Anak Lelaki Yang Hormat Ibu, Besar Nanti Pandai Jaga Isteri & Anak - Betul Ke?

lead image

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, namun tanggungjawab anak lelaki kepada ibu dan saudara perempuan tidak terputus. Malah ia bertambah pada isteri pula.

Menjadi ketua keluarga bukanlah tugas yang mudah. Tapi kalau tanggungjawab anak lelaki sudah disemai dari kecil, pasti tiada masalah untuk mereka mengemudi rumah tangga kelak.

Dalam perkahwinan, suami adalah orang penting dalam kehidupan isteri dan anak. Tapi adakah tanggungjawab mereka hanya terbatas pada keluarganya saja? 

Tanggungjawab anak lelaki menurut Islam bukan hanya pada dirinya saja, tapi mereka juga bertanggungjawab pada empat orang wanita iaitu ibu, isteri, anak perempuan dan saudara perempuan. 

Beban dan tanggungjawab anak lelaki adalah sangat besar dan mereka boleh terjerumus ke dalam dosa jika tidak diurus secara baik. 

5 tanggungjawab anak lelaki kepada ibunya – jangan lupa ya!

#1. Tanggungjawab anak lelaki – berbakti pada ibu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/tanggungjawab lead 1.jpg Anak Lelaki Yang Hormat Ibu, Besar Nanti Pandai Jaga Isteri & Anak   Betul Ke?

Salah satu tanggungjawab anak lelaki sama ada yang sudah berkahwin atau tidak, adalah mereka diwajibkan untuk berbakti pada ibunya sampai bila-bila.

Jadi, mereka tidak boleh melupakan ibu walaupun sudah berkahwin. Mereka dianggap dosa besar jika sisihkan ibu. 

#2. Tanggungjawab anak lelaki – Merawat keadaan ibu 

Seorang ibu akan bertambah usia tuanya, sementara anak pula berganjak dewasa. Jadi, sebaiknya ibu diajak tinggal bersama terutamanya jika keadaan ibu yang semakin uzur dan kurang sihat. 

Ingatlah dulu, ibu itulah yang menjaga, mengasuh, memberi makan dan membiayai persekolahan anda hingga ke peringkat tertinggi.

#3. Tanggungjawab anak lelaki – Mendoa dan menjaga perasaan ibu 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/06/food.ndtv .com .jpg Anak Lelaki Yang Hormat Ibu, Besar Nanti Pandai Jaga Isteri & Anak   Betul Ke?

Tanggungjawab anak lelaki juga adalah mendoa dan menjaga perasaan ibunya. Janganlah jadikan kerja sebagai alasan untuk anda lupa titipkan doa pada ibu. 

Selain itu, tuturkan kata yang baik dan selalu menyenangi hati ibu setiap hari. 

#4. Tangungjawab anak lelaki – Meringankan beban ibu

Seorang anak juga memiliki tanggungjawab meringankan beban ibu seperti memenuhi permintaannya, melindungi dia dari orang jahat dan memastikan tempat tinggal ibu selamat serta bersih. 

#5. Tanggungjawab anak lelaki – Menjaga kehormatan dan nama baik ibu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/PAY PROD BRETT FAMILY 01.jpg Anak Lelaki Yang Hormat Ibu, Besar Nanti Pandai Jaga Isteri & Anak   Betul Ke?

Seburuk manapun sikap si ibu, seorang anak lelaki tidak boleh menceritakan keburukan ibu kepada orang lain. Walhal anda bertanggungjawab melindungi dan jaga kehormatan ibu. 

Sebarang masalah yang terjadi, hendaklah diselesaikan dengan baik dan banyakkan berdoa minta petunjuk Allah SWT. 

Kenapa kami mengatakan anak lelaki yang menjalankan tanggungjawab kepada ibunya akan menjadi seorang suami dan ayah terbaik untuk keluarganya?

Ini kerana, anak lelaki yang bertanggungjawab tidak akan lupa 6 tanggungjawab mereka kepada isteri dan keluarga pula. Contohnya seperti ini:

6 tanggungwajab suami kepada isteri dan keluarga

#6. Memberi nafkah dan sediakan keperluan isteri

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/10/media 2f074d810dcf2447dbad4c8b34680a4f.jpg Anak Lelaki Yang Hormat Ibu, Besar Nanti Pandai Jaga Isteri & Anak   Betul Ke?

Isteri yang dinikahi adalah tanggungan penuh suami. Oleh itu, suami harus mengambil berat soal nafkah zahir dan batin isteri serta segala keperluannya mengikut kemampuan suami.

#7. Menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anak

Jika sudah dikurniakan anak, maka lelaki itu bertanggungjawab menyediakan segala keperluan dan pendidikan anak-anak tapi isteri boleh bantu seadanya. 

#8. Tidak abai tanggungjawab terhadap ibu bapa

Lelaki yang sudah berkahwin perlu tunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa sendiri dan mentua.

Hal ini kerana, lelaki sudah mengahwini isteri, secara tak langsung ibu bapa mentua adalah mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. 

#9. Bantu isteri urus rumah tangga 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/12/5 langkah 1 1.jpg Anak Lelaki Yang Hormat Ibu, Besar Nanti Pandai Jaga Isteri & Anak   Betul Ke?

Rasulullah SAW adalah contoh dan teladan yang baik dalam melaksanakan tugas sebagai ketua keluarga di mana baginda sering membantu isteriNya dalam melakukan tugas harian di rumah.

Jadi para suami perlulah ikut contoh yang baik ini. Barulah isteri hormat dan bertambah sayang.

#10. Mencari rezeki halal 

Sebagai ketua keluarga, sudah tentulah anda harus mencari rezeki dengan melakukan pekerjaan yang halal supaya ia memperoleh berkat di sisi Allah SWT. 

#11. Mengeratkan silaturrahim dengan jiran tetangga

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/awal.my .jpg Anak Lelaki Yang Hormat Ibu, Besar Nanti Pandai Jaga Isteri & Anak   Betul Ke?

Kredit: Awal.my

Setelah mendirikan rumah tangga, anda harus pandai bergaul dan beramah mesra dengan masyarakat atau jiran tetangga contohnya menghadiri majlis perkahwinan, gotong royong, solat berjemaah di surau atau masjid.

Paling tidak pun, sentiasalah menegur mereka dengan penuh mesra. 

Ini kerana jika anda ditimpa masalah, jiran adalah orang terdekat yang boleh membantu. Jadi kalau anda sombong dan tak mahu menegur, bagaimana mereka nak hulurkan pertolongan?  

Semoga perkongsian ini memberi manfaat terutama kepada suami, anak lelaki dan  mereka yang bakal mendirikan rumahtangga. 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Sumber: Tzkrh , Dalam Islam

Kredit gambar: Give.Asia 

Baca juga:
 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!