Menurut seorang perempuan simpanan, ini 10 tanda pasangan anda curang dalam diam

Dengan niat untuk membantu isteri di luar sana yang banyak tertipu, seorang perempuan simpanan telah membongkarkan rahsia 10 tanda suami curang yang anda patut baca ini.

Tanda suami curang yang dibongkarkan oleh seorang perempuan simpanan

Siapa yang paling layak untuk menceritakan tentang tanda suami curang melainkan si wanita ketiga atau perempuan simpanan itu sendiri. Betul tak?

Hanya dengan pembongkaran dari perempuan simpanan itu sendiri, kadang-kadang baru kita tahu/perasan yang pasangan kita itu mungkin tengah curang dalam diam.

Di rumah perangai mereka seperti pijak semut pun tak mati!

Kali ini, kami membawakan kepada anda 10 tanda suami curang dalam diam dengan bantuan seorang bekas perempuan simpanan.

tanda suami curang

Kredit: Married People Problems

Maya* (bukan nama sebenar) 29 tahun, telah kecewa apabila beliau ditipu oleh seorang suami orang yang menggodanya.

Beliau tidak tahu yang lelaki itu adalah suami orang kerana lelaki itu mengatakan dia adalah lelaki bujang! 

Saya tak sangka saya sebenarnya seorang perempuan simpanan saja. Saya benci gelaran perampas suami orang. Sebab itu saya mahu membantu wanita lain di luar sana juga.”

Atas alasan itu, Maya ingin membantu wanita-wanita atau isteri di luar sana untuk bijak “mengesan” tanda suami curang agar anda pula tidak tertipu. 

Maya juga berjanji tidak akan menjadi perempuan simpanan untuk mana-mana lelaki berkahwin lain kerana beliau tahu kesannya di kemudian hari. 

Jadi, jom tengok apa 10 tanda suami curang yang dibongkarkan oleh Maya ini.

10 tanda suami curang dan ada perempuan simpanan

1. Pasangan asyik tidur lambat

tanda suami curang

Kredit: Business Insider

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda akan tidur dulu sebelum pasangan? Suami seolah-olah terlalu sibuk hingga asyik tidur lambat setiap malam.

Sebenarnya, itu mungkin tanda dia ada sesuatu yang “disorokkan” dari anda. Mungkin dia tengah bekerja, tapi lebih baik anda pastikan dia betul-betul bekerja. Bukannya sibuk chatting di Facebook!

2. Pasangan terlebih berbelanja

Suami yang curang biasanya menunjukkan tabiat berbelanja yang aneh. Contohnya dia mungkin memohon kad kredit tanpa pengetahuan anda.

Satu lagi, cuba check mana-mana perbelanjaan yang terlalu mahal dan sengaja disorok dari anda. Kita memang gemar berbelanja duit gaji yang kita dapat.

Tapi dalam perkahwinan, kita sepatutnya tak merahsiakan sebarang perkara, lebih-lebih lagi tentang wang.

3. Tak mampu menjawab soalan

Menurut Maya lagi, suami yang curang seringkali mereka cerita untuk menutup penipuannya. Namun, mereka juga mungkin akan gagap dan sukar menjawab soalan yang “datang tiba-tiba”.

4. Tiba-tiba berubah selera dalam muzik

tanda suami curang

Kredit: Framepool

Tanda suami curang ini mungkin nampak seperti tidak masuk akal sangat, tapi menurut Maya, bekas kekasihnya dulu menunjukkan minat terhadap muzik yang digemari Maya.

Sedangkan sebelum ini dia tak minat pun muzik seperti itu! Ini kerana biasanya kita akan cuba “menyukai sesuatu” untuk menarik perhatian individu yang kita suka.

5. Selalu sangat dengan kawan perempuan dari tempat kerja

Ini perkara yang paling Maya yakin. Sebelum ini, bekas kekasihnya memanggil Maya sebagai “kawan perempuan dari tempat kerja” untuk menipu si isteri.

Jadi jika suami anda asyik sangat dengan kawan perempuan itu, walaupun jika dia mengatakan perempuan itu HANYA KAWAN, hati-hati! 

6. Pasangan berubah mementingkan penampilan diri

Anda perasan pasangan tiba-tiba berubah dan lebih mementingkan penampilan dirinya sekarang?

Contoh mungkin seperti dia asyik membeli baju baru, perfume baru atau berusaha nak menguruskan badan?

Mungkin suami anda benar-benar mahu menjaga kesihatan. Tapi kadang-kadang, ia petanda yang mereka cuba untuk mengorat wanita lain. 

7. Terlalu berahsia dengan telefon/laptop/media sosial

tanda suami curang

Anda perasan ada pelbagai passwords berbeza dalam telefon, laptop atau akaun media sosial pasangan? Ini satu lagi tanda amaran yang perlu anda ambil serius!

Memang kadang-kadang pasangan mungkin hanya mahu sedikit privasi. Tapi individu yang tiada apa nak dirahsiakan takkan menyimpan passwords berbeza tanpa sebab.

8. Perangai sedikit berubah

Jika pasangan anda tiba-tiba bersikap luar biasa dari yang sepatutnya, seperti bercakap dalam slang tertentu, hati-hati. 

Itu mungkin dek pengaruh teman-teman yang dia lepak/berjumpa. Mungkinkah dia berjumpa dengan wanita lain?

9. Kurang hubungan intim

Tiada lagi aksi di ranjang yang boleh membuatkan anda tersenyum apabila mengenangnya?

Yang ada hanyalah seks yang boring dan seakan ingin cepat dilangsaikan… Hmmm, hati-hati, ya! Ini tanda amaran paling penting.

Kalau anda mahu menyemarakkan aksi di ranjang, apa kata anda cuba tips ini.

10. Pasangan tak mahu berkongsi/meluahkan perasaan lagi

Tanda suami curang pada isteri yang ke-10 adalah tabiat tidak mahu berkongsi atau meluahkan perasaannya lagi pada anda. 

Sudahlah dia tak mahu bersembang, apabila kalian bergaduh, dia tak berusaha untuk menyelesaikan masalah pun! Nampak sangat yang dia sudah malas nak melayan kita, kan?

Kami berharap perkongsian dari Maya* ini memberi sedikit pencerahan pada anda tentang ciri-ciri dan tanda suami curang dengan isteri. 

Anda ada sebarang tanda-tanda lain yang menunjukkan pasangan mungkin tengah curang? Cuba kongsikan ia dengan kami!

 

 

Artikel diterbitkan semula dari theAsianparent Philippines 

Kredit gambar: Huffington Post

Baca juga:

Sudah Berkahwin Pun Ramai Suami Rasa Nak Curang, Ini 6 Sebabnya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!