Ini Tanda Tanda Anda Nak Bersalin Dalam Masa Terdekat, Sudahkah Anda Bersedia?

Ini Tanda Tanda Anda Nak Bersalin Dalam Masa Terdekat, Sudahkah Anda Bersedia?

Ada juga orang yang tak alami sakit kontraksi tapi bila check, bukaan sudah 3cm, kemudian baru rasa sakit! Tanda nak bersalin anda pula bagaimana?

Masuk trimester ketiga pada 38 minggu ke atas, ibu akan rasa berdebar-debar menunggu tanda tanda nak bersalin. Akan ada pelbagai versi daripada orang berpengalaman berkaitan tanda nak bersalin ini.

Ada yang cakap turun darah, sakit kontraksi, pecah air ketuban dan macam-macam lagi. Semua yang mereka kongsikan itu adalah betul tapi tak tahu bagaimana pula dengan anda nanti. 

Sebenarnya, sebagai ibu yang pertama kali nak merasa bersalin, anda perlu tahu setiap orang mempunyai pengalaman dan cara bersalin yang berbeza-beza. Begitulah juga sekiranya anda melahirkan bayi kedua, ia tak akan sama dengan kelahiran bayi pertama. 

Dalam artikel ini, anda akan ketahui lebih lanjut tentang:

  • Peringkat awal kelahiran
  • Bila perlu ke hospital
  • Kenali kontraksi palsu
  • Apa ibu perlu buat jika bakal bersalin awal?

Sebaiknya, anda memperbanyakkan ilmu kehamilan ini. Sedikit sebanyak anda tahu nak handle bila tanda nak bersalin sudah mula dikesan. 

4 Tanda Tanda Nak Bersalin di Peringkat Awal Kelahiran

tanda nak bersalin, tanda-tanda bersalin, kontraksi bersalin, kontraksi palsu, tanda bersalin, tip bersalin, tanda bersalin turun darah, tanda bersalin awal

Pada peringkat awal, anda mungkin rasa perkara seperti berikut: 

  • Rasa sakit di bahagian bawah belakang dan abdomen. Anda juga akan terasa kejang seolah-olah sengugut. 
  • Terdapa tompokan darah seperti berwarna coklat. Ini bermakna anda sudah di ambang kelahiran mungkin dalam masa beberapa hari lagi. 
  • Kontrasi berlaku dalam jarak waktu pendek dan kerap. Oleh sebab itu anda harus mengira waktu kontrasi dengan betul. 
  • Air ketuban pecah tapi ia harus disertai dengan kontraksi yang membantu buka pintu serviks untuk mudahkan bayi turun ke bawah. 

Segera ke Hospital Sekiranya…

tanda nak bersalin, tanda-tanda bersalin, kontraksi bersalin, kontraksi palsu, tanda bersalin, tip bersalin, tanda bersalin turun darah, tanda bersalin awal

  • Air ketuban pecah. Sekiranya anda mendapati air ketuban sudah pecah, segera ke hospital kerana bimbang bayi lemas dalam perut. 
  • Bayi kurang bergerak tidak seperti selalu 
  • Terdapat pendarahan faraj (kecuali ia sedikit mukus yang bercampur darah).
  • Demam, sakit kepala yang teruk dan sakit bawah abdomen yang tidak surut-surut. Jangan tunggu terus ke hospital. 

Apa Anda Perlu Lakukan Jika Anda Menunjukkan Tanda Tanda Nak Bersalin?

  • Tenang, relaks dan tarik nafas dalam-dalam. Sekiranya anda dapati kontraksi berlaku mungkin dalam masa panjang atau pendek, teruskan bertenang kerana ia membantu melancarkan kelahiran. 
  • Sekiranya anda rasa ragu-ragu dan takut terutama suami bekerja atau ke luar daerah, minta sahabat atau ahli keluarga menemani anda di rumah. 
  • Selain itu, anda boleh berjalan-jalan dalam rumah (mudahkan pintu serviks terbuka) dan mandi air suam untuk legakan lenguh-lenguh kesakitan. 
  • Dapat tidur dan rehat secukupnya sebelum bersalin kerana perlu tenaga untuk meneran dan menolak bayi keluar. 
  • Sekiranya berasa lapar makan dan minumlah. Mungkin ini dapat memberikan ketenangan dan bantu anda rehat. 

Anda Perlu Tahu Tentang Kontraksi Palsu 

tanda nak bersalin, tanda-tanda bersalin, kontraksi bersalin, kontraksi palsu, tanda bersalin, tip bersalin, tanda bersalin turun darah, tanda bersalin awal

kredit: pregnant sg.

  • Pertama kali melahirkan bayi, mungkin anda kurang faham bagaimanakah sakit kontrasi yang betul dan palsu. Ini kerana sakit bersalin atau kontraksi ini menyebabkan pintu servik beransur nipis dan membuka
  • Jururawat perbidanan akan mengukur bukaan serviks bermula dengan 1 cm hingga ke 10 cm. Sekiranya tidak lagi mencapai ke 10 cm, anda diminta untuk bertenang dan banyakkan berjalan bagi percepatkan serviks dibuka. 
  • Walau bagaimanapun, untuk kontraksi palsu, sakit yang anda alami sekejap dalam jangka masa panjang. Oleh itu, ibu jangan cepat gelabah dan terus bertenang kerana bayi belum engaged.
  • Pendek kata, bayi hanya bagi hint-hint manja bahawa dia bakal berjumpa daddy dan mummy tak lama lagi. Sabar ya! 

4 Tanda Anda Bakal Melahirkan Anak Tidak Lama Lagi

  • Bahagian atas perut ibu rasa lebih ringan kerana bayi sudah dalam posisi bawah serviks. Selain mudah bernafas dan makan. Namun, ia akan membuatkan anda rasa kerap nak buang air kecil .
  • Terdapat lelehan lendir seperti keputihan. 
  • Kontraksi yang dipanggil braxton hicks lebih kerap dan kuat 
  • Senang buar air besar 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Ibu Ayah Salah Cara Dukung Anak, Sebab Itu Tangan Cepat Kebas & Lenguh!

Baca juga: Postinor Bukan Kaedah Merancang Keluarga Yang Boleh Diguna Setiap Hari, Ini Sebabnya…

Baca juga: 9 Jenis Sup Untuk Ibu Berpantang Mudah & Penuh Khasiat, Bantu Banyakkan Susu Ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!