 
  • Walaubagaimanapun, untuk kontraksi palsu, sakit yang anda alami sekejap dalam jangka masa panjang. Oleh itu, ibu jangan cepat gelabah dan terus bertenang kerana bayi belum engaged.
  • Pendek kata, bayi hanya bagi hint-hint manja bahawa dia bakal berjumpa daddy dan mummy tak lama lagi. Sabar ya! 

4 tanda nak bersalin dalam masa terdekat 

  • Bahagian atas perut ibu rasa lebih ringan kerana bayi sudah dalam posisi bawah serviks. Selain mudah bernafas dan makan. Namun, ia akan membuatkan anda rasa kerap nak buang air kecil .
  • Terdapat lelehan lendir seperti keputihan. 
  • Kontraksi yang dipanggil braxton hicks lebih kerap dan kuat 
  • Senang buar air besar 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Baby center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

9 tanda yang anda bakal bersalin dalam masa terdekat ini!