6 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Wanita Selalu Terlepas Pandang

lead image

Berikut antara 6 tanda kanser ovari yang wanita sering terlepas pandang. Semak jika anda mengalami tanda-tanda ini atau tidak dan dapatkan nasihat doktor!

Tanda kanser ovari

Kanser ovari merupakan salah satu kanser yang paling digeruni oleh wanita selepas kanser payudara. Oleh sebab itu, ramai wanita yang patut tahu tentang tanda kanser ovari untuk lebih berjaga-jaga.

Kematian disebabkan kanser bukanlah sesuatu yang asing lagi dan ia menyerang tidak kira lelaki atau wanita. 

Kanser ovari terjadi apabila sekumpulan sel yang tidak normal di dalam ovari mula membahagi secara tidak terkawal dan membentuk tumor.

Ovari merupakan organ pembiakan wanita yang membantu mengeluarkan ovum atau telur. Selain itu, ovari juga membantu mengeluarkan hormon wanita, estrogen dan progesteron.

Jenis-jenis dan 7 tanda kanser ovari

Ovari terdiri daripada 3 jenis sel. Setiap sel boleh berubah menjadi tumor yang berbeza:

  • Tumor epitelial yang terbentuk pada lapisan tisu luar ovari. Lebih kurang 90% kanser ovari yang didiagnos merupakan tumor epitelial (Epithelial tumor).
  • Tumor stromal terbentuk di dalam sel yang mengeluarkan hormon. Hanya 7% daripada kanser ovari yang didiagnos adalah tumor stromal (Stromal tumor).
  • Tumor sel kuman (Germ cell tumor) terbentuk di dalam sel yang mengeluarkan telur dan ianya sangat jarang terjadi.

Lebih kurang 20% daripada penghidap kanser ovari dapat mengesan kanser ini di peringkat awal.

Apabila kanser ovari dapat dikesan di peringkat awal dan sebelum merebak ke tempat lain, 94% daripada pesakit dapat hidup lebih lama.

Terdapat banyak kajian menunjukkan bagaimana cara yang baik untuk mengesan kanser ovari diperingkat awal.

Berikut adalah perkongsian bagaimana caranya untuk mengenal pasti tanda kanser ovari yang wanita sering terlepas pandang.

1. Lebih kerap kencing

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/03/frequent urination.jpg 6 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Wanita Selalu Terlepas Pandang

Sekiranya anda terlalu kerap ke tandas tanpa mengubah pengambilan cecair (air), anda mungkin mahu membuat pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital. 

Ini merupakan salah satu tanda kanser ovari yang paling utama. Jangan ambil ringan tanda in!

2. Kerap kembung perut, tidak hadam dan mual

Rasa kembung, tidak hadam dan mual-mual melebihi 3 minggu adalah tidak normal.

Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda dan nyatakan simptom yang anda alami untuk pemeriksaan lanjut.

3. Rasa sakit di sekitar pelvis atau bahagian bawah abdomen

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/03/pms 800x440.jpg 6 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Wanita Selalu Terlepas Pandang

Sekiranya kawasan yang biasanya akan merasai kekejangan ketika haid asyik rasa sakit berpanjangan walaupun ketika bukan haid, segera berjumpa doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

4. Perubahan selera makan

Perubahan habit makan yang ketara seperti kurang selera makan atau cepat berasa kenyang juga merupakan salah satu simptom awal kanser ovari.

Sekiranya terjadi untuk satu tempoh yang panjang (3 minggu), dapatkan nasihat dari doktor anda.

5. Penambahan ukur lilit abdomen

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/03/140086056 XS.jpg 6 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Wanita Selalu Terlepas Pandang

Selain simptom di atas, jika anda juga mengalami penambahan ukur lilit abdomen walaupun kurang selera makan. Anda patut mendapatkan nasihat doktor.

6. Sentiasa penat dan tidak bertenaga

Sentiasa penat dan tidak bertenaga walaupun anda sudah mendapatkan rehat yang secukupnya merupakan salah satu simptom awal kanser ovari.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/03/download.jpg 6 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Wanita Selalu Terlepas Pandang

sumber ovarion.org.uk

Sekiranya anda mengalami salah satu atau lebih dari satu simptom di atas, segera berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

Terutamanya bagi mereka yang berumur lebih 50 tahun dan mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser ovari atau kanser payu dara.

Tidak semestinya bermakna anda menghidap kanser tetapi, adalah lebih selamat jika anda membuat pemeriksaan awal.

Jangan lupa beritahu doktor anda tentang simptom-simptom yang anda alami dan dapatkan penjelasan mereka tentang ini.

Sumber: health line, cancer center, nhs,

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!