Apabila suami tiba-tiba jadi sedikit perahsia, adakah itu tanda dia curang?

Jika pasangan anda tiba-tiba menjadi sedikit perahsia dan jarang mahu bercakap dengan anda lagi, adakah itu tanda suami curang? Ketahuinya di sini.

Apabila suami tiba-tiba jadi perahsia, adakah itu tanda suami curang?

Asas hubungan yang baik ialah komunikasi. Maka, jika pasangan anda tiba-tiba jadi perahsia dan berhenti berkomunikasi dengan anda, adakah ini tanda suami curang?

Memang benar ramai yang rasa setiap orang berhak mempunyai privasi untuk menyimpan sesuatu buat diri mereka sendiri, tapi berapa banyak yang perlu disimpan?

tanda suami curang

Kredit: thestar.com

Suami berahsia itu macam mana? Bila anda boleh mula ragu-ragu dengan pasangan yang nampak seperti sedang berahsia? Mula-mula, mereka tidak membenarkan anda menyentuh telefonnya. 
 
Kemudian, dia juga tidak mahu memberitahu berapa banyak duit yang dia ada sekarang dan apa yang dilakukannya seharian ini. Anda sampai tak tahu nak marah atau tidak apabila mereka seakan “merahsiakan” sesuatu. 

Dari ragu-ragu dengan tanda suami curang, baik bertanya

Memang ramai yang menganggap mereka berhak untuk marah. Ini kerana sepatutnya setelah berkahwin, tiada rahsia di antara suami dan isteri.

Tapi terdapat satu pendapat yang wajar diikuti. Dari terus ragu-ragu dengan tanda suami curang kerana asyik berahsia, lebih baik anda tanya mereka sendiri dan bawa berbincang.

Lelaki dan perempuan mempunyai sifat yang berbeza. Jika wanita lebih gemar berkongsi, lelaki mungkin sebaliknya.

tanda suami curang

Komunikasi yang baik adalah tunjang hubungan yang baik

Jadi, sebaiknya, sekiranya salah seorang berhenti berkomunikasi, ambil masa untuk bertanya, dan berbincang dengan tenang.

Ada banyak sebab mengapa pasangan menjadi perahsia. Ambil inisiatif untuk menjadi lebih memahami dan membuatkan pasangan menceritakan apa yang disimpannya.

Adakah ia masalah di tempat kerja atau masalah kewangan atau sesuatu yang dia tidak mahu anda risau?

Bantuan untuk pasangan yang asyik berahsia

tanda suami curang

Berfikiran positif dapat membantu hubungan suami isteri menjadi lebih baik

Jika pendekatan yang anda gunakan itu tidak membuahkan hasil, terdapat beberapa cara lain yang mungkin boleh membantu anda, contohnya seperti:

  • Bincang di tempat lain: Mereka mungkin memerlukan suasana yang lain dari tempat biasa seperti rumah untuk lebih terbuka dengan anda. Bawa mereka keluar di tempat baru seperti restoran yang belum pernah anda pergi untuk bawa berbincang.
  • Sokongan: berlawan dengan emosi ada kalanya boleh memberi tekanan yang tinggi. Dapatkan kumpulan sokongan agar anda boleh lebih positif dan menangani hal ini dengan lebih baik.
  • Nasihat profesional: sekiranya anda buntu dan tidak tahu bagaimana membuatkan psangan berkomunikasi dengan anda, dapatkan bantuan profesional seperti kaunselor rumah tangga.

Apa-apa pun, jika pasangan anda mula berahsia, jangan terus beranggapan negatif. Ia mungkin tidak seburuk yang anda sangkakan. Sebelum menuduh tanpa usul periksa, tanya pasangan apa yang dilaluinya dan bawa berbincang dengan elok.

Semoga perkahwinan anda dilindungi!

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!