5 Tanda Anda Mungkin Ada Cyst Ovari Yang Bahaya, Jangan Berlengah Lagi!

lead image

Cyst adalah perkara biasa dan selalunya tak memerlukan rawatan. Tapi, 5 tanda-tanda cyst ovari ini bermakna anda perlu jumpa doktor segera!

Cyst atau sista dalam ovari adalah seperti jerawat di dalam sistem pembiakan. Ia biasanya datang dan pergi semasa anda haid. Tapi, jika anda ada tanda-tanda cyst yang disebut di bawah ini, anda perlu segera jumpa doktor!

5 Tanda-Tanda Cyst Ovari Yang Bahaya

1. Sakit tanpa henti di bahagian pelvik

tanda-tanda cyst, cyst. sista, cyst ovari, simptom cyst ovari, ketulan dalam rahim

Tanda-tanda cyst ovari yang biasa terjadi adalah sakit di bahagian kanan atau kiri di bawah pelvik (tempat letaknya ovari).

Jika anda mempunyai ketumbuhan di tempat yang tak sepatutnya ada, anda pasti akan rasa sakit semasa melakukan sesuatu seperti senaman atau berhubungan intim.

Menurut Dr. Taraneh Shirazian, pakar ginekologi di NYU, “jika rasa sakit menjadi semakin bertambah, anda mungkin mempunyai ovarion torsion.”

Ini terjadi apabila cyst anda menjadi besar dan boleh bergerak atau berpusing dengan sendiri lalu memotong saluran darah yang menyebabkan anda rasa sangat sakit di bahagian pelvik.

2. Kembung perut tak terkawal

Bengkak atau kembung perut biasanya adalah tanda yang sangat tak jelas, tapi ia boleh dikaitkan dengan cyst ovari bergantung pada saiznya.

Kebanyakan cyst hanya bersaiz bawah 10cm. Tapi, beberapa cyst boleh tumbuh sangat besar sebesar saiz buah tembikai!

Ramai wanita hanya menganggap mereka tambah berat badan, tapi sakit perut atau kembung perut boleh disebabkan oleh cyst yang sedang membesar di dalam perut.

3. Anda rasa kenyang atau perut penuh

tanda-tanda cyst, cyst. sista, cyst ovari, simptom cyst ovari, ketulan dalam rahim

Salah satu tanda-tanda cyst ovari adalah rasa berat pada bahagian perut kerana cyst adalah jisim dan ia boleh memberikan anda rasa seperti tekanan dalam perut.

Rasanya sama seperti sembelit, tapi rasa ini hanya menyerang salah satu bahagian pelvik anda. Jika sistem pembuangan anda baik tapi anda rasa seperti ini selama dua hingga tiga minggu, mungkin ini adalah masa untuk anda berjumpa doktor.

4. Anda rasa nak terkencing sepanjang masa

Jika cyst menolak pundi kencing anda, anda mungkin akan rasa nak terkencing selalu. Ada juga yang rasa nak terkencing tapi susah nak keluar, ini mungkin kerana cyst telah menghalang saluran kencing anda.

Jika anda mempunyai apa-apa masalah berkaitan dengan saluran kencing, anda perlu berjumpa doktor.

5. Sakit semasa melakukan seks

tanda-tanda cyst, cyst. sista, cyst ovari, simptom cyst ovari, ketulan dalam rahim

Jika anda sedang melakukan hubungan seks dan anda rasa sakit, ia mungkin petanda ada ada cyst ovari.

Beberapa cyst ini, bila ia menjadi besar, ia boleh terletak pada belakang rahim pada kedudukan serviks anda. Jadi, anda akan rasa sakit bila berlaku penetrasi yang dalam.

Tak ada sebab untuk anda rasa sakit semasa berhubungan seks. Jadi jika anda rasa sakit, beritahu doktor anda.

Kebanyakan cyst adalah biasa dan tak memerlukan apa-apa rawatan kerana ia akan hilang dengan sendiri. Tapi, anda perlu hati-hati dengan tanda-tanda cyst yang disebut di atas.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: health24

Baca juga: 

6 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Wanita Selalu Terlepas Pandang

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Nadia Ghafar