Rebut 10 Tawaran Terhebat Di Tesco Baby Fair 2020
Tawaran Tesco cukup barbaloi dan pastinya menjadi persinggahan pertama untuk ibu bapa di hujung minggu.
Inilah pesta bayi yang paling popular, ibu dan ayah pasti berduyun-duyun ke Tesco Baby Fair. Tawaran Tesco cukup barbaloi dan pastinya menjadi persinggahan pertama untuk ibu bapa di hujung minggu. Berlangsung dari 16 – 29 Julai, theAsianparent telah mengenal pasti 10 tawaran terhebat di Tesco Baby Fair 2020. Senang lah nak cari barangan keperluan nanti. Sekali gus boleh membeli barangan runcit juga. Jom tengok katalog Tesco terkini disini!
Sebelum pergi, pastikan ada ruang di rumah untuk simpan lampin, susu formula, tisu basah dan pencuci pakaian bayi yang bakal dibeli nanti. Jom kita tengok!
Elakkan Dari Berebut Dan Mulakan Pengembaraan Membeli-Belah Dengan 10 Tawaran Terbaik Ini
Tingkatkan kecerdasan otak anak anda dengan susu Enfagrow A+. Dirumus dengan MFGM Complex, susu ini telah diuji secara saintifik untuk menyokong kestabilan mental dan emosi anak anda. Ia juga mengandungi DHA yang berfungsi untuk perkembangan minda kanak-kanak.
Untuk keterangan lanjut, layari di sini.
Bagi meningkatkan tumbesaran anak, susu PediaSure memang dikenali ramai untuk menaikkan selera makan anak anda. Susu ini dirumus khas untuk membantu kanak-kanak menjadi lebih tinggi dan kuat. Malah, ia sering disyorkan kepada kanak-kanak yang cerewet soal makan-minumnya.
Untuk keterangan lanjut, layari di sini.
Similac merupakan jenama produk yang sudah terkenal dalam kalangan ibu bapa. Diformulasikan secara khas untuk perkembangan otak dan penglihatan kanak-kanak, ia cukup padat dengan DHA, iaitu asid lemak yang ditemui dalam susu badan ibu. Kesihatan anak anda lebih terjamin dengan susu formula yang penuh khasiat ini.
Untuk keterangan lanjut, layari di sini.
Friso Gold seratus peratus diimport dari ladang-ladang di Belanda. Setiap peringkat pemprosesan dari ladang ke tahap pembungkusan dikawal oleh pihak Friso.
Hasil pengalaman dari 140 tahun, dapatkan susu yang berkualiti ini pada harga yang cukup kompetitif.
Untuk keterangan lanjut, layari di sini.
Formulasi Dugro kini mengandungi 100% lebih DHA dari rumusan terdahulu. Dirumus dengan kalsium dan serat untuk mengatasi sembelit juga kaya dengan protein dan Vitamin A. Susu Dugro cukup berkhasiat seperti dulu malah bebas sukrosa.
Untuk keterangan lanjut, layari di sini.
Tahukah anda inovasi produk Drypers dicipta oleh pakar tempatan? Jenama yang terkemuka ini beroperasi lebih dari 16 tahun di Malaysia, dan tetap komited dalam membekalkan lampin berkualiti kepada rakyat Malaysia. Dapatkan sekarang dan nikmati baucar KFC PERCUMA.
Untuk keterangan lanjut, layari di sini.
Sesuai untuk si kecil yang membesar dan semakin aktif, Fred & Flo Easy Pants ini senang dipakai dan mempunyai penyerapan yang kuat. Harganya juga lebih berpatutan dan tidak mengganggu poket ibu bapa.
Untuk keterangan lanjut, layari Fred & Flo.
Sebagai ibu bapa kita tahu betapa pentingnya menjaga kebersihan pakaian bayi. Cecair pencuci pakaian anti-bakteria Fred & Flo ini mampu membunuh 99.9% kuman dan boleh menembusi kain dengan berkesan untuk menghilangkan kotoran. Malah, ia tidak menyebabkan kulit tangan menjadi kasar.
Untuk keterangan lanjut, layari Fred & Flo.
Bila ada anak kecil, kita harus memberi tumpuan terhadap kebersihan dan keselesaan si manja sepanjang waktu. Oleh itu ibu bapa perlu pandai membuat pilihan tisu basah yang sesuai untuk kulit bayi. Tisu pelembap Fred & Flo ini tidak mengandungi wangian, bebas dari alkohol dan mudah ditarik setiap satu.
Untuk keterangan lanjut, layari Fred & Flo.
Lampin Fred & Flo merupakan rangkaian lampin pakai buang yang paling berbaloi untuk setiap peringkat umur bayi dan kanak-kanak. Selain memberi ruang yang selesa untuk kulit bernafas, lampin ini cukup lembut dan pada harga yang rendah, tidak perlu dibahas lagi tentang nilainya.
Untuk keterangan lanjut, layari Fred & Flo.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia