Tips Pilih Taska Anak Yang Ibu Bapa Kena Ambil Perhatian
Pilih taska antara cabaran ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Yang paling penting, semestinya yang dipilih mestilah taska berdaftar.
Pilih taska antara cabaran ibu bapa dalam memastikan anak-anak sentiasa mendapat jagaan terbaik ketika mereka bekerja. Yang paling penting, semestinya yang dipilih mestilah taska berdaftar.
Ada yang pernah memberi petua, ketika site visit taska, pastikan anda membawa anak yang dicadangkan untuk ditempatkan di situ bagi melihat sejauh mana anak selesa dan serasi dengan tempat baharu itu.
Malah ada ibu bapa yang memberi petua bahawa jika anak anda relaks saja dan boleh bermain walaupun pada lawatan pertama, ia antara tanda bahawa anak anda mungkin sesuai dengan taska berkenaan.
Taska berdaftar wajib jadi pilihan
Menurut perkongsian Mohd Masri Ramli yang dikongsikan di laman Facebook, beliau berkongsi tips apa yang ibu bapa patut buat ketika merancang mahu menghantar anak ke taska. Pasti ada yang sangat buntu kan ketika memilih taska untuk anak.
Jadi, ikuti perkongsian ini yang mungkin boleh membantu anda dalam memilih taska yang terbaik untuk anak anda.
#1. Google
Menurutnya walaupun tidak dapat dipastikan sejauh mana terkini senarai taska itu, tetapi sekurang-kurangnya ia memberi gambaran lebih jelas kepada ibu bapa untuk mendapatkan senarai taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
#2. Hubungi taska yang sudah disenarai pendek
Jika anda sudah google, pasti ada senarai pendek taska yang mahu anda survey kan? Jadi buatlah panggilan atau cuba whatsapp. Ia lebih mudah dan anda boleh tahu sejauh mana profesionalnya pengurusan taska yang terbabit.
Nak letak anak bukan sebarangan ya, anda kena buat survey dari segala aspek kerana anda perlu percaya kepada orang yang menjaga anak anda.
#3. Site visit
Sudah call dan pilih, buatlah site visit. Kenapa anda perlu buat site visit? Di sinilah anda akan perhatikan segalanya.
Kenapa ibu bapa perlu pergi sendiri ke taska yang sudah senarai pendekkan tu sebelum menghantar anak-anak?
- Ada sebahagian taska yang sangat terkenal jenamanya, namun pengusaha @ pengasuh-pengasuhnya pula tak ok.
- Ada sebahagian taska yang tidak famous, tapi sangat ok dari semua segi
- Ada pula yang di dalam gambar di media sosial nampak sangat menarik, tapi realitinya sangat berbeza dan lain-lain.
Disebabkan itu anda perlu lihat sendiri keadaan di taska berkenaan. Lihat tahap kebersihannya, profesional atau tidak pengasuhnya, bilangan anak jagaan terlalu ramai atau sebaliknya dan pelbagai lagi.
Malah anda boleh tanya jika kanak-kanak di taska berkenaan diwajibkan vaksin atau sebaliknya. Itu antara maklumat penting yang perlu anda tanya.
#4. Yuran
Setiap ibu bapa pasti mempunyai bajet tersendiri untuk urusan anak-anak.Pastikan bayaran yuran menepati bajet anda. Jika anda mampu membayar yuran dengan harga yang mahal, teruskan jika tidak mampu carilah taska yang bersesuaian dengan kemampuan anda.
#5. Aktiviti
Tanya juga mengenai aktiviti di taska berkenaan, adakah ia seperti Montessori atau lebih kepada pendidikan formal. Ada ibu bapa yang mahu anak mereka diajar dengan soft skill terlebih dahulu sebelum menumpukan kepada akademik.
Jadi anda perlu tahu taska berkenaan bagaimana, adakah hanya sebagai pusat jagaan tanpa aktiviti lain atau sebaliknya.
Anak tak nak pergi taska? Cuba selidik
Apa pun, ibu bapa perlu sentiasa peka dengan sebarang perubahan; baik dari yang terdapat pada fizikal @ perubahan sikap anak-anak, perlu sering berkomunikasi dengan anak-anak bertanyakan aktiviti mereka di sana.
Secara asasnya, anak-anak sepatutnya pasti akan gembira untuk ke sekolah sebab di sana ramai kawan, banyak mainan & pelbagai aktiviti yang mereka akan buat dengan teacher. Kalau anak taknak ke sekolah tu (kecuali minggu awal)… pasti ada sesuatu yang tak kena. Minta mereka jelaskan apa yang membuatkan mereka tak mahu ke sekolah.
Ada betulnya juga kata-kata penulis ini. Jika anak tidak mahu ke taskan, cuba tanyakan padanya kenapa. Jika dia menangis pada minggu atau sebulan pertama itu perkara biasa, tetapi jika berlarutan anda mungkin perlu buat spotcheck.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Mohd Masri
Baca juga: