Suami, Jika Isteri Anda Menunjukkan 10 Tanda-Tanda Ini, Dia Sebenarnya Sedang Stress!

lead image

Jalani hidup dengan tenang dan gembira. Bila anda tidak stress, kehidupan anda pasti bertambah baik!

Setiap orang pasti akan mengalami stress atau tekanan dalam peringkat tertentu dalam kehidupan, yang disebabkan oleh pelbagai perkara. Namun tahukah anda, tanda stress pada wanita sebenarnya agak berbeza pada sesetengah perkara dengan lelaki?

Stress sebenarnya terbentuk dari ketegangan fizikal, gangguan emosi, mahupun mental. Bentuk ketegangan ini tentunya boleh mempengaruhi aktiviti seharian individu yang mengalami tekanan, malah menyebabkan kesakitan dan beberapa gangguan mental. 

tanda stress pada wanita, wanita stress, tanda isteri stress, tanda stress pada badan, gejala depresi, tanda wanita mengalami tekanan, penyebab stress, ciri stress, isteri stress, tekanan perasaan

Stress mempunyai beberapa tanda khas yang boleh diperhatikan pada individu yang mengalaminya. Tanda ini jelas kelihatan khususnya pada wanita yang lebih kerap mengalami perubahan hormon.

“Wanita kerap memiliki beberapa tanda fizikal apabila mengalami stress” kata Nancy Molitor Ph.D, pakar psikitri dari Northwestern University Feinberg School of Medicine.

10 Tanda Stress Pada Wanita

Dalam satu kajian terbaharu, ia menunjukkan stress dan emosi negatif lain ada hubungkait dengan keadaan kesihatan, tingkahlaku dan fizikal yang tidak baik. Berikut merupakan tanda-tanda stress yang boleh anda perhatikan:

#1 Tidak Boleh Menumpukan Perhatian

Salah satu tanda utama stress adalah tidak dapat menumpukan perhatian, malah sukar untuk anda mengingati sesuatu perkara yang sepatutnya mudah diingati. Kajian menunjukkan yang stress berpanjangan boleh menjurus kepada penyakit alzheimer.

#2 Fikiran Kosong

tanda stress pada wanita, wanita stress, tanda isteri stress, tanda stress pada badan, gejala depresi, tanda wanita mengalami tekanan, penyebab stress, ciri stress, isteri stress, tekanan perasaan

sumber: medical news today

Apabila stress, kelenjar adrenal di dalam tubuh anda akan menghasilkan kortisol. Menurut kajian, hormon ini menjadi penghalang kemampuan anda dalam mengingat sesuatu.

Semasa anda tidur, otak akan memproses ingatan dan menyimpannya dalam bahagian penyimpanan jangka masa panjang. Jika tidur anda tidak mencukupi, hormon kortisol akan meningkat dan mengganggu proses penyimpanan ini.

#3 Perubahan Mood

Pada keadaan stress, anda mungkin akan menangis dan secara tiba-tiba akan ketawa terbahak-bahak. Perubahan mood yang cepat ini tentunya akan membawa imej negatif di kalangan rakan-rakan dan keluarga anda.

Lakukan sesuatu bagi membuatkan jiwa anda dalam keadaan tenang bagi mengelakkan perubahan emosi sebegini terjadi.

#4 Sering Bermimpi Pelik

Apabila tidur tidak mencukupi, anda berisiko mengalami mimpi yang aneh! Kecelaruan dalam pemikiran akibat stress membuatkan maklumat di dalam minda anda juga mempengaruhi gaya mimpi anda.

#5 Rambut Luruh

tanda stress pada wanita, wanita stress, tanda isteri stress, tanda stress pada badan, gejala depresi, tanda wanita mengalami tekanan, penyebab stress, ciri stress, isteri stress, tekanan perasaan

Rambut luruh merupakan perkara biasa, namun tidak normal sekiranya terlalu banyak rambut yang luruh sehingga mencapat 100 helai sehari. Pengeluaran androgen yang meningkat semasa stress mengakibatkan keadaan ini berlaku.

Amalkan pemakanan seimbang untuk membantu sel menjadi normal semula, sebelum anda menjadi botak!

#6 Jerawat

Sama seperti rambut,  kulit juga sensitif terhadap peningkatan produksi androgen. Jika keadaan jerawat berterusan, sebaiknya anda mengunjungi doktor kulit bagi mendapatkan rawatan.

#7 Nafsu Makan Menurun

Jika anda mengalami stress terlalu lama, ini boleh menyebabkan anda hilang selera dan membuatkan berat badan anda turun mendadak. Ini berlaku walaupun anda dihidangkan dengan makanan kegemaran anda.

Ini bukan cara yang baik untuk kehilangan berat badan ya, kerana wajah akan kelihatan pucat dan badan akan kelihatan kurus yang tidak sihat! 

#8 Haid Tidak Menentu

Satu lagi tanda stress pada wanita ialah membuatkan haid menjadi menjadi lambat dan tidak menentu. Oleh sebab inilah apabila wanita cuba untuk hamil sebaiknya tidak menjadi stress kerana akan mengganggu proses kesuburan dalam badan.

#9 Ruam

Keadaan stress boleh menyebabkan serangan ke atas sistem kekebalan tubuh di mana sistem imun menjadi lebih rendah dan meningkatkan tahap sesitiviti kulit. 

#10 Mata Bergerak-Gerak

Gejala ini biasanya terjadi selama beberapa minit pada sebelah mata, dan stress merupakan sebab umu. Jika berlaku keadaan ini, sebaiknya anda segera menutup mata, tenangkan fikiran dan tarik nafas sedalam mungkin. 

Gunakan hujung jari untuk mengurut mata yang berkedip, atau sekiranya ia terlalu kerap berlaku silalah berjumpa dengan doktor.

Semoga bermanfaat.

Adakah ia normal bagi ibu hamil sentiasa rasa stress?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: lifestylekompas

Baca juga: 

Para suami buatkan ibu stress dua kali ganda berbanding anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner