5 Teknik Ciuman Suami, Isteri Wajib Kuasai, Hangatkan Kembali Hubungan INTIM Yang Hambar!

Ramai yang mengadu bila dah lama berkahwin hubungan intim makin hambar. Kami kongsikan teknik ciuman yang mampu hangatkan kembali hubungan anda!

Kadang kala jika sudah lama berkahwin, hubungan yang dulunya mekar kian hambar dirasakan. Sedangkan baru setahun dua berkahwin. Kali ini, kami kongsikan teknik ciuman yang mampu bantu hangatkan kembali hubungan anda suami isteri.

Tidak dinafikan, ciuman antara perkara yang akan membuatkan anda rasa terangsang dengan pasangan. Tetapi teknik ciuman yang betul pasti akan membuatkan kehangatan lebih terasa dalam perhubungan kalian.

Ciuman antara salah satu cara kita tunjukkan kasih sayang, jadi jangan pandang rendah mengenai pentingnya teknik ciuman ini, ia boleh buat pasangan jadi lebih sayang tau!

Teknik ciuman hangatkan kembali hubungan yang hambar

Teknik ciuman Kredit: digstraksi

Ciuman ini bukan hanya mahu semata-mata mahu membangkitkan ghairah ketika di ranjang, tetapi ia salah satu tanda anda menghargai pasangan.

Semua pasangan yang berkahwin tahu cara nak melakukan hubungan seks namun tak ramai yang pakar mencipta suasana ghairah sebelum melakukan persetubuhan. Padahal membangkitkan ghairah pasangan tidaklah begitu sukar sekiranya pasangan tersebut pandai beraksi ketika sesi foreplay.

Ciuman antara perkara yang paling digemari dan mampu membangkitkan ghairah ketika sesi foreplay. Kadang kala hanya dengan ciuman anda dapat pergi lebih 'jauh'.

Apa yang lebih penting ciuman bukan tanda anda hanya mahu melakukan seks kepada pasangan, tetapi ia lebih kepada menghargai pasangan anda, membuatkan mereka rasa lebih disayangi dan dihargai.

Jika mahu merangsang pasangan, boleh juga cuba guna cara ini. Ia tidaklah memerlukan masa yang lama di mana anda dan pasangan hanya perlu mengambil masa sekitar lima atau 10 minit sahaja, confirm rasa ghairah meningkat.

#1. Ciuman di leher

Tidak ramai tahu walaupun dah berkahwin bertahun lamanya, bahawa anggota tubuh leher merupakan tempat sensitif yang boleh meningkat seksual pasangan.

Tidak kisah sama lelaki atau perempuan, kucupan di bahagian leher boleh membuat pasangan rasa tidak tahan dan membangkitkan kemahuan seksual mereka.

Selain rasa mahu disayangi, ciuman di leher tanda anda mahukannya.

#2. Ciuman lidah

Rasanya untuk teknik ini, ramai pasangan yang sudah mahir. Ini kerana aksi ciuman lidah ini selalu kita lihat dalam drama-drama Hollywood.

Bermain dan bercium lidah memberi makna yang berbeza berbandingan ciuman mesra lain hingga boleh meningkatkan keingingin untuk berhubungan intim.

Untuk teknik ini, suami isteri jangan terlalu kasar atau rakus cukup sekadar berlahan-lahan bermain lidah. Pasti anda terkejut dengan keberkesanannya.

#3. Ciuman di telinga

Selain leher, telinga juga merupakan kawangan yang sensitif terutamanya pada kawasan belakang telinga.

Tekniknya, sambil cium belakang telinga, ransang pasangan anda dengan pujian disertakan dengan suara desahan hingga boleh membuatkan pasangan anda turut mendesah.

#4. Ciuman laga hidung

Ciuman ini dikenali sebagai Eskimo Kiss kerana di Kanada Utara, Alaska, Greenland mereka selalu menggunakan hidung mereka dan mengesel dengan hidung orang lain.

Ciuman berlaga hidung ini sangat mudah dan boleh membuatkan pasangan rasa intim dan tak tahan. Ciuman gaya ini juga boleh dilakukan bersama ketika posisi Women On The Top.

#5. Ciuman menggigit

Teknik ciuman Kredit: vk.com

Dengar mungkin terasa kasar namun tidaklah yang seperti anda bayangkan. Ciuman mengigit atau the biting kiss ini memperlihatkan gaya berbeza dan nampak agak nakal.

Anda hanya perlu memberikan gigitan kecil pada bibir pasangan dan selang-selikan dengan ciuman lidah. Ia pasti akan membangkitkan ghairah anda dan pasangan.

Tidak salah mencuba jika memang ia mampu menghangatkan kembali hubungan ranjang anda yang mungkin kian hambar. Mungkin sejak ada ada hanya lakukan seks untuk keperluan saja.

Tetapi cuba ambil masa masing-masing dan guna teknik ciuman yang kami kongsikan ini. Mungkin ia permulaan untuk hangatkan kembali hubungan kalian yang kian hambar.

Jangan jadikan kesibukan mengurus anak sebagai alasan untuk membiarkan hubungan kalian terus hambar, semarakkan kembali seperti ketika baru berkahwin dulu. Selamat mencuba!

Pasti anda tak menyesal lepas cuba teknik ciuman yang kami kongsikan ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: bumbumcak

Baca juga: 6 Teknik Ciuman Bibir Yang Lebih Menggoda, Bukan Sekadar Main Lidah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!