Selalu tarik tangan anak begini? Hati-hati jangan sampai tulang siku lari!

lead image

Jika anda selalu tarik tangan anak begini ketika bermain, berjalan atau selepas bangun tidur, hati-hati. Anak berisiko terkena tulang siku lari sebab anda!

Ibu bapa, jangan tarik tangan anak begini!

Ibu bapa selalu tak tarik tangan anak begini? Hati-hati, jangan sampai terjadinya tulang siku lari! Tulang siku lari, atau pulled elbow merupakan antara kecederaan yang biasa terjadi pada kanak-kanak bawah lima tahun.

Antara nama lain untuk tulang siku lari ialah:

  1. Nursemaid’s elbow
  2. Radial head subluxation

Tulang siku lari bermaksud siku telah terkeluar dari sendi yang sepatutnya. Tulang siku (radius) sebenarnya bersambung dengan sendi siku (humerus) melalui ligamen. 

Anak-anak yang sedang membesar memiliki ligamen yang masih longgar. Hal ini menyebabkan mereka cenderung terkena tulang siku lari apabila anda tarik tangan anak sebegini. 

Mengapa tarik tangan anak boleh menyebabkan tulang siku lari?

src=http://mblogthumb1.phinf.naver.net/20151109 120/richos 14470529163351zgvQ JPEG/7.jpg?type=w2 Selalu tarik tangan anak begini? Hati hati jangan sampai tulang siku lari!

Tarik tangan anak dengan kasar mampu menyebabkan tulang siku lari kerana anda telah merentap atau menarik bahagian bawah tangan anak yang masih tidak kuat. 

Selain menarik tangan anak dengan kuat, antara sebab-sebab lain mengapa tulang siku lari boleh terjadi ialah kerana:

  1. Anak terjatuh dari tempat tinggi dan anda menyambutnya dengan menangkap tangan
  2. Anda cuba mengangkat anak dengan menarik tangannya
  3. Anda menarik tangan anak dari baju
  4. Anda menghayun anak dengan lengan atau tangannya
  5. Anda menarik tangan anak untuk buat dia jalan lebih cepat
  6. Bayi bergolek dan tertindih tangan sendiri

Tanda-tanda anda tarik tangan anak hingga tulang siku lari

src=https://www.rch.org.au/uploadedImages/Main/Content/kidsinfo/Pulled elbow KHI RCH.jpg Selalu tarik tangan anak begini? Hati hati jangan sampai tulang siku lari!

Antara tanda-tanda tulang siku anak anda telah lari kerana anda menarik tangannya ialah apabila anak enggan menggerakkan tangan tersebut. 

Malah, anak menangis tanpa henti selepas anda menarik tangannya atau ketika dia terjatuh. Tulang siku lari sukar dikesan ibu bapa kerana tiada tanda-tanda bengkak, lebam atau terseliuh yang boleh anda nampak. 

Anda juga boleh melihat siku anak seakan bengkok dan tapak tangan mereka termasuk ke dalam.

Jangan cuba untuk memperbetulkan tulang siku yang lari dengan sendiri. Ia mampu memberi kesan yang lebih buruk!

Apa patut anda buat jika tulang siku anak lari kerana anda tarik tangan anak?

Jika anda merasakan tulang siku anak lari, segera dapatkan pandangan dan nasihat doktor di wad kecemasan berhampiran. 

Semakin lama tulang siku itu lari, semakin sakit dan susah untuk mengembalikannya ke tempat asal. Malah, waktu untuk sembuh juga akan semakin panjang. 

Apa rawatan untuk tulang siku lari?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/gocTJLHQ Copy.jpg Selalu tarik tangan anak begini? Hati hati jangan sampai tulang siku lari!

Rawatan untuk tulang siku lari bergantung kepada usia dan kesihatan anak anda. Mula-mula, doktor akan meneliti sama ada tulang anak patah atau tidak. 

Kemudian, ubat seperti acetaminophen, ibuprofen atau lain-lain mungkin akan diberi. Jangan lupa bertanya doktor berapa dos yang disarankan. 

Jangan beri aspirin atau panadol pada anak yang berusia bawah 12 tahun. Doktor akan melakukan reduction maneuver untuk mengembalikan tulang siku ke posisi asal. 

Prosedur ini hanya akan mengambil masa yang singkat. Namun ia agak menyakitkan, jadi anak anda mungkin akan menangis. 

Bagaimana nak elak kejadian ini dari berlaku?

Apabila anak makin membesar, ligamen dalam badannya akan semakin berkurang. Jadi, kejadian seperti ini mungkin takkan berlaku lagi. 

Tapi, kanak-kanak yang pernah mengalami tulang siku lari mungkin akan terkena kecederaan ini semula.

Jadi, untuk mengelaknya, ibu bapa wajib tahu yang anda TIDAK BOLEH

  1. Mengangkat anak dengan menarik tangannya. Angkat anak dengan memegang bawah tangannya (di ketiak)
  2. Jangan sentap atau tarik tangan anak dengan kuat
  3. Jangan menghayun anak dengan memegang tangan mereka. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: WebMD, The Royal Children’s Hospital Melbourne

Baca juga:

Pengajaran Bayi Jatuh Katil Hingga Patah Tulang Kolar!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!