Untuk Ibu-Ibu Yang Tak Bahagia Dalam Perkahwinan Namun Kekal Demi Anak

Untuk Ibu-Ibu Yang Tak Bahagia Dalam Perkahwinan Namun Kekal Demi Anak

Tidak kira sama ada anda kekal "berlakon" dalam perkahwinan tidak bahagia, minta cerai atau jalani kaunseling - kebahagiaan diri adalah tanggungjawab anda.

Kekal dalam perkahwinan atau mahu minta cerai?

Sudah lama perkataan cerai bermain di fikiran kerana terlalu lama berada dalam perkahwinan yang tidak bahagia

Ia begitu lama hingga anda sudah lupa erti gembira dan tiada sesiapa yang tahu perasaan yang disimpan dalam hati.

Di luar, anda berdua kelihatan seperti pasangan bahagia tapi anda tak dapat menipu saudara-mara atau kawan rapat.

Saya pasti anak-anak yang lebih besar boleh lihat dengan mata sendiri dan tahu ibu mereka tidak bahagia.

Anda tidak minta cerai dari suami demi anak-anak, kerana ini perbuatan yang sepatutnya dibuat oleh seorang ibu. 

Untuk Ibu-Ibu Yang Tak Bahagia Dalam Perkahwinan Namun Kekal Demi Anak

Kredit: Huffington Post

Anda rasa tidak adil untuk memilih kebahagiaan diri, jadi anda membuat keputusan mengekalkan hubungan dengan suami dan berusaha untuk memberi kebahagiaan kepada anak-anak.

Akhirnya, siapa yang sengsara?  

Kemurungan anda boleh jadi kemurungan anak juga!

Menurut laporan pada 2009 oleh Majlis Penyelidikan Kebangsaan dan Institut Perubatan, kemurungan ibu bapa dikaitkan dengan tanda awal kanak-kanak dengan masalah perangai serta kurang nilai diri.

Untuk Ibu-Ibu Yang Tak Bahagia Dalam Perkahwinan Namun Kekal Demi Anak

Kanak-kanak boleh ada masalah perangai serta kurang nilai diri jika ibu tidak minta cerai dan kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia

Seorang ibu yang kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia demi kebahagiaan anak ini tidak semestinya menguntungkan anak-anak.

Jika anda sudah lama menyimpan perasaan yang terluka, takkan anak tidak tahu.

Anda mahu anak rasa bertanggungjawab untuk kesedihan anda? Jangan lakukan ini kepada mereka – atau diri sendiri.

Anda boleh melakukannya

Anda boleh menguruskan rumah tangga dengan usaha sendiri.

Ramai ibu-ibu tunggal yang berjaya membesarkan anak sambil bekerja dan menguruskan rumah.

Mungkin ambil sedikit masa untuk membina pendapatan sendiri jika anda belum pernah bekerja.

Tapi jika anda mengambil langkah demi langkah, anda boleh minta cerai dari suami dan membina kehidupan baru.

Adakah jalan ini jalan yang mudah? Sudah tentu ia sukar pada mulanya, tapi tiada yang senang atau free di dunia ini.

Jika anda bekerja, cuba langsaikan semua hutang anda dan asingkan wang simpanan.

Jika anda tidak bekerja, dapatkan bantuan rakan-rakan untuk mengemaskinikan resume anda.

Jangan berputus asa kerana anda sudah lama tidak bekerja

Apa-apa pun boleh dilakukan. Anda perlu memutuskan jalan mana yang lebih sukar. 

Anda mahu sengsara dan rasa terperangkap atau bebas walaupun perjuangannya susah?

Untuk Ibu-Ibu Yang Tak Bahagia Dalam Perkahwinan Namun Kekal Demi Anak

Sudahkah anda dan pasangan dapatkan pertolongan?

Sudahkah anda berdua mencuba kaunseling perkahwinan atau kaunseling individu?

Mungkin masih ada harapan untuk mengubah diri anda atau keadaan perkahwinan anda. Hanya anda yang tahu.

Langkah pertama adalah berbincang dengan pasangan.

Jika anda sudah memberi cadangan dan mereka tidak mahu pergi, anda masih boleh pergi bersendirian

Mungkin kaunseling akan memberi anda semangat keberanian untuk membuat perubahan kehidupan yang baik, sama ada untuk minta cerai ataupun tidak.

Jangan pura-pura tiada masalah

Apabila anda ‘berlakon’ setiap hari seolah-olah tiada masalah dalam perkahwinan anda, ia sebenarnya sangat bahaya untuk anak-anak.

Bayangkan mereka dalam situasi anda.

Anda mahu lihat mereka kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia?

Jika jawapannya tidak, anda perlu menceraikan diri dari kesengsaraan ini juga.

Ajar anak ini bukannya rupa perkahwinan bahagia dan ini bukannya rupa cinta yang sihat.

Akhirnya .. cerai atau tidak?

Tidak kira apa pilihan anda keputusan untuk cerai, atau terapi perseorangan – ia tidak perlu berterusan begini. 

Anda bertanggungjawab untuk kebahagiaan dan nasib sendiri. Tunjukkan kepada anak-anak yang menjaga diri dan menjaga hati diri sendiri adalah penting, supaya apabila mereka besar nanti, mereka akan melakukan perkara yang sama.

Sumber: Popsugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner