Penggunaan Telefon Pintar Mengganggu 'Visual Berfungsi' Kanak-Kanak

lead image

Kini, termasuk bayi juga digunakan telefon pintar terhadap mereka, ia dikategorikan sebagai 'penenang' atau 'soother' buat mereka.

Penggunaan telefon pintar menjejaskan kanak-kanak

Penggunaan teknologi moden kini tak terkecuali pada had umur. 

Sekarang, termasuk bayi juga menggunakan telefon pintar atau telefon bimbit ini. Ia dikategorikan sebagai ‘penenang‘ atau ‘soother‘ buat mereka.

Kaitan:

Ketagih Main Gajet Tiada Had Umur – Bayi Pun Boleh Ketagih!

Tapi tahukah anda yang penggunaan telefon pintar sebenarnya mengganggu ‘visual berfungsi’ kanak-kanak?

Apa itu ‘visual berfungsi’?

“Visual berfungsi’ ialah keupayaan menggunakan sensori visual untuk kerja yang melibatkan visual.

Keupayaan untuk melihat ruang visual dalam erti kata lain. Contohnya membezakan jarak, mengenali seseorang di antara orang ramai atau menganggarkan kedalaman.

Untuk berupaya bekerja dalam dunia tiga dimensi, mata kita harus mempunyai keupayaan untuk fokus pada objek tidak kira dekat atau jauh.

Otak dan visual harus seiring dan bekerjasama untuk memberi fokus. Terutamanya apabila menggabungkan dua imej menjadi objek 3-D.

Apabila terlalu kerap melihat skrin komputer, mata akan mengalami stress visual.

Dan stress visual yang terlalu kerap boleh menyebabkan ‘visual berfungsi’ rosak dan menjadi simptomatik; iaitu sakit mata, mata penat, pening kepala dan penglihatan yang kabur, malah boleh menyebabkan penglihatan yang normal menjadi bermasalah.

Penggunaan telefon pintar secara langsung meningkatkan masalah ini. Bukan hanya orang dewasa menggunakannya. Malah kanak-kanak dan bayi juga!

Apa yang boleh kita lakukan untuk membendung masalah ini dari terjadi?

The vision therapy telah berkongsi apa yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan permasalahan ini. 

telefon pintar

Melihat telefon pintar dengan terlalu dekat mengundang bahaya

Dr. Kellye Knueppel mencadangkan beberapa garis panduan buat ibu bapa supaya penggunaan telefon pintar tidak mengganggu ‘visual berfungsi’ mereka:

  • Gunakan jarak Harmon. 

Jika anak kecil anda ingin menggunakan telefon pintar, pastikan mereka tidak memegang alat tersebut terlalu dekat.

Gunakan jarak Harmon, iaitu diukur dengan meletakkan penumbuk di bawah dagu kemudian telefon pintar diletakkan di bawah siku. Pastikan jarak tidak kurang daripada ini.

  • Seimbangkan penggunaan telefon pintar dan bermain. 

Anak anda boleh menggunakan telefon pintar dengan syarat mereka mempunyai masa yang seimbang untuk aktiviti fizikal. 

Ia seperti bermain bola atau berlari. Aktiviti fizikal bukan sekadar bagus untuk tubuh badan yang sihat malah bagus untuk ‘visual berfungsi’ mereka.

Untuk setiap satu jam masa skrin, kanak-kanak harus berhenti dan membuat aktiviti fizikal seperti bermain Frisbee.

80% daripada masa kanak-kanak wajar dihabiskan dengan aktivti fizikal. Ini akan melatih ‘visual berfungsi’ mereka dengan lebih baik.

  • Membaca bukan pengganti. 

Memang bagus jika kanak-kanak minat untuk membaca tetapi bukan untuk setiap masa.

Ini kerana seperti memandang skrin, terlalu banyak membaca boleh memberi kesan terhadap ‘visual berfungsi’ mereka. Selitkan juga aktiviti fizikal buat mereka.

Nota: jika anak anda kelihatan seperti sukar membezakan jarak (seperti ketika bermain menangkap bola), boleh dapatkan nasihat pakar dan membuat ‘Functional Vision Test‘.

Kanak-kanak dan gajet memang sering kali dibahaskan. Kami di theAsianParent juga telah banyak berkongsi tip-tip bagaimana ibu bapa boleh mengurangkan pendedahan terhadap skrin digital ini. Antaranya ialah;

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!