Karma, Tuhan bayar cash lepas kanak-kanak nakal ini kencing di panel lif! Teka apa jadi lepas itu?

lead image

Mari lihat peristiwa bagaimana seorang budak nakal dari China ini boleh terperangkap dalam lift semata-mata kerana perbuatannya sendiri. Karma, kan?

Dalam satu kejadian yang tak disangka, seorang kanak-kanak dari China telah terperangkap dalam lift akibat perbuatannya sendiri.

Yang menariknya tentang kejadian terperangkap dalam lift ini, ia berlaku kerana kenakalan kanak-kanak itu sendiri yang pergi kencing di panel butang lif! Haa... karma, kan?

Insiden ini berjaya direkod oleh CCTV bangunan terbabit. Dari rakaman CCTV itu, kanak-kanak nakal tersebut telah memasuki lif untuk naik ke rumahnya.

Kanak-kanak nakal terperangkap dalam lift, dan sebelum itu dia....

Ketika berseorang dalam lif terbabit, kanak-kanak nakal ini mengambil keputusan untuk kencing di panel kawalan dalam lif. Tiba-tiba ketika baru sampai di tingkat 7, lampu di panel kawalan itu berkelip.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/vlcsnap 2018 02 26 14h48m44s748.jpg Karma, Tuhan bayar cash lepas kanak kanak nakal ini kencing di panel lif! Teka apa jadi lepas itu?

Dengan panik, kanak-kanak nakal itu terus menekan semua butang. Namun pintu lif masih tidak terbuka. Dia terperangkap dalam lif itu!

Menurut laporan media tempatan, kanak-kanak itu baru berusia 6 tahun dan dia telah diselamatkan selepas pihak keselamatan perasan yang dia tersekat dalam lif. 

"Kanak-kanak ini bertuah kerana tidak terkena kejutan elektrik. Kalau tak, ia mungkin lebih teruk!" ujar You Xiaoming, pengarah di pengurusan bangunan terbabit.

Sebenarnya, kejadian seperti ini sering berlaku di China. Pada tahun 2015, seorang kanak-kanak nakal pernah terperangkap dalam lift semata-mata kerana dia pergi kencing di panel butang lif itu!

Memang kejadian ini agak lucu dan menunjukkan tentang karma, tapi penting juga untuk ibu bapa mengajar anak-anak tentang keselamatan ketika berada dalam lif.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/vlcsnap 2018 02 26 14h49m11s556.jpg Karma, Tuhan bayar cash lepas kanak kanak nakal ini kencing di panel lif! Teka apa jadi lepas itu?

Ajar anak langkah-langkah keselamatan jika terperangkap dalam lift ini

Memang kita takkan meninggalkan anak seorang diri untuk menaiki lif, tapi ia mungkin juga berlaku. Sebab itu, kami ingin berkongsi perkara asas tentang keselamatan dalam lif ini. 

Jom mula ajar anak langkah-langkah ini agar mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan ketika berada dalam lif atau jika terperangkap di dalamnya.

  1. Jangan sentuh butang yang tidak diperlukan
  2. Tunjuk pada anak panel butang dalam lif dan suruh anak tekan butang tingkat rumahnya saja. Jangan tekan butang lain!
  3. Tunjuk pada mereka butang kecemasan
  4. Beritahu mereka yang jika mereka terperangkap dalam lif, kekal bertenang sebab bantuan akan sampai. Jika mereka beramai-ramai dengan kawan, suruh mereka berpegangan tangan.
  5. Minta mereka agar menjauhi pintu lif. Jangan panjat apa-apa!
  6. Jangan capai atau bergayut atas sebarang wayar juga
  7. Pastikan mereka menjauhi panel kawalan dan jangan sentuh ia dengan jari
  8. Suruh anak hafal nombor telefon anda

Ini antara perkara asas yang anda harus ajar pada anak-anak, sama ada ada lif atau tidak dalam bangunan rumah anda. Bukan apa, lebih baik kita menyediakan anak sebelum perkara ini benar-benar terjadi.

Satu lagi, ajar anak agar jangan kencing di panel lif atau ketika berada dalam lif!

Mari lihat kenakalan kanak-kanak yang kencing dalam lif hingga akhirnya terperangkap dalam lif itu. Ambil ia sebagai pengajaran.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

10 Langkah Keselamatan Di Eskalator Yang Ibu Bapa WAJIB Ingat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!