Terapi Muzik Membolehkan Bayi Pramatang Keluar NICU Awal 2 Minggu! - Kajian

undefined

Muzik yang tenang telah membantu menenangkan bayi untuk tidur. Namun kajian terkini menyatakan alunan muzik yang perlahan dan ringkas ini juga boleh mengubah kehidupan terutamanya buat bayi pramatang!

Anda pernah dengar tak kajian yang mengatakan muzik klasikal yang didengari oleh bayi sejak dalam kandungan boleh menjadikannya bijak? Alunan muzik juga dapat menenangkan jiwa, malah terapi muzik juga berkesan mempengaruhi peningkatan kesihatan bayi!

Sejak dahulu lagi, muzik yang tenang telah membantu menenangkan bayi untuk tidur. Namun kajian terkini menyatakan alunan muzik yang perlahan dan ringkas ini boleh mengubah kehidupan terutamanya buat bayi pramatang.

Terapi Muzik Elak Bayi Dari Stress

muzik untuk bayi

NICU membantu menjaga bayi pramatang hidup, tetapi mereka juga boleh menjadi persekitaran yang sangat tertekan. Terapi muzik boleh membantu otak bayi berkembang dengan baik. Sumber: wusfnews

Penyelidikan menunjukkan terapi muzik di NICU boleh memberikan peningkatan kepada kesihatan bayi, justeru boleh membantu bayi pulang ke rumah lebih awal.

Pakar di Florida telah menjalankan kaedah ini pertama kali, dan kini ia semakin berkembang.

Rich Moats, yang menguruskan program terapi muzik di AdventHealth Orlando, berkata bayi dalam unit penjagaan rapi neonatal adalah pesakit yang unik.

“Perut ibu adalah persekitaran paling selamat bagi mereka, tetapi ketika mereka dilahirkan lebih awal ke dunia ini, mereka tidak cukup bersedia untuk menangani dunia baru ini,” katanya. “Jadi lampu, bunyi, yang disentuh pada masa yang berlainan, belajar bagaimana untuk makan adalah sesuatu yang malahan orang dewasa pun perlu berfikir, apatah lagi buat bayi-bayi ini.”

terapi muzik Ahli terapi muzik Kelly Holden, kiri, dan Rich Moats membantu bayi di Unit Penjagaan Rapi Neonatal di AdventHealth Orlando menangani masalah tekanan mereka. Sumber: wusfnews

Tambahan lagi, sekiranya bayi stress, ia boleh mempengaruhi kebolehan otaknya juga.

Penggunaan Muzik Pada Awalnya 

Jayne Standley, pengarah program terapi muzik di Florida State University, merupakan individu terawal yang menggunakan kaedah ini setelah mendapati bayi pramatang memerlukan perhatian khas apabila dewasa.

“Sistem neurologi bayi berkembang pada trimester ketiga, jadi bayi yang lahir 3 bulan lebih awal melalui perkembangan otak di persekitaran NICU,” jelasnya.

Keadaan tersebut boleh membawa kepada pernafasan yang tidak stabil dan kadar jantung. Kekerapan rosedur perubatan di hospital boleh menyebabkan otak bayi kerap mengaitkan sentuhan dengan rasa sakit.

Jadi Standley dan pasukan penyelidik FSU mengkaji sama ada muzik boleh membantu. 

Pada awalnya, muzik digunakan untuk menapis bunyi bising mesin di NICU namun didapati selepas muzik kerap dimainkan, kebanyakkan bayi di sana keluar lebih awal dari wad!

Impak Terapi Muzik Kepada Bayi di NICU

Kaedah terapi muzik telah berkembang di kebanyakan hospital, malahan dengan menggunakan khidmat ahli terapi muzik yang mempunyai sijil, untuk memberikan khidmat kepada bayi di NICU.

Rawatan terapi muzik yang dilakukan mendapati:

muzik untuk bayi pramatang

  • Bayi yang sangat pramatang hanya boleh menerima humming yang mudah dan mesti ditinggalkan dalam inkubator.
  • Selepas melakukan humming, lakukan nyanyian lembut untuk menggalakkan perkembangan bahasa.
  • Nyanyian lagu kanak-kanak ringkas seperti “Twinkle, Twinkle Little Star,” dan “Baa Baa Black Sheep, membolehkan bayi memberi respon positif seperti wajah yang meringis, atau memberi respon seperti mendepakan tangan.
  • Apabila bayi bertindak balas dengan baik, tambahkan satu lagi kaedah: sentuhan.
  • Sesetengah bayi tidak melalui keseluruhan perkembangan dan ini tidak mengapa. Bayi tersebut mungkin perlu masa yang lebih lama.
  • Sekiranya nyanyian dilihat terlalu ‘berat’ untuk bayi, contohnya jika bayi melakukan gerakan tidak selesa, kembali kepada humming.
  • Bayi benar-benar tenang, dan ini membantu tahap oksigennya, seolah-olah keperluan oksigennya akan turun apabila berada dalam terapi muzik.

Kaedah ini juga boleh digunapakai ketika si manja berada di rumah juga, dan terbukti baik untuk perkembangan anak. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Bila mainkan muzik, pasti bayi dalam kandungan bergerak!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: wusfnews

Baca juga:

5 jenis muzik yang akan buat bayi anda tidur semudah ABC!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!