TEKNIK BERSETUBUH Untuk Cepat Dapat Anak, Tak Salah Kita Usaha Kan? Yang Lain Tawakal Saja

Bagi pasangan yang sedang berusaha untuk dapatkan zuriat, teknik bersetubuh anda juga perlu diambil kira. Bukan pakai hentam saja ya!

Bagi pasangan yang sedang cuba dapatkan cahaya mata, mungkin anda boleh kaji semula teknik bersetubuh anda. Ada kemungkinan cara anda bersetubuh yang menyebabkan sukar untuk ‘lekat’.

Memag benar rezeki dikurniakan zuriat itu kerja Allah, tetapi kita sebagai hamba perlulah berusaha juga. Ada cara yang perlu dipraktikkan untuk mendapatkan hasil yang dimahukan.

Teknik bersetubuh juga memainkan peranan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Malah bukan saja teknik bersetubuh, perkara lain seperti ketahui waktu subur juga amat penting. 

Teknik bersetubuh untuk cepat dapat anak

Teknik bersetubuh

Kredit: babylist

Bila baru berkahwin, banyak perkara kita perlu belajar cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi. Tips mudah hamil dengan bersetubuh atau berjimak bersama pasangan suami isteri kita dengan cara yang betul, mengikut aturan islam iaitu cara yang Allah redha, seterusnya membantu untuk mudah hamil.

Untuk yang baru berkahwin, kali pertama nak bersetubuh mesti tahu cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi, perasaan berjimak itu sangat tinggi, sungguhpun masih tiada ilmu cara bersetubuh dengan betul, bersetubuh dalam keadaan tidak sedia, stres, menyebabkan benih susah nak melekat.

Namun, Islam sudah bagi panduan, agar kita bersetubuh dan berjimak ini dapat dijauhkan dari hasutan syaitan, dan dengan cara bersetubuh ikut syarak ni mendapat keberkatan dalam rumah tangga seterusnya membantu kita untuk mudah hamil dan mendapatkan bayi.

#1. Isteri perlu bersedia & rela

Teknik bersetubuh

Kredit: erinsakuranews

Ya, kena lihat juga pasangan isteri kita, kadangkala penat seharian bekerja. Ini antara tips mudah hamil terpenting, dan perkara paling serius sebagai langkah sebelum kita tahu cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi.

Kita kena memahami keadaan isteri kita sebelum nak pergi lebih lanjut tentang cara bersetubuh. Suami kena faham, bila isteri penat, janganlah paksa untuk ajak berjimak pula.

Biarlah, sama-sama rela. Elakkan berjimak ketika waktu stres, sakit, mahupun ketika emosi tidak stabil. Ia bakal mengganggu proses untuk fasa pertama iaitu mengajak isteri berjimak.

Sebelum nak berjimak cara Islam, perkara asas adalah isteri rela, sedia, sihat mental dan fizikal untuk melakukan bersetubuh.

#2. Isteri tidak stres

Biasa balik kerja penat, kemudian dalam keadaan stres kita pula mengajak isteri bersetubuh, ia akan mengganggu proses persenyawaan untuk hamil.

Sebab dalam badan isteri masa berjimak ni ada hormon hormon yang aktif. Jika dalam keadaan stres, penghasilan hormon ini terganggu.

Jadi untuk lebih mudah hamil, anda bersetubuh dalam keadaan yang tenang, tiada masalah, tiada kepenatan balik kerja, mahupun stres. Inilah yang terbaik cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi dalam keadaan tenang dimana lebih membantu untuk lebih mudah hamil.

#3. Baca doa bersetubuh

Semasa ingin memulakan aktiviti bersetubuh, kita akan berterusan dapat pahala sebab melakukan perkara yang halal. Bersetubuh dengan pasangan yang ada ikatan nikah yang sah.

Tetapi boleh juga menjadi dosa ketika bersetubuh oleh kerana mengikut nafsu dan hasutan syaitan. Jadi, baca doa adalah lebih baik bukan hanya untuk cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi semata, malah membantu untuk mudah hamil nanti, bayi dalam kandungan diperlihara dari gangguan syaitan.

Malah semasa melakukan persetubuhan juga, kita dapat elakkan dari berjimak yang boleh mendatangkan dosa.

Bismillahi Allahumma jannibnasy syaitana wa jannibisy syaitana ma razaktana

Maksud: “Dengan nama Allah, ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Kau kurniakan kepada kami.”

#4. Tidak terlalu kerap 

Teknik bersetubuh

Kredit: halodoc

Cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi adalah tidak terlalu kerap bersetubuh. Sebaiknya 3 hari sekali ataupun seminggu sekali agar tahap kesuburan masih masing sudah bersedia.

Bayangkan proses untuk menghasilkan air mani dalam telur lelaki bukan boleh siap dalam satu hari. Mengambil 2 – 3 hari untuk betul betul bersedia agar sperma mencukupi.

Jadi anda merancang untuk mudah hamil, dan inginkan ada anak, tips ini amat baik dan membantu untuk anda mudah hamil kerana, anda melalukan persetubuhan dengan serba serbi mencukupi dari segi kandungan sperma, kuantiti air mani, dan sebagainya.

Ini lah cara bersetubuh mudah hamil yang perlu anda buat. Baru kahwin memang kalau boleh tiap hari nak bersetubuh, namun ia akan buatkan badan kita jadi stres, selain banyak hilang tenaga semasa bersetubuh.

#5. Waktu subur wanita

Waktu subur wanita amat penting dalam proses mencuba untuk hamil. Anda boleh beli saja di pasaran kita untuk pemeriksaan waktu subur wanita. Ia hampir sama dengan kita pemeriksaan hamil.

Selamat mencuba teknik bersetubuh yang kami kongsikan, moga rezeki anda dan pasangan kali ini. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: baitultaaruf

Baca juga: 6 cara anda boleh bersetubuh dengan pasangan walaupun lepas penat teruk

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!