Suntikan "Vampire" Di Vagina Boleh Bantu Wanita Capai Klimaks?

Benarkah ada suntikan vampire yang boleh membantu wanita capai klimaks dengan lebih mudah? Adakah ia benar-benar berkesan untuk wanita?

Tanda wanita capai klimaks

Umumnya, ramai orang tidak mahu membicarakan tentang tanda wanita capai klimaks. Selalunya, topik seperti ini hanya akan membincangkan tentang masalah yang dihadapi lelaki. 

Walaubagaimanapun, statistik dari Planned Parenthood mendapati hampir 30% wanita sukar untuk mencapai klimaks apabila mereka melakukan seks. 

Namun, baru-baru ini, seorang doktor pakar telah mencipta sesuatu yang unik untuk membantu wanita capai klimaks dengan mudah. Dr. Charles Runels dari Alabama telah mencipta O-shot atau suntikan vampire yang dikatakan mampu membantu wanita. 

tanda wanita capai klimaks

Kredit: Wikipedia

O-shot atau suntikan vampire dilakukan dengan mengambil plasma yang kaya dengan platelet dari darah wanita. Ia kemudiannya akan disuntik di klitoris (biji kelentit) dan siling vagina.

Prosedur suntikan vampire ini dikatakan mampu meningkatkan pelinciran dan tahap sensitiviti vagina. Maka, wanita akan lebih mudah mencapai klimaks atau orgasme. 

Tanda wanita capai klimaks boleh dikesan dengan suntikan vampire?

Hampir 20,000 orang wanita telah mendapatkan suntikan vampire ini. Harga bagi satu prosedur adalah dalam kurang US$1,000-$1,500.

Hampir 500 pengamal perubatan yang telah dilatih layak menjalankan prosedur terbabit. Tapi adakah ia benar-benar berkesan?

tanda wanita capai klimaks

Kredit: factmag.com

Ramai pengamal perubatan menolak kejayaan suntikan ini. Namun, kebanyakan wanita yang menjalani prosedur suntikan vampire ini pula mati-matian mengatakan ia berkesan.

Walaubagaimanapun, prosedur ini masih belum diuji dengan secukupnya atau diluluskan oleh FDA. Namun, ia telah mencapai kadar kejayaan sebanyak 85%.

Suntikan vampire ini juga dikatakan mampu membantu pesakit dengan rasa kesakitan semasa melakukan hubungan seks, sama ada kerana penyakit tertentu atau kerana situasi selepas bersalin.

Sudah tiba masanya kita bercakap tentang fungsi seksual seorang wanita

Dengan kenaikan suntikan vampire ini, masyarakat boleh membuka dialog tentang fungsi seksual seorang wanita.

Ini kerana masih ramai yang malu atau menganggap isu seksual adalah perkara taboo. Hanya 14% wanita saja pernah bercakap tentang fungsi seksual mereka pada doktor.

Fungsi seksual ini termasuklah sama ada mereka mencapai klimaks yang sepatutnya dan masalah seksual lain.

Dr. Runels berkata – “Kebanyakan wanita tak berpeluang untuk bercakap tentang isu ini. Ia dianggap sebagai isu yang remeh.

Selalunya apabila wanita ingin bercakap tentang fungsi seksualnya, doktor pasti akan menukar topik. Sudah tiba masanya kita mengubah cara itu.

Ia bukan tentang seks semata-mata. Ia tentang fungsi tubuh badan kita. Ia tentang ingin jadi selesa dalam kehidupan seharian.”

Apa pandangan anda? Berani tak nak cuba suntikan vampire ini?

 

Artikel ini diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comteknik-isteri-capai-orgasma-klimaks/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!