Beri Anak Anda Makan Ini Sehari Sekali Untuk Anak Lebih Tinggi!

Satu telur untuk bayi sehari boleh memberikan mereka pelbagai nutrisi yang baik serta meningkatkan berat badan dan ketinggian mereka.

Adakah telur untuk bayi baik? Ramai yang ragu-ragu untuk beri anak makan telur kerana bimbang ia akan membahayakan kesihatan anak kelak.

Tapi, kajian terbaru mengatakan yang makan satu telur sehari adalah sangat baik untuk anak dan boleh membantu anak anda untuk menjadi lebih tinggi dan besar.

Apakah kebaikan telur untuk bayi?

Kajian “Telur Sebagai Pelengkap Makanan dan Tumbesara,” telah diterbitkan oleh jurnal Pediatrics.

Lora Iannotti, ketua pengarang kajian ini dan juga pakar nutrisi kanak-kanak di Sekolah Brown Universiti Washington di St. Louis telah menjalankan kajian rambang dan terkawal di Ecuador pada tahun 2015.

Dalam kajian ini, 160 bayi berusia enam bulan ke sembilan bulan diberikan telur setiap hari selama enam bulan. Mereka juga menerima makanan kurang gula.

Satu lagi kumpulan kanak-kanak umur yang sama tak diberikan telur setiap hari.

Kumpulan pengkaji ini memerhatikan bayi-bayi ini untuk sebarang masalah seperti alahan pada telur. Mereka juga pastikan kesemua keluarga mengikuti pelan kajian.

Kajian sokong kebaikan telur untuk bayi

telur untuk bayi, makanan cepat tinggi, resepi telur untuk bayi, telur untuk anak, khasiat telur

Hasil kajian menunjukkan telur telah meningkatkan ketinggian dan berat kumpulan yang makan telur. Malah, telur meningkatkan tumbesaran dan mengurangkan pembantutan sebanyak 47%!

“Kami terkejut melihat intervensi ini terbukti efektif,” kata Lora. 

Telur untuk bayi: Kepentingan nutrisi yang baik

Dua tahun pertama anak adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Telur murah, sedap dan boleh disediakan dengan pelbagai cara. Walaupun kanak-kanak yang melalui fasa susah makan dan hanya makan satu telur untuk satu hudangan akan beri mereka pelbagai nutrisi yang baik seperti:

  • Choline: untuk perkembangan otak, fungsi dan memori;
  • Folat: menghasilkan dan mengekalkan sel darah merah;
  • Zat besi: menghantar oksigen pada sel;
  • Lutein and Zeaxanthin: mengekalkan penglihatan yang baik dan menjaga mata dari sinaran UV berbahaya;
  • Niacin: sistem saraf berfungsi dengan normal dan bantu melepaskan tenaga;
  • Lemak omega-3: memperbaiki kolestrol darah;
  • Protein: menguatkan badan;
  • Vitamin A: melindungi dari kanser;
  • Vitamin B12: melindungi jantung;
  • Riboflavin: membantu tisu badan kekal sihat;
  • Vitamin D: menguatkan tulang dan gigi;
  • Vitamin E: bertindak sebagai antioksidan;
  • Zink: menguatkan sistem imunisasi.

Dengan nutrisi yang baik ini, penting untuk anda ingat yang anak anda memerlukan diet yang seimbang dan menambah telur sebagai hidangan pelengkap memberikan manfaat pada anak dalam pelbagai cara.

Namun begitu, Yayasan Nutrisi British menasihatkan penting untuk anda berikan pelbagai jenis makanan pada anak anda.

Walaupun telur adalah makanan bernutrisi yang perlu anda masukkan, tapi beri mereka makanan yang pelbagai jenis akan buat mereka biasa dengan rasa makanan.

Jika anda risau anak anda ada alahan pada telur, perhatikan anak anda semasa anda memberi mereka telur.

Pastikan juga anda jaga kebersihan telur dengan tip ini:

  • Makan telur segar yang masih belum dikupas
  • Basuh kulit telur sebelum pecahkan
  • Anda dinasihatkan untuk tak beri anak telur setengah masak

Tunggu sehingga anak anda berusia sebulan sebelum beri mereka makanan.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

10 Makanan Peninggi Badan Untuk Kanak-Kanak Dan Remaja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!