theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Terapi Otonamaki, membungkus tubuh ibu untuk mengurangkan rasa sakit selepas bersalin

3 min bacaan
Kongsikan:
•••
Terapi Otonamaki, membungkus tubuh ibu untuk mengurangkan rasa sakit selepas bersalin

Anda pernah dengar tentang Terapi Otonamaki? Ia adalah kaedah terapi yang diamalkan di Jepun yang dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit selepas bersalin!

Di Jepun, ada sebuah kaedah terapi yang dikatakan dapat membantu meringankan gejala sakit-sakit badan selepas bersalin yang dipanggil sebagai terapi Otonamaki.

Selalunya selepas bersalin, para ibu akan mudah untuk mengalami masalah lenguh atau sakit di beberapa bahagian tubuh seperti pinggul, pinggang dan paha.

Idea terapi otonamaki untuk bantu wanita selepas bersalin

terapi otonamaki, hilangkan sakit pinggang selepas bersalin Kredit: Bbc.com

Menurut laman BBC.com, Otonomaki bermaksud "pembungkus dewasa". Teknik ini dilakukan sebagai terapi untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami oleh ibu selepas melahirkan anak.

Idea Otonamaki datang dari amalan Ohinamaki di Jepun, iaitu satu amalan membungkus bayi dengan cara yang serupa untuk membantu perkembangan fizikal si bayi. Ohinamaki dikatakan bermanfaat untuk meluruskan tulang punggung bayi sehingga dapat membantunya cepat berjalan!

Teknik ini dicipta oleh seorang bidan terkenal di Jepun yang bernama Nobuko Watanabe. Dia juga adalah orang yang memperkenalkan cara ikatan pinggang untuk ibu hamil dan kaedah menyusu yang kini digunakan secara meluas di Jepun.

Adakah teknik terapi Otonamaki ini berkesan?

Terapi Otonamaki telah menarik perhatian perhatian ramai kerana keunikan tekniknya. Tetapi, ada beberapa pakar kesihatan yang meragui keberkesanannya.

Walaubagaimanapun, para ibu yang telah mencuba teknik ini mengaku yang terapi Otonomaki membuatkan tubuh mereka berasa lebih rileks dan sihat.

Cara terapi Otonamaki dilakukan

terapi otonamaki, hilangkan sakit pinggang selepas bersalin Kredit: Bbc.com

Caranya mudah sahaja. Badan ibu perlu meringkuk seperti posisi bayi di dalam rahim, kemudian dibungkus dengan kain putih dari kepala sehinggalah ke kaki.

Selepas itu, tubuh ibu yang telah dibungkus akan dihayunkan ke kiri dan ke kanan secara perlahan-lahan. Terapi ini dilakukan selama 15-20 minit.

“Dari luar memang nampak sempit, tapi saya tidak berasa sesak sama sekali. Sebaliknya, saya rasa bahu dan punggung saya semakin baik selepas melakukan Otonamaki.”

Itu perkongsian seorang ibu yang pernah mencuba teknik ini.

Manfaat teknik Otonamaki dari Jepun

terapi otonamaki, hilangkan sakit pinggang selepas bersalin Kredit: Bbc.com

Ini gambar seorang ibu sebelum dan sesudah terapi. Ia dipercayai boleh membuatkan tubuh ibu lebih lentur!

Seorang lagi ibu, Orie Matsuo, juga menjelaskan yang kaedah ini bagus untuk meregangkan otot pinggul, otot kaki, serta otot bahu supaya ia menjadi lebih lentur dan fleksibel.

“Dengan merapatkan kedua-dua bahu dan kaki, badan anda menjadi lurus dan ia sekaligus mengurangkan rasa sakit di bahagian pinggul dan pinggang.”

Ya, teknik ini masih belum digunakan secara meluas oleh masyarakat Jepun kerana ia belum terbukti berkesan secara kajian.

Tapi, bila kita tengok sendiri tekniknya, nampak mudah kan? Rasa macam mahu cuba pula.

Kalau ibu teringin untuk mencubanya di rumah, berhati-hati ya. Bukan semua jenis terapi atau senaman anda boleh buat selepas bersalin. Kalau mahu cuba juga, dapatkan nasihat dan pengawasan daripada ahli terapi atau doktor sebelum mencubanya!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia, Bbc.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Terapi Otonamaki, membungkus tubuh ibu untuk mengurangkan rasa sakit selepas bersalin
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • 6 tips mudah dan berkesan untuk kurangkan rasa sakit selepas bersalin

    6 tips mudah dan berkesan untuk kurangkan rasa sakit selepas bersalin

  • 10 Sebab Mengapa Braxton Hicks Lebih Teruk Dari Rasa Sakit Bersalin Sebenar

    10 Sebab Mengapa Braxton Hicks Lebih Teruk Dari Rasa Sakit Bersalin Sebenar

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

app info
get app banner
  • 6 tips mudah dan berkesan untuk kurangkan rasa sakit selepas bersalin

    6 tips mudah dan berkesan untuk kurangkan rasa sakit selepas bersalin

  • 10 Sebab Mengapa Braxton Hicks Lebih Teruk Dari Rasa Sakit Bersalin Sebenar

    10 Sebab Mengapa Braxton Hicks Lebih Teruk Dari Rasa Sakit Bersalin Sebenar

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi