5 tanda ibu BERJAYA mendidik anak-anak, mengalir air mata bila tahu!

lead image

Kasih seorang ibu terhadap anaknya memang tiada tandingan. Bahkan ibu juga insan yang melahirkan, menyusu dan membesarkan anda dengan sepenuh kasih sayang. Namun, jangan dilupakan kasih ayah yang melekat di hati anak hingga hujung nyawa

Anda tahu tak, menilai didikan ibu pada anaknya bukan boleh dilihat dari sehelai kertas putih? Tapi ia dinilai dari cara didikan dan tanda-tanda ibu berjaya didik anak ini. 

Bahkan kita boleh menilai sendiri antara anak yang mendapat didikan sempurna atau tidak dari segi sikap dan tingkah lakunya. 

Namun begitu, tanda-tanda ibu berjaya didik anak juga bukan hanya dinilai apabila anak itu berjaya dalam bidang akademik tapi ia boleh dilihat apabila anak membesar dengan sihat dan bahagia. 

Jom lihat apakah 5 tanda-tanda ibu berjaya didik anak seperti di bawah ini:

5 tanda-tanda ibu berjaya didik anak 

1) Anak bijak menjaga tingkah laku 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/Kabarnesia.jpg 5 tanda ibu BERJAYA mendidik anak anak, mengalir air mata bila tahu!

Kredit : Kabanesia

Pertama, tanda-tanda ibu berjaya didik anak ialah apabila anak baik dan bersopan santun di hadapan orang lain. Terutama apabila ada tetamu berkunjung ke rumah, anak bersalaman dan bertanya khabar mereka. 

Selain itu, tanda-tanda ibu berjaya didik anak dapat dilihat juga apabila anak-anak:

  • Menghormati orang yang lebih tua 

  • Sentiasa bersalaman dengan orang yang baru dikenali 

  • Sentiasa tersenyum atau mempamerkan wajah manis kepada orang 

  • Bercakap ramah dan sopan 

  • Sentiasa membantu ibu membersihkan rumah atau mengemas dapur 

Ini merupakan antara tanda-tanda ibu berjaya didik anak menjadi orang yang berguna. Bahkan, ia bagus untuk akhlak mereka apabila dewasa nanti. 

2) Keluarga ceria dan bahagia 

Apabila keluarga dan anak-anak hidup bahagia serta ceria, itu tanda-tanda ibu berjaya didik anak dengan sempurna.

Apatah lagi bila ibu sentiasa berada di sampingnya dan selalu mencium lembut ubun-ubun kepala anak. Dia akan merasakan kasih sayang ibu mengalir dalam sanubarinya.

Lantas dia merasakan ibu menyayanginya sepenuh jiwa dan raga. 

3) Anak tidak kedekut berkongsi rezeki 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/yummymummyclub.ca .jpg 5 tanda ibu BERJAYA mendidik anak anak, mengalir air mata bila tahu!

Kredit: Yummy Mummy Club

Tanda-tanda ibu berjaya didik anak juga apabila anda sering berpesan ini pada anak…

“Bawa bekal makanan ini ke sekolah, nanti kongsi bersama kawan-kawan semasa rehat.” 

Lantas si anak angguk tanda faham dan setuju. 

Hal ini kerana ibu sudah ajar anak berkongsi rezeki dengan orang lain sejak dari kecil dan sering ingatkannya supaya jangan kedekut. 

Apabila masih kecil, mereka mudah faham apa yang dipesan seperti pepatah melayu berkata melentur buluh biar dari rebungnya.

Lantas apabila dewasa, anak-anak tidak jahil dalam memberi rezeki pada golongan yang kurang berkemampuan. Semuanya atas didikan seorang ibu dan jasa seorang ayah. 

4) Anak menjadikan ibu sebagai sahabat paling akrab 

Apabila anak menjadikan ibu sahabat, ia juga merupakan tanda-tanda ibu berjaya didik anak.

Ia dapat dilihat apabila anak-anak meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada ibunya. Bahkan sentiasa mengikut nasihat dan bimbingan kedua-dua orang tuanya itu. 

Antara lain seperti:

  • Sentiasa minta nasihat ibu ketika buat kerja sekolah jika kurang faham 
  • Sentiasa mencium pipi ibu dan bersalaman dengannya. 
  • Mengucapkan terima kasih pada ibu apabila menyediakan bekal makanan ke sekolah.
  • Sentiasa berkongsi cerita dengan ibu sama ada kisah gembira atau sedih 

Sebagai ibu, anda sentiasa sabar melayan kerenah anak kecil yang ada ketikanya mood mereka tak menentu.

Ini merupakan tanda-tanda ibu berjaya didik anak menjadi insan yang lebih baik terutama apabila dewasa kelak. 

Inilah masanya untuk anda rapat dengan anak,  sebelum mereka mula membesar dan perlahan-lahan muncul insan lain dalam diri mereka kelak. 

5) Tidak membuat perbandingan terhadap anak sendiri 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/daily mail.jpg 5 tanda ibu BERJAYA mendidik anak anak, mengalir air mata bila tahu!

Kredit: Daily Mail

Dapat dilihat tanda-tanda ibu berjaya didik anak apabila anda tidak sesekali melakukan perbandingan antara anak sendiri dengan anak orang lain.

Hal ini kerana jika ibu membuat perbandingan, anak akan terasa hati dan terkilan. Kemudian mereka akan bersedih dan berjauh hati.

Selain itu, tanda-tanda ibu berjaya didik anak dapat dilihat apabila anda tidak melabelkan anak dengan sesuatu yang kurang baik.

Dilarang keras supaya tidak menyebut perkataan tak senonoh seperti bodoh, anak tak guna, anak kurang ajar, kau bukan anak aku dan sebagainya. 

Jadi ingatlah setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza-beza. Oleh itu jangan sesekali membandingkan mereka. 

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah buat selamanya. Jangan lupa kongsikan artikel ini di Facebook anda. Semoga bermanfaat buat semua!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Brilio

Sumber: theAsianparent Indonesia 

Baca juga:

7 tanda yang membuktikan anda telah menjadi seorang ibu bapa yang baik