Normal ke kalau terberak semasa bersalin? Apa yang patut ibu buat?

lead image

Anda pasti takut dengan situasi terberak semasa bersalin jika anda bakal beranak, kan? Jangan risau, di sini ada panduan bagaimana anda boleh atasinya.

Ibu yang bakal bersalin tidak lama lagi pasti gementar dan takut menanti saat tiba masanya untuk beranak. Tapi ada satu lagi ketakutan yang diam-diam kita semua takut — terberak semasa bersalin.

Jika ini ialah proses bersalin pertama anda, pasti anda pernah mendengar nasihat tentang bahaya bayi termakan najis, kan? Tapi sebenarnya banyak saja ibu terberak semasa bersalin.

Adakah ia satu perkara yang normal? Sebenarnya ya, dalam proses bersalin normal, anda boleh terberak.

Terberak semasa bersalin — adakah ia normal?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/42 474089231 c1.jpg Normal ke kalau terberak semasa bersalin? Apa yang patut ibu buat?

Kredit: motherandbaby.co.uk

Ini kerana proses meneran merupakan teknik utama untuk mengeluarkan bayi dengan cepat. Dan proses meneran ini mampu membuatkan anda terberak semasa bersalin.

Dengar macam jijik dan memalukan saja. Tapi hakikatnya masalah ini normal dan ia sering terjadi. Jadi, anda tak perlu malu.

Sebaliknya, anda perlu tahu mengapa kejadian ini boleh berlaku.

Mengapa ibu hamil boleh terberak ketika meneran?

Alasannya mudah saja. Otot-otot yang digunakan ibu semasa ingin meneran ialah otot pergerakan usus. Pergerakan ini sama seperti meneran ketika ingin buang air besar.

Satu lagi, ketika proses meneran, ibu akan mengalami tekanan pada usus besar dan rentum kerana berat bayi yang sedang “melalui” saluran peranakan. 

Ketika bayi bergerak untuk keluar, usus besar ibu akan tertekan. Ia sama seperti pergerakan ubat gigi. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/e1bb3dc380d11ef7a8e0492d6e59c0a8.jpg Normal ke kalau terberak semasa bersalin? Apa yang patut ibu buat?

Jika usus besar ibu belum dikosongkan sebelum bersalin, tekanan bayi yang bergerak akan mendorong ibu terberak semasa bersalin. Hormon prostaglandin juga bertanggungjawab untuk insiden ini.

Ia berfungsi untuk melakukan gerakan usus atau induksi secara semula jadi untuk membenarkan ibu bersalin. 

Sebab itu sebelum bersalin, ibu akan diminta untuk buang air besar terlebih dulu. 

Apa untuk mengelak ibu terberak semasa bersalin?

Oleh sebab kita tidak dapat mengagak bila kotoran atau najis itu akan keluar, maka kita tidak dapat mengelak insiden ini. 

Namun, ada juga beberapa cara yang boleh mengelak kejadian ini daripada berlaku. Antaranya ialah:

#1 Makan ubat enema

Beberapa tahun lalu, wanita yang ingin bersalin akan diberi ubat enema untuk membersihkan usus besar ketika bakal bersalin.

Ia bertujuan untuk mencegah keluarnya najis secara spontan semasa bersalin. Namun, kajian mendapati enema tidak terlalu membantu. 

Enema pula dikatakan mampu meningkatkan risiko jangkitan dan prosedur yang menimbulkan rasa sakit.

#2 Pergi ke tandas lebih awal

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/b614db3a2f2117ba337d10e8cf591d25.jpg Normal ke kalau terberak semasa bersalin? Apa yang patut ibu buat?

Kredit: Pinterest

Jika boleh, ibu patut pergi ke atas ketika melihat tanda-tanda bakal bersalin. Jika ibu sudah di hospital, cuba minta bantuan jururawat. 

Untuk mengelak sembelit, ibu sepatutnya memperbanyakkan minum air dan makan serat semasa kehamilan. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Menurut pakar, ibu jangan risau jika terberak semasa bersalin. Pakar dan bidan yang selalu menangani proses bersalin sudah biasa dengan keadaan ini.

Mereka akan sentiasa peka dengan situasi ibu. Jika bayi sudah dilahirkan, jururawat akan segera menyeka dan membersihkan baik. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Lifesong Mama & Baby

Baca juga:

Petua Dan Cara Untuk Merawat Sembelit Di Rumah Semasa Hamil