Tanda-tanda anak anda STRESS!

undefined

Namun ramai yang tidak tahu kanak-kanak juga boleh mengalami pelbagai tahap stress. Jika dibiarkan boleh mengakibatkan gangguan mental yang lain seperti kemurungan dan keresahan.

Ramai yang sering kali berkata ingin kembali ke zaman kanak-kanak kerana tidak perlu risaukan apa-apa dan hanya bermain. Namun ramai yang tidak tahu kanak-kanak juga boleh mengalami pelbagai tahap stress. Jika dibiarkan boleh mengakibatkan gangguan mental yang lain seperti kemurungan dan keresahan.

Unhappy Male Student Working At Desk In Chinese School Classroom

Laman sesawang Parents, Scholastics dan American Psychological Association telah berkongsi bagaimana mengenal pasti jika anak anda mengalami stress. Mari kenali tanda-tanda anak anda mungkin mengalami stress:

Mimpi ngeri

Salah satu cara yang biasa untuk kita lihat jika anak mengalami stress. Selalunya, ketakutan di dalam tidur menunjukkan respon terhadap pengalaman yang stress atau traumatik.

Cadangan menangani: Bercakap dan bercerita tentang apa yang mereka alami dan ianya normal untuk semua kanak-kanak seusia dengannya. Ini akan membuatkan mereka tahu yang anda memahami apa yang mereka alami.

Kekerapan tantrum dan menangis

Kerap mengalami tantrum dan menangis adalah salah satu tanda yang sering kali dianggap biasa pada kanak-kanak. Namun sebenarnya, sebagai ibu bapa, kita harus cuba mengenal pasti apa yang menyebabkan mereka menjadi begitu kerana tantrum dan kerap menangis adalah salah satu tanda anak anda mengalami stress.

Cadangan menangani: Peluk erat anak anda ketika mereka sedang tantrum dan menangis. Cuba alihkan perhatian mereka dengan sesuatu yang lain seperti mengajak mereka melihat bunga atau binatang. Kemudian cuba bercakap dengan anak anda, apa yang menyebabkan mereka berasa marah sehingga bertindak tantrum dan menangis.

Perubahan waktu makan dan tidur

Perubahan secara tiba-tiba pada jadual tidur seperti tidur lebih lewat atau tidur yang terlalu kerap, perubahan secara tiba-tiba rutin makan seperti terlampau kerap makan atau tidak mahu makan, dua  perkara ini merupakan tanda anak anda sedang mengalami stress.

Cadangan menangani: Semak semula apa yang menyebabkan anak anda membuat perubahan mendadak. Boleh jadi pertukaran cikgu di sekolah atau aktiviti yang tidak menyenangkan di sekolah atau mungkin juga perubahan jadual kerja kita menyebabkan stress pada mereka.

Perubahan jadual buang air besar

Badan kita mempunyai jadual pembuangan yang tetap. Sebarang perubahan menunjukkan badan kita mengalami stress. Begitu juga untuk kanak-kanak.

Cadangan menangani: Sama seperti di atas, semak semula apa yang menyebabkan anak anda membuat perubahan mendadak.

Tidak bergaul

Kerap menyendiri dan tidak mahu bergaul dengan orang lain juga salah satu tanda anak anda mengalami stress.

Cadangan menangani: Semak dengan guru atau penjaga atau rakan-rakan anak anda tentang jadual dan aktiviti mereka di sekolah. Ambil tahu jika ada yang tidak kena dengan anak anda.

Antara sebab-sebab normal mengapa anak anda stress:

  • Keresahan berpisah : Terutamanya untuk kanak-kanak yang baru memasuki taska atau tadika, mereka akan berasa resah kerana terpaksa berpisah dengan ahli keluarga untuk tempoh masa yang panjang. Ini boleh menyebabkan mereka berasa resah untuk berpisah dan menjadi lebih sukar untuk berpisah dan kelihatan lebih manja.
  • Perubahan ahli keluarga : Sama ada perubahan positif seperti mendapat adik baru atau negatif seperti kehilangan nenek juga boleh menjadi punca stress bagi kanak-kanak kerana sukar untuk mereka menerima perubahan yang ketara di dalam hidup mereka.
  • Jadual yang terlampau padat : Apabila jadual mereka terlampau padat dengan aktiviti yang pelbagai, mereka boleh menjadi stress kerana tidak dapat fokus dengan satu-satu aktiviti.
  • Latihan tandas : Permulaan latihan tandas selalunya seperti latihan disiplin yang tegas. Jadi cuba analisis semula penerimaan anak anda dan tidak terlampau mendesaknya untuk mengelakkan stress.

Sekiranyanya berdepan dengan situasi anak anda stress, jangan terus mengalah dengan kehendak anak anda. Teruskan jadual tersebut tetapi mungkin boleh memperkenalkan secara perlahan-lahan seiring dengan penerimaan anak anda. Banyakkan masa rehat untuk anak anda menerima tanpa perlu stress.

Buat pelan jangka masa panjang supaya anak anda selesa dengan jadual yang anda buat. Adalah penting untuk mengurangkan pendedahan terhadap skrin sama ada televisyen mahupun telefon bimbit kerana ini boleh mengganggu fokus anak anda. Paling utama ialah berikan ciuman dan pelukan erat yang kerap terhadap anak anda.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!