Terganggu Ketika Sedang Asyik Merokok, Pengasuh Mencekik Anak Hingga Mati

lead image

Kes kekerasan antara pengasuh dan anak kembali terjadi. Kali ini, seorang pengasuh mencekik anak hingga mati sesak nafas.

INDONESIA: Kes penganiayaan ini terjadi di daerah Singkawang Barat, Pontianak pada hari Ahad (11/9) yang lalu. Dikutip dari Tribunnews, seorang pengasuh mencekik anak kecil hingga mati kerana diganggu ketika sedang asyik merokok.

Tragedi tersebut disampaikan oleh Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Polda Kalbar, Kombes Pol Suhadi SW. Pada masa itu, mangsa yang bernama Nando (4) nangis-nangis kerana ingin buang air besar apabila Yul (24) sedang asyik merokok.

Yul kemudian membuka baju Nando dan membawanya ke bilik mandi. Namun tangisan Nando tidak berhenti-henti.

Yul lalu menyundutkan rokok ke tubuh Nando sebanyak dua kali, kelakuan tersebut membuat tangisannya semakin menjadi-jadi. Inilah yang kemudian membuat Yul mencekik leher mangsa dengan tujuan agar beliau diam.

Nando kemudian lemah akibat sesak nafas. Yul menyiramnya dua kali dengan air agar mangsa terbangun. Namun mangsa tetap tidak sedarkan diri.

Yul merasa panik kerana Nando tidak kunjung sedar, beliau membawanya ke Rumah Sakit Harapan Bersama Singkawang. Namun sayang, nyawanya sudah tidak dapat diselamatkan.

Pemeriksaan awal menunjukkan bahawa terdapat luka lebam dan bekas sundutan rokok. Yul kini sudah didakwa di Mapolres Singkawang untuk menanggung akibat perbuatannya.

Sementara itu, peperiksaan otopsi terhadap Nando belum boleh dilakukan kerana menunggu kedua ibu bapanya yang bekerja di Malaysia kembali.

Semoga kes ini boleh membuka mata kita agar berhati-hati jika ingin mengupah pengasuh. Jika anda memang harus memperkerjakan seorang pengasuh, berwaspada dan ketahui tanda-tanda sebelum si kecil menjadi mangsa kekerasan.

Rujukan: Tribunnews

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Febby

app info
get app banner