Kelahiran Mati: Bilakah Ibu Patut Risau & Perkara Yang Tidak Perlu Risau Jika Bayi Kurang Bergerak

Perjalanan sepanjang tempoh kehamilan hal yang terindah bagi setiap wanita. Namun, beberapa perkara ini perlu diberi perhatian agar kandungan sentiasa sihat

Sudah beberapa minggu tempoh kehamilan sejak bayi mula menendang dan anda tahu bagaimana rasanya apabila kandungan mula aktif di dalam perut. Menghitung tendangan menjadi rutin harian dan anda pastinya sudah mengetahui corak biasa berkaitan dengan pergerakan bayi yang dianggap normal dan biasa ketika berhubung dengannya.

Namun, jika anda tiba-tiba menyedari pergerakan bayi mula berkurang, adakah anda sepatutnya berasa bimbang atau tidak perlu kerana ia bukannya selalu terjadi?

Di theAsianparent, kami menyediakan beberapa perkara yang berpotensi mengancam nyawa bayi dan saat-saat di mana anda boleh berehat tanpa diganggu dengan rasa bimbang.

Sekiranya ibu dapat mencatat sekurang-kurangnya 10 pergerakan dalam masa satu jam, ia adalah keadaan yang tidak perlu dirisaukan.

Pergerakan bayi berkurang: Tempoh kehamilan yang TIDAK perlu dirisaukan

tempoh kehamilan selamat

credit to sources

Sebilangan bayi mula bergerak seawal 16 minggu, sementara yang lain memerlukan sedikit masa dengan hanya menunjukkan tendangan selepas tempoh kehamilan yang ke-24 minggu.

Jika pemeriksaan rutin menunjukkan bahawa semuanya baik-baik sahaja, ini tidak akan mendatangkan sebarang masalah. Walau bagaimanapun, sentiasa berjaga-jaga untuk menghubungi doktor sekiranya anda tidak merasakan pergerakan selepas minggu ke-24.

Ibu tidak mengambil makanan dalam beberapa waktu

Anda kadang-kadang mungkin menyedari bahaw bayi kurang aktif sekiranya ibu tidak menjamah sedikit makanan atau minuman. Apabila perut lapar, janin tidak mempunyai sumber untuk makan.

Nasihat doktor yang pertama adalah jika ibu hamil menyedari bayi bergerak perlahan, ambil minuman manis seperti jus epal atau oren. Hal ini kerana ia mengandungi nutrisi dengan membekalkan gula kepada ibu dan janin akan menerimanya.

Anda hendaklah merasai pergerakan bayi dalam masa 30 minit setelah memakan sesuatu. Namun, pastikan ini tidak menjadi kebiasaan kerana anda perlu memperoleh nutrisi yang mencukupi untuk tubuh menampung diri dan kandungan yang semakin membesar.

Dalam hal ini, masalah kekurangan nutrisi semasa mengandung adalah sangat bahaya. Justeru anda perlu memastikan agar pengambilannya mencukupi pada setiap hari.

Jika anda diklasifikasikan sebagai kehamilan berisiko tinggi akibat kekurangan zat, sentiasa peka terhadap penurunan pergerakan bayi sebagai tanda amaran bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dan segera dapatkan bantuan perubatan.

Pergerakan bayi berkurang: Ruang di dalam rahim menjadi terbatas

kehamilan yang tidak perlu dirisaukan

credit to sources

Ketika bayi semakin membesar, pastinya keadaan di dalam rahim agak sedikit padat. Walaupun pergerakan agak terhad, ini tidak bermakna ia akan berhenti bergerak.

Anda akan melihat perubahan dalam jenis pergerakan gulungan, peregangan dan bukannya tendangan atau tusukan tajam. Namun, semua gerakan ini akan dikira sebagai ”tendangan”.

Pantau pergerakan bayi dengan teliti dan hitung tendangannya sehingga anda berjaya mencatatkan data bagi kegunaan doktor jika berlaku sebarang masalah yang tidak diingini.

Pengurangan pergerakan bayi: Tahap tekanan ibu

Sepanjang tempoh kehamilan, bayi biasanya akan mencerminkan mood serta mempengaruhi emosi anda dengan kuat. Tahap tekanan pranatal ibu hamil boleh mempengaruhi bayi dengan mudah. 

Walaupun tekanan tertentu tidak dapat dielakkan, ibu perlu bijak mengurus tekanan dan elakkan perkara yang boleh menambahkan lagi masalah.

Ia bukanlah sesuatu yang boleh dikawal dengan mudah kerana anda dan bayi perlu bekerjasama untuk kekal bertenang dan pastikan anda menyedari sebarang perubahan jika gagal mengurus tekanan.

Bayi suka tidur!

Jika bayi kurang bergerak, ia berkemungkinan sedang menikmati waktu rehat. Kitaran tidur yang teratur adalah selama 20 minit.

Dia akan kurang aktif dan menendangkan untuk satu jangka masa. Selagi ibu-ibu boleh mengira tendangan yang menunjukkan corak biasa, anda boleh bertenang kerana semuanya dalam keadaan baik!

Namun, ada bayi benar-benar menikmati waktu tidur lebih banyak dari yang lain. Jika bayi mengantuk, ana akan mendapati bahawa mereka kurang menendang dalam rahim. Sekiranya bernasib baik, bayi akan terus tidur lena setelah dia dilahirkan.

Pengurangan pergerakan bayi: Waktu anda PERLU risau

Tiada tendangan yang disertai dengan pendarahan

kehamilan bahaya

credit to sources

Sekiranya anda mengalami bayi tidak bergerak dan disertai dengan pendarahan (walaupun ringan), segera dapatkan bantuan perubatan untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang boleh menyebabkan kematian.

Situasi ini menjadi petanda bahawa terdapatnya gangguan plasenta, iaitu sebahagian atau sepenuhnya terpisah dari rahim sebelum kelahiran bayi. Ia adalah keadaan serius yang boleh menghilangkan oksigen dan nutrisi dalam kandungan.

Gangguan plasenta semasa tempoh kehamilan boleh menyebabkan pendarahan teruk yang amat berisiko. Keadaan ini berlaku 1 dalam setiap 15 kehamilan, selepas minggu ke-20.

Dapatkan pertolongan segera sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, kekejangan atau kontraksi. Ibu mungkin juga mengalami sakit belakang dan rahim yang boleh menyebabkan kelahiran sebelum waktunya.

Pergerakan berkurang yang disertai dengan rasa pening

Contoh lain yang anda perlu bimbang adalah jika mengalami penurunan pergerakan janin dengan rasa pening dan lemah.

Ini adalah gejala umum dari keadaan yang disebut Hipoksia janin, di mana ia kekurangan oksigen dalam rahim dan mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.

Doktor akan mengawasi anda dan tahap oksigen bayi. Ibu juga mungkin akan ditahan dalam wad sehingga detik kelahiran kerana keadaan ini berpotensi maut terhadap bayi jika bantuan perubatan tidak diberikan pada waktu tepat.

Kurang pergerakan dengan perubahan corak tidur bayi

Ibu mengetahui bahawa fasa aktif dan corak tidur bayi sekiranya ingin memantau tendangan secara berkala. Namun, jika anda melihat ada perubahan pada pergerakan bayi terutamanya tidak merasai sebarang tendangan untuk jangka masa lebih 2 jam, segera ke hospital berdekatan untuk memastikan keselamatan bayi.

Bukan itu sahaja, anda perlu sentiasa mempercayai gerak hati jika merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan dan masalah yang dihadapi secara kerap, pastikan segera berjumpa doktor bagi mengelakkan komplikasi semakin bertambah dan sekaligus menyelamatkan nyawa kandungan.

Sumber: Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compergerakan-bayi

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!