X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Waspada Tanda-Tanda Covid-19 Pada Kanak-Kanak, Anak Kecil Perlu Rawatan Rapi Jika Dijangkiti

4 min bacaan
Waspada Tanda-Tanda Covid-19 Pada Kanak-Kanak, Anak Kecil Perlu Rawatan Rapi Jika DijangkitiWaspada Tanda-Tanda Covid-19 Pada Kanak-Kanak, Anak Kecil Perlu Rawatan Rapi Jika Dijangkiti

Ibu ayah penting untuk perhatikan tanda-tanda covid-19 yang kini makin berleluasa pada kanak-kanak, jika anak mempunyai tanda-tanda ini cepat bawa doktor!

Penularan wabak Covid-19 dilihat mengancam masyarakat di seluruh dunia tanpa mengira pangkat, usia dan perbezaan kaum. Tanda-tanda Covid-19 ini sukar untuk dikenal pasti dan boleh dianggap sebagai serangan virus misteri.

Sehingga kini pihak perubatan masih bertungkus lumus mencari penawar dan vaksin bagi menghentikan dengan kadar segera virus penyakit ini kerana telah melumpuhkan keseluruhan ekonomi serta mengubah gaya hidup manusia.

Tanda-tanda Covid-19

tanda-tanda penyakit covid-19 baharu

credit to sources

Menurut laporan dikeluarkan oleh The Guardian, kebanyakan kanak-kanak mengalami tanda-tanda penyakit yang baharu berkaitan Covid-19 sehingga meragut nyawa mereka, termasuklah sakit perut dan masalah jantung.

Anak kecil yang dijangkiti kebiasaannya akan diserang batuk. Ia akan menjadi lebih teruk jika ibu ayah melengahkan masa untuk membawa mereka mendapatkan rawatan hospital.

Difahamkan, sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak telah menerima rawatan Extra Corporeal Membrane Oxygenation (ECMO), iaitu kaedah menyelamatkan nyawa pesakit yang tidak mampu untuk bernafas dengan baik.

‘’Bagi anak kecil yang memiliki penyakit Kawasaki, keadaan vaskular agak rare dan menjadi penyebab utama penyakit jantung untuk golongan usia bawah 18 tahun,’’

‘’Berdasarkan laporan selama tiga minggu jelas menunjukkan berlakunya peningkatan dalam jumlah anak-anak yang memiliki masalah radang dan memerlukan rawatan rapi di seluruh London dan UK,’’ ujar sumber.

Bukan itu sahaja, langkah berjaga-jaga kepada para frontliners dan kumpulan doktor pakar juga telah dimaklumkan. Meskipun kanak-kanak tanpa gejala Covid-19 dan diuji negatif, ia tidak mustahil bahawa ujian tersebut salah.

‘’Sakit pada bahagian perut dan gastrointestinal menjadi simptom umum. Pemerhatian ini telah dilakukan terhadap kanak-kanak yang positif dan negatif Covid-19,’’

‘’Peningkatan kes dalam kalangan kanak-kanak sangat tidak dijangka di UK dengan keadaan kritikal akibat tindak balas masalah keradangan yang dialami pesakit,’’ ujarnya.

Hasil pemeriksaan oleh pakar

simptom penyakit baharu

Menurut perunding Hospital di London dan Ahli Jawatankuasa Alergi, Imunologi dan Penyakit Berjangkit, Dr. Liz Whittaker mengatakan bahawa maklumat ini bukanlah untuk mendatangkan ketakutan terhadap orang ramai

‘’Kami berasa sangat bimbang dengan situasi yang sangat jarang berlaku. Disebabkan oleh virus Corona tersebut, jumlah kes pesakit kanak-kanak meningkat luar biasa.’’ Ujarnya.

Gabungan gejala kejutan toksik dan Kawasaki berpotensi menyebabkan anak kecil mengalami demam berterusan, sakit perut yang teruk dan mengalami masalah ruam kulit. Bukan itu sahaja, hasil ujian darah turut menunjukkan keradangan sama seperti pesakit dewasa dengan jangkitan Covid-19.

Para doktor turut mengesyaki bahawa penyakit itu mungkin merupakan tindak balas keradangan pasca-infeksi di mana sistem kekebalan tubuh terpaksa bekerja secara berlebihan.

Presiden Royal College of Paediatrics and Child Health, Prof Russell Viner berusaha meyakinkan ibu ayah bahawa pada umumnya tahap kesihatan anak berkemungkinan menjadi sangat tidak sihat kerana Covid-19.

Sindrom jarang berlaku pada kanak-kanak di UK

Berdasarkan hebahan segera yang dikirimkan kepada kumpulan doktor mengatakan jabatan rawatan intensif di London dan UK menerima jumlah pesakit kanak-kanak kritikal dengan gejala bukan biasa.

Ini termasuklah masalah keradangan dengan gejala seperti selesema.

Pengarah perubatan NHS England, Stephen Powis mengatakan bahawa mereka menyedari laporan mengenai penyakit jarang dan teruk pada kanak-kanak. “Hanya dalam beberapa hari terakhir kami melihat laporan tersebut dan meminta penelitian dari beberapa orang pakar,’’

gejala penyakit covid-19 baharu

foto: forbes

‘’Pesakit muda dari pelbagai usia mengalami kemerosotan kesihatan yang ekstrem. Mereka mempunya ciri serupa dengan penyakit Kawasaki dan kejutan toksik menyebabkan suhu badan tinggi, tekanan darah rendah, kemunculan ruam dan sukar untuk bernafas,’’

‘’Bukan itu sahaja, ada yang mengalami gejala gastrointestinal iaitu sakit perut, muntah, cirit-birit, radang jantung serta hasil ujian darah tidak normal. Kesannya, tubuh anak-anak menjadi lemah untuk melawan serangan jangkitan Covid-19,’’ jelasnya.

Sepanyol dan Itali telah melaporkan kes yang serupa: “Sebilangan kanak-kanak mengalami penyakit septik jenis kejutan dan ruam. Ia turut dilihat dalam sindrom kejutan toksik dan penyakit Kawasaki.’’

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Justeru, ibu ayah perlu prihatin terhadap kesihatan anak-anak melalui amalan penjagaan kebersihan serta pengambilan makanan berkhasiat. Anda perlu segera ke hospital apabila:

  • Anak berubah menjadi pucat, berbintik-bintik dan tubuh sangat sejuk
  • Corak pernafasan yang tidak teratur atau mula meragam
  • Bibir menjadi biru
  • Mengalami sawan
  • Berubah menjadi tertekan (menangis, bingung, sangat lesu dan tidak bermaya
  • Sakit pada bahagian testis

Sumber: Bbc News, The Guardian

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Waspada Tanda-Tanda Covid-19 Pada Kanak-Kanak, Anak Kecil Perlu Rawatan Rapi Jika Dijangkiti

Baca juga: Covid-19 Semakin Mengganas, Kini Bayi 1 Tahun Terkorban

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Waspada Tanda-Tanda Covid-19 Pada Kanak-Kanak, Anak Kecil Perlu Rawatan Rapi Jika Dijangkiti
Kongsikan:
  • Penyakit Kawasaki Mungkin Berkaitan Simptom Baru Covid-19, Ibu Ayah Sila Peka!

    Penyakit Kawasaki Mungkin Berkaitan Simptom Baru Covid-19, Ibu Ayah Sila Peka!

  • Pandemik Covid-19, Bilakah Ia Akan Berakhir Untuk Anda Menjalani Hidup Secara Normal?

    Pandemik Covid-19, Bilakah Ia Akan Berakhir Untuk Anda Menjalani Hidup Secara Normal?

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Penyakit Kawasaki Mungkin Berkaitan Simptom Baru Covid-19, Ibu Ayah Sila Peka!

    Penyakit Kawasaki Mungkin Berkaitan Simptom Baru Covid-19, Ibu Ayah Sila Peka!

  • Pandemik Covid-19, Bilakah Ia Akan Berakhir Untuk Anda Menjalani Hidup Secara Normal?

    Pandemik Covid-19, Bilakah Ia Akan Berakhir Untuk Anda Menjalani Hidup Secara Normal?

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.