Jika suami anda tiba-tiba buat 7 perangai ini, itu tandanya dia sedang bohong!

lead image

Perhati 7 gerak badannya ini agar anda boleh mengesan tanda suami bohong pada anda. Tidaklah isteri sentiasa makan hati lagi!

Setelah bertahun-tahun kahwin, anda sebagai isteri pasti sudah pandai mengesan tanda suami bohong, kan? Sebenarnya, nak tahu tanda suami bohong pada anda ini senang saja.

Anda hanya perlu melihat tingkah lakunya. Dari tingkah laku ini, anda pasti akan dapat mengesan jika suami cuba untuk menipu atau dia sedang menipu ketika bercakap dengan anda.

Antara tingkah laku yang mampu menjadi tanda suami bohong ialah 7 perangai ini:

7 perangai yang menunjukkan tanda suami bohong pada anda

1. Berdehem atau seakan membersihkan tekak sebelum cakap

Movie GIF - Find & Share on GIPHY

Perangai ini ialah salah satu tanda suami bohong. Ia merupakan respon manusia ketika berhadapan dengan “saat untuk berbohong”. 

Biasanya, suami yang ingin menipu akan membasahkan tekaknya yang kering akibat cairan yang keluar dalam bentuk peluh.

2. Susah nak telan air liur

Sama seperti berdehem, kekurangan cecair di tekak akan membuatkan seseorang itu susah untuk menelan air liur. 

Jadi, cara paling mudah nak mengesan tanda suami bohong ialah dengan melihat perangainya sebelum dia mula bercakap.

Nampak macam dia susah nak telan air liur tak?

3. Menggerakkan rahang

Shocked Tracy Jordan GIF by CraveTV - Find & Share on GIPHY

Ketika berbohong, suami biasanya akan membuka mulut dan menggerakkan rahangnya ke depan dan belakang. 

Gerakan ini merupakan satu usaha untuk membasahkan tekaknya yang kering akibat stress kena menipu.

4. Mata melihat ke arah lain

Mata kita biasanya akan melihat ke arah mana badan kita ingin pergi. Jika suami sedang berbohong, dia biasanya akan melihat ke arah pintu keluar.

Ia seolah-olah menunjukkan keinginannya untuk lari sebab takut penipuannya akan terbongkar.

Orang yang berbohong juga biasanya akan melihat jam tangan sebagai tanda ingin cepat-cepat mengakhiri percakapan.

5. Banyak gerakan ini

Wait Waiting GIF - Find & Share on GIPHY

Waspada dengan tanda suami bohong ini. Jika suami anda banyak membuat perbuatan seperti menunjuk di depan muka, mengetuk-ngetuk jari di meja, atau sering menggerakkan kepala ke depan.

Itu sebenarnya tanda yang dia sedang menipu!

6. Kaki ke arah pintu

Orang yang sedang berbohong akan mengarahkan kakinya ke pintu sebagai ingin cepat-cepat lari dari situasi berbohong yang tidak menyelesakan ini.

7. Menggerakkan tubuh ke belakang

Pembohong biasanya akan menggerakkan kepala dan tubuhnya ke belakang sedikit saat dia ingin menipu.

Gerakan ini sebab dia ingin mencipta jarak dari orang yang ingin ditipunya. 

Orang yang menipu juga cenderung untuk mencondongkan tubuhnya pada sesuatu atau membuat jarak dari orang yang dia tak suka.

Jika anda ada nampak 7 tanda suami bohong ini pada suami anda, segera ajak suami berbincang dengan baik.

Tanya padanya apa yang berlaku sebenarnya dan mengapa dia berbohong pada anda. Apa yang penting sekarang ialah kejujuran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel disumbang oleh theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Menurut seorang perempuan simpanan, ini 10 tanda pasangan anda curang dalam diam