Bahaya Kalau Anak Selalu Bad Mood, Pantau 6 Tanda-Tanda Stres Pada Anak

Lihat tanda-tanda ini jika anak anda selalu bad mood

Biasanya tanda tanda stress ini dialami oleh orang dewasa namun kanak-kanak juga tidak dapat lari dari masalah ini.

Hal ini kerana, seperti orang dewasa kanak-kanak juga ada hati dan perasaan yang perlu diekspresikan.

Tapi yang berbezanya adalah pada tanda tanda stress mereka.

Jika ibu atau ayah tertekan di tempat kerja, anak-anak mungkin stress di sekolah. Ibu ayah tertekan dengan prestasi kerja manakala anak pula risau dengan markah peperiksaan sama ada bagus atau sebaliknya.

Semua perkara ini membabitkan tekanan kanak-kanak di sekolah.

Walaubagaimanapun, orang dewasa tentunya lebih bijak menangani masalah stress ini berbanding anak kecil yang masih cetek pengalamannya.

Terutama bila ibu ayah terlampau sibuk sampai tak ada masa untuk menangani masalah anak sampai nak bersembang urusan harian mereka juga tidak ada masa.

Ini merupakan tanda tanda stress pada anak dan ibu bapa harus memerhatikan tingkah laku mereka jika menunjukkan salah satu tanda seperti berikut.

Tanda tanda stress pada anak

#1. Markah peperiksaan kian merosot

tanda tanda stress

Kanak-kanak yang mengalami tekanan ini akan membuatkan mereka tidak dapat fokus dengan baik semasa cikgu mengajar dalam kelas.

Malah, hampir setiap hari kerja sekolah yang diberikan guru tidak dapat disiapkan dan menunjukkan penurunan prestasi yang drastik.

Jika melihat tanda ini, luangkan masa bersama mereka dan selami jiwa anak- anak itu.

#2. Tidur cukup tapi masih letih

Anak yang mengalami depresi ini sering bangun tidur dengan keadaan diri yang tidak bermaya. Malah mereka kurang bermain, tidak mahu bercakap ataupun mengelak dari melakukan sesuatu aktiviti.

#3. Selalu cakap diri tak berguna

Anak yang masih kecil mungkin kurang jelas dengan perasaan tidak dihargai tapi jika secara tiba-tiba meluahkan yang dirinya seolah tak berguna anda memang patut bimbang dan luangkanlah masa bersamanya.

#4. Tak suka bergaul dan duduk jauh-jauh

stres pada anak

Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa bila mengalami depresi kita lebih suka duduk terpecil seorang diri dan menghindarkan diri dari bergaul dengan orang sekeliling.

Jika anak yang dahulunya peramah tiba-tiba berubah senyap memang anda patut bimbang.

#5. Berkomunikasi secara tegang macam nak bergaduh

Kanak-kanak ini bila mengalami perasaan stress dan tertekan mereka cenderung meluahkannya melalui kata-kata seperti menyampah, marah, menjelingkan mata, rasa nak menjerit dan sebagainya.

Namun, waktu bad mood ini berbeza seperti menunjukkan wajah tidak mahu ke sekolah tapi mood mereka kembali positif semasa makan.

#5. Lebih kerap menangis

Menangis merupakan salah satu cara untuk si kecil menunjukkan perasaan sebenar mereka.

Tapi kalau dia menangis dengan lebih kerap, ibu bapa memang perlu risau dan membawanya berjumpa pakar kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan perasaannya.

#6. Tidak mahu ditenangkan

depresi pada anak

Buat perangai jika tidak mendapat sesuatu yang diingini adalah perkara normal bagi kanak-kanak.

Ini kerana, bila seseorang itu bersedih mereka lebih suka didampingi sekaligus mendapat sokongan orang sekeliling.

Tapi kalau dia jauhkan diri secara tiba-tiba dan enggan menerima sebarang sokongan atau nasihat mungkin dia dalam keadaan depresi.

Kesimpulannya, dekati dan fahami jiwa anak anda nescaya boleh membantu mereka. Semoga bermanfaat.

Punca depresi

  • Faktor genetik : Memiliki ibu bapa atau adik beradik penghidap depresi dapat meningkatkan risiko individu juga mengalami depresi.
  • Faktor biologi : Depresi boleh terjadi akibat kadar serotonin dalam otak yang tidak mencukupi. Kondisi ini dikenal sebagai depresi klinis.
  • Jenis kelamin wanita : Wanita dua kali ganda lebih mudah mengalami depresi karena perubahan hormon yang terjadi selama hidupnya. Seperti saat menstruasi, kehamilan, melahirkan (depresi pascamelahirkan), dan perimenopause. Biasanya, risiko depresi pada wanita akan menurun setelah lewat usia menopause.
  • Pola makan buruk : Kekurangan vitamin dan mineral tertentu dapat memicu gejala depresi.
  • Mengidap penyakit kronik : Fikiran dan tubuh kita saling terikat. Pada kebanyakan pesakit, stres dan rasa sakit berkelanjutan dari penyakit kronik dapat menyebabkan depresi. Selain itu, penyakit tertentu, seperti gangguan tiroid, penyakit Addison dan penyakit hati, juga dapat memunculkan gejala depresi ini.
  • Masalah keluarga : Gangguan seksual, kehilangan orangtua, atau perceraian ibu bapa.
  • Penyalahgunaan ubat : Ubat-ubatan dan alkohol dapat memicu depresi. Bukan Beberapa ubat dapat memicu gejala depresi seperti antikonvulsan, statin, stimulan, benzodiazepine, kortikosteroid, dan beta-blocker.
  • Emosi : Selalu memendam emosi setelah kehilangan orang yang dicintai atau dikhianati boleh membuatkan seseorang menjadi depresi.
  • Faktor sekeliling : Stres di tempat kerja dan sebagainya

Bahaya Kalau Anak Selalu Bad Mood, Pantau 6 Tanda-Tanda Stres Pada Anak

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Healthy, Kompas 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comfakta-anak-no-4

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!