Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

undefined

GDM berlaku apabila paras gula dalam darah meningkat akibat insulin yang kurang berkesan semasa kehamilan. Menurut Dr. Sharina Mohd Razali, Pakar O&G di Sunway Medical Centre Damansara, GDM boleh menyebabkan bayi lahir besar dan meningkatkan risiko komplikasi bersalin. Ibu hamil disarankan mengamalkan diet sihat, kekal aktif, dan menjalani pemeriksaan berkala untuk mengurangkan risiko. Sunway Medical Centre Damansara menawarkan pakej materniti komprehensif dengan diskaun 35% serta pelbagai kemudahan untuk ibu dan bayi.

Pernahkah anda mengalami tanda-tanda berikut sejak hamil?

  • Lebih haus daripada biasa1
  • Keletihan yang luar biasa1
  • Kerap kencing (lebih daripada biasa)
  • Mulut kering1
  • Kegatalan pada kemaluan1
  • Penglihatan kabur1   

Keletihan merupakan perkara yang biasa untuk ibu mengandung, tetapi jaga-jaga jika anda kerap mengalami keletihan yang luar biasa.

Jika ya, anda mungkin berisiko mengalami kencing manis ketika hamil. TETAPI! Usah terus panik ya mummies, kerana keadaan-keadaan ini juga boleh dikatakan yang biasa dialami oleh ibu mengandung. Jadi, jika anda benar-benar mengalami simptom-simptom ini dan risaukan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan, segeralah berjumpa doktor pakar anda untuk pemeriksaan lanjut, okey?

Apakah Itu Kencing Manis Ketika Hamil? 

Kencing manis ketika hamil juga dikenali dengan nama saintifiknya, Diabetes Melitus Gestasi atau dalam bahasa Inggeris – Gestational Diabetes Melitus (GDM). GDM terjadi apabila paras gula darah meningkat di dalam badan ibu mengandung akibat insulin yang kurang berkesan, ataupun dipanggil kerintangan insulin. Insulin merupakan hormon yang membantu mengawal paras gula darah, jadi apabila tubuh badan ibu mengandung tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengatasi kerintangan insulin, maka paras gula di dalam darah kekal tinggi. GDM boleh berlaku pada bila-bila masa ketika hamil, namun biasanya berlaku antara semester kedua atau ketiga dan berakhir setelah bayi dilahirkan.1 

Apakah Risiko dan Kesan GDM Pada Ibu dan Bayi? 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik ini, kami telah menemu bual pakar Obstetrik & Ginekologi dari Sunway Medical Centre Damansara, Dr. Sharina Mohd Razali. Menurut beliau, ibu mengandung yang telah didiagnos dengan GDM perlu berjumpa dengan doktor pakar lebih kerap dan paras gula di dalam badan juga perlu diawasi dengan lebih teliti. Selain itu, ibu tersebut juga akan diberi janji temu bersama pakar diet untuk mempelajari cara-cara pemakanan yang sesuai, contohnya diet suku-suku-separuh, pengiraan kalori harian dan juga cara memeriksa paras gula sendiri serta cara mempraktikkan gaya hidup yang lebih aktif. 

Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

Dr. Sharina Mohd Razali, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Sunway Medical Centre Damansara

Apabila ditanya tentang risiko kesan GDM pada ibu dan bayi, Dr. Sharina menjelaskan bahawa jika paras gula di dalam badan ibu tidak dikawal dengan baik sepanjang kehamilan dan sentiasa berada di paras yang tinggi, maka bayinya akan mendapat gula yang banyak dan mungkin akan dilahirkan besar. Apabila bayi dilahirkan besar, kemungkinan untuk si ibu berdepan proses kelahiran yang rumit juga semakin tinggi. Ini kerana bayi yang besar berisiko mengalami shoulder dystocia, iaitu keadaan di mana bahu bayi tersangkut ketika proses bersalin. Komplikasi ini akan menyebabkan kecemasan obstetrik dan ibu pula berisiko mengalami koyakan yang besar pada perineum. 

Tambah Dr. Sharina juga, walaupun GDM berakhir setelah ibu bersalin, namun ibu yang didiagnos GDM mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat diabetes di kemudian hari, jadi beliau menasihatkan para ibu untuk membuat pemeriksaan gula yang dipanggil MGTT 6 minggu selepas bersalin untuk memastikan ibu bebas daripada GDM. Sekiranya paras gula kembali normal selepas 6 minggu kelahiran, si ibu boleh dikatakan bebas daripada diabetes. Namun, jika paras gula masih tinggi, si ibu berisiko tinggi untuk menghidap diabetes sepanjang hidupnya.

Tip-tip Untuk Mengelakkan GDM

Walaupun tiada cara khusus yang boleh menjanjikan anda boleh mengelakkan GDM, berdasarkan penjelasan Dr. Sharina dan informasi dalam artikel ini, boleh disimpulkan bahawa ada beberapa tip yang anda boleh amalkan untuk mengurangkan risiko didiagnos dengan GDM. Ibu-ibu boleh cuba tip-tip berikut:

  • Sebelum hamil
    • Pastikan berat badan anda ideal dan berada pada paras yang sihat. Amalkan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi, dan elakkan diet-diet melampau yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

Amalan gaya hidup sihat dan aktif memberikan manfaat jangka panjang untuk tubuh badan kita.

    • Kekal aktif dengan melakukan senaman setiap hari seperti brisk walking, jogging, berenang dan sebagainya.
  • Ketika hamil
    • Teruskan pemakanan dan gaya hidup yang sihat, mengikut nasihat doktor. Jangan cuba untuk mengurangkan berat badan ketika hamil, sebaliknya fikir tentang penambahan berat badan yang sihat untuk memastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi secukupnya. Bincang dengan doktor pakar anda tentang kenaikan berat badan yang ideal untuk tubuh anda ketika hamil.2

Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

Nikmati diet seimbang yang merangkumi sumber makanan daripada pelbagai kumpulan makanan supaya ibu dan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi secukupnya.

Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

Terdapat pelbagai senaman yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung. Tetapi, dapatkan “clearance” daripada doktor pakar anda dulu, ya!

  • Kekal aktif, tetapi ikuti nasihat doktor pakar anda tentang senaman yang selamat dan baik untuk anda, kerana bukan semua ibu memiliki tahap kekuatan dan kesihatan yang sama.2
  • Pastikan anda mengikut jadual janji temu bersama doktor pakar anda untuk pemeriksaan kehamilan yang menyeluruh, terutamanya jika anda didiagnos dengan GDM.2

Kami faham betapa banyaknya perkara yang ibu-ibu perlu fikir dan lakukan apabila disahkan hamil. Overwhelming jadinya! Berdasarkan pengalaman kami (yang juga ibu-ibu seperti anda!), salah satu perkara paling penting ketika kehamilan ialah memilih doktor pakar O&G dan Pediatrik yang berpengalaman dan profesional untuk membantu kita menjalani tempoh kehamilan dan kelahiran dengan tenang dan selamat. Nasihat kami? Pilihlah doktor dan hospital yang mesra ibu dan bayi dan menawarkan pakej materniti yang komprehensif. Setelah berbual dengan Dr. Sharina, kami tertarik dengan pakej materniti yang ditawarkan di Sunway Medical Centre Damansara. Nak tahu kenapa? Jom survey!

Pakej Materniti Sunway Medical Centre Damansara

Di Sunway Medical Centre Damansara (SMCD), pakej maternitinya menawarkan diskaun sebanyak 35% untuk caj hospital, yang merangkumi kaedah bersalin seperti berikut:

  • Bersalin normal
  • Bersalin normal dengan epidural
  • Bersalin normal dengan Entonox
  • Bersalin menggunakan vakum
  • Pembedahan cesarean
  • Pembedahan cesarean kecemasan, dan termasuk bersalin di luar waktu bekerja 

Selain itu, pakej ini juga ada macam-macam khidmat PERCUMA seperti kaunseling bersama pakar diet, kaunseling penyusuan ibu dan pelbagai barangan percuma untuk ibu dan bayi. Menarik, kan?

Lihat sahajalah fasiliti materniti dan pediatriknya, memang canggih dan paling penting, selesa untuk ibu dan bayi!

Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil   

Bilik Bersalin / Delivery Suite

Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

Wad Bersalin

Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

Unit Penjagaan Intensif Neonatal

Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

Nursery

Untuk makluman anda, SMCD merupakan sebuah hospital tertier komprehensif dengan lebih daripada 300 katil, dengan misi untuk memberikan penjagaan berpusatkan pesakit kepada komuniti sekitarnya. Ia juga merupakan model hab kepada Sunway Healthcare Group, jadi sudah tentu mereka sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada setiap pelanggan mereka. Pendek kata, you’re in good hands!

Jadi mummies, jika anda masih tercari-cari doktor pakar untuk pemeriksaan antenatal dan juga doktor pakar kanak-kanak untuk si manja anda, anda bolehlah membuat janji temu dengan Dr. Sharina, Pakar Obstetrik & Ginekologi dan juga Dr. Yee Shyong Chay, Pakar Neonatal Pediatrik di SMCD.  Kami yakin anda akan berpuas hati dengan pendekatan dan perkhidmatan profesional mereka 🙂

Hubungi +6019-216 8825 atau layan https://www.sunwaymedicaldamansara.com.my/en/package/maternity untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej materniti SMCD.

RUJUKAN:

  1. Gestational diabetes – NHS
  2. Gestational Diabetes  

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!