7 Kota Mewah & Romantis Di Dunia, Bila Sudah Pergi Memang Rasa Tak Mahu Balik!

lead image

Memang amazing tempat yang berada dalam senarai ini, bukan hanya kaya dengan bandar mewah tapi di setiap pelusuk tempat juga mempunyai keindahan yang tersendiri.

Terdapat banyak tempat menarik untuk honeymoon di seluruh dunia termasuklah hotel terbaik di bandar dan pulau yang cukup indah di pandangan mata.

Bukan kata Malaysia tiada tempat yang best untuk bulan madu tetapi sesekali jika ada bajet lebih dan ingin melihat panaroma di luar negara yang cantik dan memukau, maka anda boleh pergi ke lokasi yang disenaraikan ini. 

Tempat menarik untuk honeymoon paling romantis di dunia 

#1. Tempat menarik untuk honeymoon – Bangkok & Bali

tempat menarik untuk honeymoon, lokasi menarik untuk honeymoon, lokasi bulan madu, tempat bulan madu, lokasi percutian honeymoon, lokasi percutian bulan madu, bulan madu, honeymoon, honey moon, bercuti selepas kahwin

Jika anda ingin memilih lokasi bulan madu yang jauh dari bandar dan paling romantis di Asia maka jawapannya adalah Bangkok dan Bali. 

Selain Bangkok, Tokyo, Chiang Mai dan Singapura turut mendapat pilihan tertinggi kerana banyak pemandangan yang menarik dan penginapan bertaraf dunia. 

Jika anda sukakan kehidupan pulau, lokasi seperti Bali, Maldives dan Phuket mungkin boleh ada dalam senarai anda. 

Di kala melihat matahari terbenam dan menyusuri pantai yang indah tentunya keabadian cinta kalian akan berada di kemuncaknya sambil bersaksikan ombak pantai. 

#2. Tempat menarik untuk honeymoon – Australia, New Zealand and Selatan Pasifik  

tempat menarik untuk honeymoon, lokasi menarik untuk honeymoon, lokasi bulan madu, tempat bulan madu, lokasi percutian honeymoon, lokasi percutian bulan madu, bulan madu, honeymoon, honey moon, bercuti selepas kahwin

Sebut saja Australia, New Zealand dan negara di Selatan Pasifik tentunya kita membayangkan yang indah-indah saja.

Ini kerana, bandar tersebut mempunyai tempat yang menarik untuk dikunjungi termasuklah pulau yang memberikan kedamaian dan ketenangan di kala anda menghabiskan masa berdua-duan dengan pasangan. 

Antara lokasi yang menarik seperti Bora Bora, Fiji, Tahiti, Sydney dan Wellington. 

#3. Caribbean and Atlantic

tempat menarik untuk honeymoon, lokasi menarik untuk honeymoon, lokasi bulan madu, tempat bulan madu, lokasi percutian honeymoon, lokasi percutian bulan madu, bulan madu, honeymoon, honey moon, bercuti selepas kahwin

Jika anda mencari percutian tropika yang sempurna, anda boleh mempertimbangkan pulau-pulau di Caribbean dan Atlantik. Ramai pelancong mengatakan tempat menarik bulan madu yang harus di lawati seperti Turks dan Caicos, U.S virgin Islands, St. Lucia, Bahamas dan Aruba. Kemudian anda boleh dapati beberapa hotel yang luar biasa di kawasan tersebut. 

#4. Eropah – The Amalfi Coast 

tempat menarik untuk honeymoon, lokasi menarik untuk honeymoon, lokasi bulan madu, tempat bulan madu, lokasi percutian honeymoon, lokasi percutian bulan madu, bulan madu, honeymoon, honey moon, bercuti selepas kahwin

Untuk lebih romantis dan mengujakan, anda boleh juga bercuti di seluruh Eropah terutama jika anda menyukai bandar purba, latar belakang yang tenang dan masakan yang enak serta lazat, maka bumi Eropah adalah pilihan tepat. 

Salah satunya adalah Pantai Almalfi yang sering menerima pelbagai pengunjung di setiap pelosok dunia. Namun, Greece, Paris, Tuscany dan Venice masih lagi menjadi pilihan teratas di bandar Eropah.

Apa kata anda simpan sedikit wang saku untuk melawat salah satu bandar mewah ini. Pasti pengalaman itu cukup berharga dan terindah dalam hidup kalian! 

#5. Mexico 

tempat menarik untuk honeymoon, lokasi menarik untuk honeymoon, lokasi bulan madu, tempat bulan madu, lokasi percutian honeymoon, lokasi percutian bulan madu, bulan madu, honeymoon, honey moon, bercuti selepas kahwin

Dengar nama Mexico pun sudah terasa kebahagiaan, betul tak? Tambah-tambah bila suami ajak berbulan madu di sana, tentu hidup diselimuti keindahan sepanjang persiapan anda untuk ke Mexico nanti. 

Bandar yang boleh anda pergi di sini seperti Riviera Maya, Cabo San Lucas, Cancun, Puerto Vallarta dan Cozumel. Jadi apa yang lebih indah, selain lautan biru dan penginapan yang cukup bergaya ini? 

#6. Amerika Selatan 

tempat menarik untuk honeymoon, lokasi menarik untuk honeymoon, lokasi bulan madu, tempat bulan madu, lokasi percutian honeymoon, lokasi percutian bulan madu, bulan madu, honeymoon, honey moon, bercuti selepas kahwin

Sama ada mahu berehat di Rio de Janeiro atau mendapatkan ketenangan di Santiago kedua-dua tempat ini memang tidak akan mengurangkan nilai cinta kalian dalam meniti fasa terbaru dalam hidup itu. 

Pengunjung yang pertama kali melawat di bandar turut  love dengan keindahan Buenos Aires, Lima dan Cartagena. Percayalah, di sini memang sangat menarik untuk bulan madu anda. 

#7. The United States – Napa dan Maui 

tempat menarik untuk honeymoon, lokasi menarik untuk honeymoon, lokasi bulan madu, tempat bulan madu, lokasi percutian honeymoon, lokasi percutian bulan madu, bulan madu, honeymoon, honey moon, bercuti selepas kahwin

Selain itu, pertimbangkan juga untuk melawati salah satu bandar Amerika yang paling romantis ini iaitu Napa Valley, Miami, Charleston, Palm Springs dan Las Vegas 

Sekiranya anda mencari percutian pulau yang berdekatan pula, boleh juga lawati beberapa lokasi popular ini iaitu Maui, Kauai, the Big Island, the Florida Keys dan Oahu. Ketahui juga tempat tinggal yang sesuai di setiap pulau di sini. 

Semoga bermanfaat! 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Martha Stewart Weeding

Baca juga 

7 hotel terapung di Malaysia yang romantik, sesuai untuk honeymoon dan bercuti

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!