Bapa Tertinggal Anak Dalam Kereta Sehingga Maut! Ibu Ayah, Amalkan 7 Langkah Berjaga-Jaga Ini.

lead image

Menurut laporan, ketika kanak-kanak bernasib malang itu ditemui 9 jam kemudian, wajahnya sudah berwarna keunguan dan tidak menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa!

Di Malaysia, sudah ada beberapa kes tertinggal anak dalam kereta berlaku. Malah yang menyedihkan, kes kecuaian sebegini mendatangkan maut akibat kepanasan atau kekurangan oksigen kerana dibiarkan terlalu lama dalam kenderaan.

Bagaimana kita boleh lebih berwaspada agar kes sebegini tidak berlaku?

Tertinggal Anak Dalam Kereta Akibat Kecuaian

Akibat tinggal anak dalam kereta dalam cuaca panas terik, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun di China telah meninggal dunia tanpa disedari bapanya!

mati dalam kereta, tertinggal anak dalam kereta, kes tinggal anak dalam kereta, bayi meninggal dalam kereta, tips elak tertinggal anak dalam kereta, bapa lupa anak dalam kereta, tinggal anak dalam kereta 2019, kecuaian ibu bapa, kes cuai

sumber: thestar

Qiqi, pada mulanya dalam perjalanan ke kelas tadika di Yiyang, Wilayah Huna pada hari Isnin lalu oleh bapanya. Apabila sampai di tadikanya, bapanya terlalu leka menggunakan telefon bimbit dan terus meneruskan perjalanan tanpa menyedari yang Qiqi masih di dalam kenderaan.

Difahamkan, bapanya sedang bercakap di telefon bimbitnya, membaca mesej dan berlalu pergi. Apabila dia sampai di destinasi seterusnya di sebuah kedai, bapanya terus mengunci kereta dan meninggalkan anak perempuannya di tempat duduk belakang kereta!

Ibu Menyedari Anak Tidak Ada Di Sekolah…

mati dalam kereta, tertinggal anak dalam kereta, kes tinggal anak dalam kereta, bayi meninggal dalam kereta, tips elak tertinggal anak dalam kereta, bapa lupa anak dalam kereta, tinggal anak dalam kereta 2019, kecuaian ibu bapa, kes cuai

sumber: thestar

Apabila tiba waktu petang, ibunya yang datang tadika pada jam 5 untuk menjemput anak perempuannya mula menyedari yang Qiqi tidak datang ke sekolah pada hari tersebut. Dia terus menghubungi suaminya untuk memberitahu hal tersebut namun semuanya sudah terlambat.

Menurut laporan, ketika kanak-kanak bernasib malang itu ditemui 9 jam kemudian, wajahnya sudah berwarna keunguan dan tidak menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa! Paling sadis, suhu pada hari kejadian memuncak sehingga 30 darjah celcius.

Bapa Qiqi walau bagaimanapun menyatakan sebahagian dari kejadian itu perlu dipertanggungjawabkan kepada pihak tadiak kerana gagal memberitahu keluarga tentang ketiadaan Qiqi.

“3 orang guru menjaga 20 orang kanak-kanak dalam 1 kelas, tidak ada seorang pun yang tahu dia tidak datang sekolah,” kata si bapa.

“Tadika ini agak mewah di Yiyang, yuran yang dikenakan hampir mencecah 10,00 yuan (RM 6137.20) semester.

Pihak tadika bersetuju untuk membayar keluarga 32,000 yuan (RM 19639.04) untuk menyelesaikan perkara itu, menurut laporan.

Tips Elak Tertinggal Anak Dalam Kereta

mati dalam kereta, tertinggal anak dalam kereta, kes tinggal anak dalam kereta, bayi meninggal dalam kereta, tips elak tertinggal anak dalam kereta, bapa lupa anak dalam kereta, tinggal anak dalam kereta 2019, kecuaian ibu bapa, kes cuai

sumber: healthline

Anda mungkin berfikir yang anda tidak mungkin tertinggal anak dalam kereta bukan? Jangan begitu pasti ya.

Antara 2013 dan Julai 2018, sekurang-kurangnya 147 kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan, mengakibatkan 40 kematian, menurut satu kajian oleh The Beijing News. Tetapi dalam kebanyakan kes, penjaga kanak-kanak tidak bertanggungjawab.

Apakah yang anda boleh lakukan bagi mengelak kejadian seumpama ini berlaku? Berikut tips elak tinggal anak dalam kereta:

1. Letak carseat anak di belakang tempat duduk penumpang agar anda boleh melihat anak. Jangan letak carseat di belakang kerusi pemandu kerana lokasi itu merupakan titik buta (blindspot).

2. Amalkan memeriksa setiap ruangan dalam kereta sebelum mengunci kenderaan anda. Periksa juga di bahagian bawah tempat duduk belakang kerana kanak-kanak boleh menyorok di bahagian tersebut.

3. Letak anak patung (yang besar dan berwarna terang) atau beg susu di carseat anak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung/beg susu tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Cara ini merupakan satu peringatan bahawa anak anda dibelakang.

4. Letakkan barangan yang penting di belakang bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Ini bagi memastikan anda akan pasti toleh di belakang sebelum keluar kereta.

5. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

6. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety.

Bapa Tertinggal Anak Dalam Kereta Sehingga Maut! Ibu Ayah, Amalkan 7 Langkah Berjaga-Jaga Ini.

7. Bagi yang selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

Semoga kita dijauhkan dari tragedi sebegini. Semoga bermanfaat.

Apakah carseat sesuai untuk anak 2 tahun?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mediamaklumat.com

Baca juga: 

Ibu ayah, JANGAN tinggal anak dalam kereta walaupun sekejap, ini kesannya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!