Gara-gara tidur dengan bayi, ibu beranak 5 ini berkongsi tragedi buruk yang terjadi

undefined

Tidur bersama bayi berbahaya jika ibu bapa tidak mengikut panduan keselamatan yang betul. Semoga kejadian tragik seperti ini tidak akan berulang....

Seorang ibu dari Kentucky telah berkongsi pengalaman buruknya gara-gara tidur bersama bayi yang mengejutkan ramai ibu bapa di dunia. Catrina Shephard berkongsi bagaimana anak perempuannya jatuh dari katil dan tidak sengaja telah menyebabkan mukanya cedera!

Ibu kepada 5 orang anak yang tinggal di Madisonville ini telah memuat naik gambar anaknya, Everly sebelum dan selepas insiden buruk terbabit. Tindakannya itu menimbulkan risau dan menakutkan ramai ibu bapa.

Namun, sekurang-kurangnya, ia juga membantu ramai ibu bapa untuk mengelakkan kejadian itu daripada terjadi lagi!

Tidur bersama bayi : tragedi buruk yang terjadi

Semasa terdengar suara anaknya yang sayup-sayup menangis, Catrina segera mendapatkan anaknya. Alangkah terkejutnya ibu itu apabila mendapati kaki anaknya ke arah atas dengan kepala ke bawah, terselit di antara katil dan dinding.

Mereka segera menelefon talian kecemasan setelah melihat kecederaan teruk pada muka anak mereka, Everly.

tidur bersama bayi, tidur, bayi, bersama, ibu bapa, ibu, tular, warning, keselamatan, bayi tidur, tidur dengan bayi, keselamatan bayi tidur

Tidur bersama bayi : Everly cedera teruk dari tekanan semasa jatuh

Mereka segera ke bahagian kecemasan dan mendapatkan imbasan CT dan sinaran X untuk anak mereka. Pakar mendapati terdapat retak di bahagian telinga kiri serta kesan lebam pada bawah matanya akibat tekanan kuat semasa terjatuh. 

Kasihan Everly!

Everly diterbangkan ke UK untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mendapati terdapatnya keretakan pada muka anak kecil itu. Kedua-dua ibu bapa itu akhirnya rasa bersalah dengan apa yang terjadi kepada anak mereka hingga merasakan mereka bukanlah ibu bapa yang baik.

tidur bersama bayi, tidur, bayi, bersama, ibu bapa, ibu, tular, warning, keselamatan, bayi tidur, tidur dengan bayi, keselamatan bayi tidur

Tidur bersama bayi : langkah keselamatan yang penting

Seperti yang anda tahu, tidur bersama bayi ialah sama ada tidur bersama di atas satu katil atau katil berlainan namun dalam satu bilik. Perbuatan ini tidak salah.

Namun, apa sahaja yang berkaitan dengan bayi, pasti ada panduan keselamatan tersendiri untuk menjaga perkembangan anak anda.

Berikut antara langkah keselamatan yang penting buat panduan ibu bapa:

  • hati-hati dengan selimut dan cadar yang berat – ia mungkin tidak sengaja menutup muka bayi anda
  • jika anda ada masalah tidur seperti berdengkur, elakkan tidur bersama bayi
  • walaupun tidak mustahil, tapi tidur bersama lebih 2 anak mungkin boleh mendatangkan risiko kecederaan (katil menjadi sempit contohnya).
  • jika anda di bawah pengaruh alkohol, ubat atau dadah termasuklah ubat yang menyebabkan anda tidur, elakkan tidur bersama bayi
  • jangan guna tilam air
  • rapatkan salah satu sisi katil ke dinding dan pastikan tiada ruang untuk bayi anda jatuh.

Jika bayi anda tidur dalam katil sendiri

bayi susah tidur malam menurut Islam, bayi enggan tidur, bayi sukar tidur malam, punca bayi tak nak tidur, punca bayi susah tidur malam, punca bayi susah tidur, bayi susah tidur, bayi enggan tidur malam, anak susah tidur

Jika bayi anda tidur sendiri di katil bayi, ikut asas keselamatan yang diberi. Contohnya, Australian Competition and Consumer Commission telah menyediakan beberapa panduan untuk diikuti.

  • jangan guna langsir kerana ia mendatangkan risiko tercekik
  • pastikan tidak meletakkan apa-apa di atas katil bayi – risiko barang terjatuh ke atas bayi
  • pastikan tilam di posisi terbawah sebelum bayi anda pandai duduk
  • pastikan tiada bantal besar atau mainan besar jika bayi anda sudah pandai berdiri
  • kerap memeriksa skru katil bayi anda dan pastikan ianya ketat
  • jangan mengubah suai sendiri katil bayi hingga boleh mendatangkan risiko keselamatan

Untuk Catrina, semoga Everly terus sihat dan dijauhi dari kecederaan.

 

 

 

 

Sumber: Australian Competition and Consumer CommissionFacebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bayi 4 bulan mati mengejut kerana kain bedung sendiri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!