Ibu bijak ini berkongsi bagaimana terapi basikal telah membantu anak autistiknya

lead image

Aktiviti bersukan boleh membantu anak autisme untuk menenangkan perasaan dan berusaha untuk mengawal diri semula

Pada mulanya Clara Toh tidak pernah terfikir satu hari nanti anaknya perlu menjalani terapi untuk anak autisme.

Clara mula perasan anaknya David, lain dari kanak-kanak lain apabila dia baru berusia 2 tahun. Pada masa itu dia ingat anaknya cuma hiperaktif, paling teruk pun ADHD, kerana dia tidak pernah menunjukkan tanda-tanda autisme.

Tetapi apabila doktor telah mendiagnosis anaknya dengan autisme, Clara seperti tidak percaya dan enggan menerima hakikat itu.

Tahun ini David akan berusia 15 tahun dan dia telah berjaya mengikuti acara berbasikal terbuka  OCBC Cycle.

Wakil kami dari theAsianparent berjaya menemubual ibu Clara dan ahli psikologi Genevieve Chua tentang bagaimana aktiviti berbasikal boleh membantu anak autisme. 

Terapi untuk anak autisme – kebaikan belajar sukan baru

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/terapi untuk anak autisme 1.jpg Ibu bijak ini berkongsi bagaimana terapi basikal telah membantu anak autistiknya

Genevieve memberitahu kami , “Apabila anak kita belajar sesuatu yang baru, ini akan membina hubungan baru di dalam otak mereka.”

“Walaupun kita dilahirkan dengan gen tertentu tetapi ia adalah pengalaman harian kita yang menentukan cara otak kita berkembang.”

David adalah budak yang aktif yang suka pergerakan. Apabila dia bergerak, dia dapat mengawal badan dan fikirannya dengan lebih baik dan ini dapat membantu David untuk memberi tumpuan kepada orang, benda-benda dan persekitaran di sekelilingnya.

Apabila kita boleh mengawal diri dengan lebih baik, ini membolehkan kita untuk menjalinkan hubungan dengan orang. Oleh itu, bersukan adalah terapi untuk anak autisme yang baik kerana ini boleh membantu mereka untuk mencapai matlamat ini.

Akitivit bersukan juga boleh dilakukan setiap hari untuk mengekalkan kawalan ini dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Apabila anak rasa tertekan, cemas, terlalu teruja dan rasa hilang kawalan, dia boleh bergerak (melalui bersukan) supaya dia dapat menenangkan perasaan dan berusaha untuk mengawal diri semula.

Tetapi sebab utama saya mengesyorkan David mendaftar untuk acara OCBC Cycle ialah supaya dia dapat rasa bangga kerana berjaya mengikuti acara itu seperti orang lain.

Mereka rasa bangga kerana dapat mengatasi pelbagai gangguan seperti orang ramai, bunyi kuat dari pembesar suara, rasa kurang pasti dengan laluan yang patut diambil, dll).

Ini juga akan meningkatkan daya tahan dan keyakinan diri. Mereka boleh melihat sejauh mana keupayaan mereka yang sebenar.

Ini bukan sesuatu yang boleh diberi, dan hanya dapat diperolehi melalui pengalaman mereka sendiri. Peranan kita sebagai orang dewasa ialah untuk mencari dan memberi mereka peluang ini supaya mereka boleh mula membina ketahanan dan kecekapan diri.

Aktiviti berbasikal berkesan sebagai terapi untuk anak autisme

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/terapi untuk anak autisme 4.jpg Ibu bijak ini berkongsi bagaimana terapi basikal telah membantu anak autistiknya

Clara turut berkongsi bagaimana aktiviti berbasikal telah membantu David mengharungi cabaran kehidupan dan di sekolah:

“Cara terapi untuk anak autisme ini telah memberi saya peluang untuk melihat kemampuan anak saya. Dia boleh menunggang sejauh 21 km, biarpun hujan. Dia tidak pernah mengadu penat.

Saya masih ingat pada mulanya sangat sukar David mula berlajar berbasikal dengan 2 roda sahaja. Kami membuat perjanjian dia akan berlatih setiap hari sekurang-kurangnya 20 minit, walaupun tidak rasa seronok atau menampakkan sebarang kejayaan.

Dulu saya selalu berbasikal dekat dengannya. Tetapi sekarang saya tidak berbuat demikian lagi kerana ingin mengajar David untuk berdikari. Sekarang saya hanya memerhatikannya dari jauh. Biarpun jalan penuh dan sesak dengan orang, dia tidak pernah kemalangan. “

Pada pendapat saya berbasikal adalah terapi untuk anak autisme yang baik kerana ia mengalakkan semangat yang tidak mudah luntur. Pada masa ini pencapaiannya dari segi akademik tidaklah begitu baik, tetapi saya tidak akan berhenti membantu dan mengajarnya. 

Sistem David tidak sama seperti kanak-kanak autisme lain – dia tidak neuro-typical.

Saya masih ingat lagi masa yang diambil ketika kami mengajarnya untuk memberus gigi sendiri. Dia baru pandai berkumur, dan mengikat tali kasutnya pada usia 13 tahun.

Saya tidak akan berhenti berusaha kerana matlamat saya bukan untuk terus menjaganya- tetapi supaya satu hari nanti dia akan berupaya untuk menjaga diri dan orang lain.”

Nasihat untuk ibu bapa dengan anak autisme

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/terapi untuk anak autisme 2.jpg Ibu bijak ini berkongsi bagaimana terapi basikal telah membantu anak autistiknya

Kami sangat bersyukur kerana Clara sudi berkongsi pengalaman dan kisah anaknya bersama kami. Sebagai penutup, kami tanya kalau ibu hebat ini mempunyai apa-apa nasihat untuk ibu bapa lain dengan anak yang autistik.

“Apabila saya fikir kembali, perkara terbaik untuk anak saya adalah keputusan saya sebagai ibunya untuk menerima dan hidup secara terbuka walaupun David adalah anak autisme,” kata ibu itu.

“Kami tak pernah berhenti melancong. Ibu bapa lain mungkin akan mempunyai tahap keselesaan yang berbeza apabila mendedahkan keadaan anak mereka kepada orang lain.

Kadang-kadang anda mungkin akan rasa sangat malu sehingga nak gali lubang supaya dapat sembunyikan diri. Bertabahlah ibu bapa, anda boleh melakukannya. Jangan kerana malu, anak kurang peluang untuk belajar dari pengalaman”

Sekiranya ibu bapa juga mempunyai anak yang aktif, mungkin bersukan adalah cara terapi untuk anak autisme yang boleh membantu mengawal fokus anak. Jangan putus asa, anda boleh melakukannya.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Rujukan: theAsianparent Singapura

Baca juga:

Anak saya menghidap autisme, tapi jangan cakap dia tidak boleh kerana dia boleh!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!