Selain Tidak Datang Haid, Ini Antara Tanda-Tanda Awal Kehamilan Yang Patut Anda Tahu

Tanda-tanda awal kehamilan bukan saja lewat datang haid, namun ada banyak lagi! Perhatikan juga perubahan pada badan, jika areola hitam, itu tanda hamil!

Terujanya apabila menunggu saat-saat anda disahkan hamil, apatah lagi jika baru-baru lagi tentunya sukar untuk diketahui. Jadi inilah masa untuk anda perhatikan tanda-tanda awal kehamilan pada badan anda sebelum anda melakukan ujian kehamilan!

Selain daripada haid yang lewat, ada banyak lagi tanda yang anda akan alami. Antaranya areola semakin gelap, kerap kencing, sakit pada bahagian perut seperti nak period, cepat penat dan mengantuk dan macam-macam lagilah!

Sekiranya anda tak mengalami tanda-tanda yang disebut ini, janganlah terus putus harapan. Ramai juga ya ibu-ibu yang tidak mengalami sebarang tanda sehinggalah kandungan mencecah 3 bulan! 

Pada trimester pertama memang banyak perkara yang sedang berlaku di dalam badan anda. Walau bagaimanapun mungkin anda tidak dapat mengetahuinya sehinggalah anda mengalami alahan atau mabuk hamil. 

tanda-tanda awal kehamilan

#1. Warna areola menjadi gelap

Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna badan anda sudah punyai hormon hamil! Walau bagaimanapun, ada wanita yang mengalami tanda ini akibat ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. Jadi jika anda mungkin alami tanda ini, peratusannya ada! 

#2. Pendarahan atau cramp akibat implantasi

Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Kekejangan atau cramp itu rasanya sama seperti anda nak datang bulan. Malah ada sesetengan ibu yang yakin mereka akan datang haid ketika ini, tapi sebenarnya itu tanda-tanda awal kehamilan! Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

#3. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

#4. Keletihan

tanda-tanda awal kehamilan

Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

#5. Payudara melembut dan membengkak

Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

#6. Deria rasa berubah

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

woman sitting by bathroom sink

#7. Mabuk hamil pagi

Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

#8. Tidak datang haid

tanda-tanda awal kehamilan

Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

Sekali lagi diingatkan sekiranya kandungan terlalu awal, mungkin anda tidak akan mengalami tanda-tanda berikut. 

Selalunya ujian kehamilan dilakukan sekiranya anda tidak datang haid. Namun untuk ibu-ibu yang tidak menjejaki haid mereka setiap bulan, keadaan ini boleh diperhatikan. Sekiranya kandungan sudah mencecah 2 bulan, tanda-tanda ini akan semakin ketara. Jadi sentiasalah jaga-jaga ya ibu semua, jangan buat kerja berat jika anda sudah perasan tanda hamil berikut. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Baby Center

Baca juga: Tanda-Tanda Hamil Yang Pelik, Mungkin Anda Alaminya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!