13 tempat menarik di Langkawi - parents wajib bawa anak ke sini!

lead image

Langkawi, salah satu tempat paling popular untuk dikunjungi bersama keluarga. Tak dinafikan keindahan luasnya hutan hujan yang tak disentuh dan pantai berpasir putih yang panjang.

Terkenal dengan lagenda Mahsuri, Pulau Langkawi mempunyai banyak aktiviti dan tempat tarikan pelancong. Selain bermain di pantai, kami berikan anda 13 pilihan terbaik untuk dilakukan di Langkawi bersama anak-anak. Jom lihat senarai tempat menarik Langkawi dari kami ini!

13 tempat menarik Langkawi yang best untuk seisi keluarga

1. Kereta Kabel & Jambatan Gantung Langkawi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 1 1024x678.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: Andrew Ng

Anda wajib menaiki kereta kabel ini, paling kurang sekali seumur hidup!

Sebabnya, Langkawi SkyCab ini dinobatkan yang paling curam di dunia, dengan ketinggian 708m di atas paras laut. Wow! Sepanjang perjalanan, anda dapat menikmati pemandangan laut dan hutan yang indah.

Harga Tiket: RM30-55 seorang (Normal). Pakej lain turut disediakan.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 1 1 1024x415.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: dazstudios

Terletak di puncak gunung kecil, Langkawi SkyBridge merupakan jambatan melengkung terpanjang di dunia, kira-kira 125 meter (410 kaki). Bergantung pada cuaca, kawasan ini akan ditutup sementara waktu.

Oh ya! Amaran: Tidak disyorkan kepada mereka yang takutkan ketinggian.

Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

2. Muzium 3D Art in Paradise

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 2.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: 3D Art Langkawi

Suka berposing dalam gambar? Inilah tempat menarik Langkawi yang sesuai untuk anda! Dengan keluasan 21,000 kaki persegi, muzium seni 3D terbesar di Malaysia ini menampilkan lebih daripada 100 lukisan.

Berdiri saja di hadapan dinding lukisan ini, anda seolah-olah boleh terbang, berlayar atau mungkin memberi makan dinosaur!

Harga Tiket: RM30-38 (dewasa), RM20-28 (kanak-kanak)

3. Oriental Village

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 3 1024x683.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: David Jago

Untuk menaiki SkyCab atau melawat Muzium 3D, anda harus melalui Oriental Village ini dahulu. Bukan sebuah taman tema, tetapi ia mempunyai banyak aktiviti menarik, terutama untuk kanak-kanak.

Di samping itu, anda boleh mengisi perut di kafe dan restoran, selain membeli-belah cenderahati yang unik di sini.

4. Underwater World Langkawi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 4 1024x682.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: Clover Holidays

Akuarium terbesar (60,000 kaki persegi) di Malaysia ini antara tempat menarik Langkawi yang sentiasa mendapat kunjungan ramai. Akuarium ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang meliputi pelbagai spesies hidupan laut.

Selain melalui terowong dalam air sepanjang 15m, anak-anak juga pasti terhibur melihat telatah penguin di sini!

Harga Tiket: RM36-46 (dewasa), RM26-36 (kanak-kanak)

5. Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 5.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: iTourism

Taman seluas 5 hektar ini mempunyai lebih 2,000 burung dari 150 spesies dan pelbagai jenis hidupan liar dari seluruh dunia.

Yang menariknya, anda dan anak-anak berpeluang untuk memberi makanan kepada haiwan-haiwan di sini. Di dalam taman ini juga ada air terjun buatan setinggi 15m.

Harga Tiket: RM24-39 (dewasa), RM16-22 (kanak-kanak)

6. Rumah Terbalik Langkawi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 6 1024x638.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: Asia Web Direct

Dengan reka bentuk yang menarik dan unik, rumah terbalik Langkawi ini merupakan yang terbesar di Asia dengan ketinggian 5 tingkat.

Walaupun agak penat menjelajah, tapi memang berbaloi buat seisi keluarga merasai pengalaman ini!

Harga Tiket: RM18-25 (dewasa), RM15-20 (kanak-kanak)

7. Taman Buaya Langkawi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 7 1024x685.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: BobbijoPMH

Berlatarbelakangkan pergunungan, taman seluas 20 ekar ini menempatkan 4,000 ekor buaya termasuklah beberapa spesies buaya terbesar iaitu Buaya Tembaga dan Buaya Siam.

Persembahan buaya pasti menghiburkan anda dan anak-anak. Nak lebih mencabar? Anda bolehlah cuba beri makan kepada buaya!

Harga Tiket: RM18-25 (dewasa), RM12-18 (kanak-kanak). Pakej lain turut disediakan.

8. Taman Agro Teknologi MARDI

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 8.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: Naturally Langkawi

Sambil bersantai dan menikmati keindahan di taman, anda juga boleh merasai kemanisan buah-buahan yang ditanam di sini secara percuma!

Anak-anak pasti tertarik melihat 20 jenis pokok buah-buahan tempatan tumbuh segar dan tersusun cantik.

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM5 (kanak-kanak)

9. Galeria Perdana

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 9.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: Asia Web Direct

Tak perlu ke luar negara, anda boleh melihat seni berharga dan kebudayaan unik dari seluruh negara di sini. Segala anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara oleh Tun Mahathir telah diabadikan di dalam muzium ini.

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM4 (kanak-kanak) / +RM2 (kamera), +RM5 (kamera video)

10. Dataran Lang

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 10 1024x683.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Nak tengok helang besar? Arca helang gergasi berukuran tinggi mencecah 12m ini merupakan mercu tanda bagi Pulau Langkawi.

Anda WAJIB berselfie bersama patung ikonik ini bila sampai di tempat menarik Langkawi ini.

11. Taman Lagenda Langkawi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 11 1024x768.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: Wikipedia

Bersebelahan Dataran Lang, taman ini mempunyai landskap yang sangat cantik dan indah. 50 hektar laman dihias dengan kisah rakyat di Langkawi, antaranya adalah kisah terkenal Mahsuri dan dua gergasi iaitu Mat Chincang dan Raya.

Parents bolehlah membaca dan perkenalkan kepada anak-anak setiap kisah yang ditulis atas batu.

 12. Idaman Suri

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 12.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: Foursquare

Tak sah kalau para ibu tak singgah di sini, satu tempat shopping sakan untuk anda!

Tak nak pulang tangan kosong, anda boleh dapatkan pinggan mangkuk dan barang kelengkapan rumah dengan harga berpatutan.

 13. Makam Mahsuri

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/langkawi 13 1024x576.jpg 13 tempat menarik di Langkawi   parents wajib bawa anak ke sini!

Kredit: squido75

Siapa yang bercuti ke Langkawi patut tahu kisah Mahsuri. Tempat menarik Langkawi yang dikunjungi ramai di mana Mahsuri dibunuh ini telah dijadikan lokasi bersejarah.

Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sekitar pukul 3 petang, anda boleh menyaksikan pementasan teater Lagenda Mahsuri.

Harga Tiket: RM7-15 (dewasa), RM3.50-7 (kanak-kanak)

Haa… bagaimana? Menarik tak 13 tempat menarik di Langkawi ini? Jom luangkan masa bersama keluarga tersayang ke tempat-tempat yang disenaraikan di atas!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber rujukan: JomJalanBidadari.my

Baca juga:

5 tempat menarik anda harus melawat bersama anak anda di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

my.theasianparent.com/tempat-menarik-anda-harus-melawat-bersama-anak-anda-di-malaysia/