Suami, bantu dan dengarlah luahan isteri anda, dalam diam dia menderita...

lead image

Suami. tolonglah bantu isteri anda jika anda lihat dia alami stres melampau. Jika tidak, pelbagai insiden buruk boleh berlaku sekiranya tak dibendung dari awal...

Tanggungjawab suami terhadap isteri merangkumi banyak aspek terutama yang membabitkan emosi, tingkah laku dan perwatakan isteri.

Jika anda melihat sikap dan perilaku isteri sedikit berubah dari kebiasaan, sila selidik dan ambil berat. Ini merupakan salah satu tanggungjawab suami terhadap isteri yang tak boleh dipandang sebelah mata. 

Dan yang lebih menyedihkan, tanggungjawab ini selalu dianggap enteng dan tidak penting. Tapi sebenarnya ada kesan buruk yang anda tidak tahu.

Mungkin dia (isteri) sedang dilanda masalah sama ada dengan diri sendiri atau dengan orang sekelilingnya. 

Tempoh hari, terjadi satu insiden yang menggemparkan media tempatan apabila seorang isteri telah kelar leher anaknya kerana berhalusinasi.

Menurut suaminya, sebelum kejadian, beliau melihat isteri sering mengelamun. Tapi silapnya, dia membawa isteri berjumpa dengan pakar perubatan Islam atau ustaz kerana menyangka ia perbuatan makhluk halus.

Sedangkan, benda lain yang terjadi pada isterinya! Akhirnya, anak lelaki itu meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah. 

tanggungjawab suami terhadap isteri, tanggungjawab, tanggungjawab suami, tanggungjawab ibu bapa, tanggungjawab isteri, tanggungjawab suami pada isteri, isteri kemurungan, isteri murung, isteri berhalusinasi, tanggungjawab, bertanggungjawab, tanggungjawab seorang suami pada keluarga

Kredit: We Love Susu Ibu

Oleh sebab itu, seorang ibu yang menggunakan nama Farhana Yem di laman Facebooknya tampil berkongsi pandangan dengan apa yang berlaku ini berkaitan tanggungjawab suami terhadap isteri.

Jom kita baca nukilan wanita ini. 

Tanggungjawab suami terhadap isteri 

*****

Saya rasa sedih dengan apa yang berlaku baru-baru ini. Di mana suami dan bapa ini tidak tahu apa yang dialami isterinya. S

epatutnya dia hantar isteri menerima rawatan dengan betul sebelum berfikir untuk menjaga anak-anak mereka. 

Apatah lagi isteri bukan orang suruhan yang kerjanya hanya uruskan rumahtangga. Isteri adalah manusia yang penuh dengan pelbagai emosi yang berharap agar suami melindungi dan menjaganya. 

Perkahwinan juga merupakan satu perkongsian kehidupan, bukan pemisah tanggungjawab, seperti saya cari nafkah awak uruskan rumahtangga. Sudah bayar hantaran mahal-mahal pastikan ia berbaloi. 

Sila belajar konsep tolong menolong dalam melakukan kebaikan.

Wahai suami berhenti hidup dalam dunia sendiri. Jangan selalu berfikir yang isteri itu okey saja.

Boleh tak anda sebagai suami ambil berat tentang isu yang dihadapi ibu selepas bersalin? 

Suami, sila berlaku ehsan dengan isteri dan anak-anak.

Isteri patut meluahkan apa yang dia rasa, bukan pendam sepanjang hayat 

tanggungjawab suami terhadap isteri, tanggungjawab, tanggungjawab suami, tanggungjawab ibu bapa, tanggungjawab isteri, tanggungjawab suami pada isteri, isteri kemurungan, isteri murung, isteri berhalusinasi, tanggungjawab, bertanggungjawab, tanggungjawab seorang suami pada keluarga

Kredit food.ndtv.com

Buat para isteri…

Belajar untuk meluahkan, jangan pendam semuanya dalam jiwa bersendirian. Jika sukar berkongsi dengan suami, siapa lagi yang boleh anda berkongsi cerita? 

Dapatkan bantuan jika anda dalam keadaan tertekan dan stres. Luahkan! 

Kedua, kesihatan diri penting, jika mak tak sihat, bagaimana nak menjaga anak?

Saya mohon maaf jika luahan saya ini menyinggung perasaan anda…

Suami, tolong sedar dan tangani masalah ini 

Saya harap suami sedar dengan tanggungjawab suami terhadap isteri dalam menangani masalah isteri daripada membiarkan dia merana seorang diri.

Perlu tahu, ia bukan berpunca sebab masalah isteri kurang iman! 

Mereka perlu menyusun kembali fikiran supaya kembali normal dan segar sambil menikmati keindahan hidup ini.

Itu bukan bermaksud mereka tak cuba tapi mereka tak berdaya walaupun sudah mencubanya.

Ingatlah, isteri perlukan sokongan anda. Mereka ingin anda tahu tanda amaran dan fahamkannya. Kemudian bertindak dengan cara yang betul. 

Cukuplah baca kes yang macam ini… cukuplah..

Tanda-tanda isteri meroyan selepas bersalin dan kemurungan 

#1. Berfikiran negatif 

tanggungjawab suami terhadap isteri, tanggungjawab, tanggungjawab suami, tanggungjawab ibu bapa, tanggungjawab isteri, tanggungjawab suami pada isteri, isteri kemurungan, isteri murung, isteri berhalusinasi, tanggungjawab, bertanggungjawab, tanggungjawab seorang suami pada keluarga

Kredit: vision.org

  • Selalu berfikiran negatif seperti ingin mencederakan anak jika si kecil meragam atau menangis tanpa sebab. Ia disebabkan gejala kemurungan selepas melahirkan bayi. 

#2. Marah dan mudah baran 

  • Ada ketikanya isteri cepat marah dan kuat melenting. Apatah lagi, dia melepaskan amarah pada sesiapa saja tak kira pada bayi, pasangan atau ahli keluarga. 

#3. Pelupa 

  • Tiba-tiba isteri jadi seorang yang pelupa seperti terlupa sama ada sudah beri bayi susu atau belum, lupa letakkan sesuatu barang dekat mana hingga ambil masa untuk ingat kembali. 
  • Kemurungan jadi punca daya ingatan menjadi lemah. 

#4. Insomnia 

  • Selepas bersalin, ibu akan rasa letih hingga sukar tidur. Ini menunjukkan mental sedang berfikir pelbagai masalah hingga badan menjadi lesu dan lelah. 

#5. Jiwa rasa kosong 

  • Kesunyian menyebabkan emosi ibu terganggu hingga anda tidak sedar apa yag dilakukan. Bahkan, si ibu merasakan tidak lagi teruja dengan kelahiran itu dan merasa terbeban bila perlu jaga anak kecil. 

Justeru, jangan pandang ringan masalah kemurungan dan meroyan ini kerana jika ia tak dirawat menjadi  bencana dalam rumahtangga.

Buat para isteri yang amat berharap pasangan anda memahami isu yang anda alami dalam diam ini, jangan lupa kongsikan artikel ini dengan mereka.

Mudah-mudahan, anda dan pasangan berjaya mengharunginya. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: The Vocket 

Sumber: Farhana YemSozcyili

Baca juga

"Pembunuh Senyap" Ketika Wanita Berpantang – Hati-Hati Ibu Semua!