5 Tanda Overtired, Anak Tak Cukup Tidur Boleh Jadi Hiperaktif Tau Parents!

undefined

Tidur memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan seseorang. Jadi bila tidur cukup, segala perkara akan berjalan dengan lancar saja, perasan tak?

Tidur memainkan peranan sangat penting dalam kehiduan seseorang. Jadi bila tidur cukup, segala perkara akan berjalan dengan lancar saja, perasan tak?

Jadi, di sinilah pentingnya tidur cukup untuk kanak-kanak. Kita yang dewasa ini, bila tak cukup tidur mulalah nak moody segalanya tak betul. Tidak mustahil perkara sama juga boleh terjadi kepada anak-anak.

Disebabkan itu amat disarankan agar ibu bapa pastikan anda cukup tidurnya bagi mengelakkan mereka menjadi overtired kerana bila terlalu penat, badan manusia seakan-akan tidak boleh berhenti dan membuatkan terjadinya masalah lain.

Tidur cukup penting untuk tumbesaran dan otak kanak-kanak

tidur cukup

Menurut laporan siraplimau.com, tidur cukup ini sangat penting untuk kanak-kanak.

Mesti ramai antara kita yang pernah mengalami situasi yang mana anak mengamuk-ngamuk, tetapi dia tak boleh tidur. Pening kepala kan? Segalanya tak kena, dah mengantuk tapi masih menahan mata.

Mereka ni nampak masih aktif, nak bermain itu ini, sedangkan mereka tengah ‘menahan mata’ dan susah nak tidur sebab dah terlalu penat atau overtired.

Sebenarnya overtired sangat menganggu emosi anak. Jadi sebelum terjadi lagi perkara memeningkan ini, eloklah ibu ayah baca dulu mengenainya.

Jadi, jom ketahui selanjutnya punca bayi susah tidur dan apa tanda overtired pada si kecil yang ramai ibu bapa terlepas pandang.

#1. Apakah overtired baby?

tidur cukup

Menurut BabySleepSite, bayi yang dah terlampau letih atau ‘overtired baby’ ini adalah bayi yang sudah menjadi terlalu letih untuk tidur.

Biasanya bayi begini akan meragam dan menangis apabila mahu ditidurkan. Kemudian bila dah tertidur, sekejap aja dia dah bangun! Dan bila dah terjaga tu, memang susahlah nak tidurkannya semula.

Dengar macam familiar kan? Seperti pernah dialami kan?

Tapi, kenapa agaknya bayi ni letih sangat sampai dia jadi susah nak tidur? Bukannya dia ada buat kerja-kerja berat macam kita ni kan?

#2. Punca bayi terlalu letih

Punca overtiredness di kalangan bayi ni biasanya disebabkan kekurangan tidur atau sleep deprivation.

Waktu berjaga tu, macam-macam informasi dan aktiviti fizikal berlaku pada tubuh bayi. Untuk memproses segala maklumat dan perkara yang berlaku ni, bayi memerlukan tidur atau naptime yang kerap.

Walaupun setiap bayi mungkin mempunyai rutin tidur yang berbeza, namun secara umumnya mereka hanya mampu memberi tumpuan seperti berikut:

  • Bayi baru lahir biasanya boleh berjaga 45 minit sebelum berasa letih dan mengantuk
  • Bayi 6 bulan boleh berjaga selama 2 jam sebelum berasa letih dan mengantuk
  • Anak kecil berusia 1 -3 tahun boleh berjaga selama 5 jam sebelum berasa letih dan mengantuk

#3. Bila  terlalu letih jadi lagi susah tidur

tidur cukup

Bila bayi dah terlalu letih, sistem stres pada tubuhnya akan diaktifkan.

Ketika ini, hormon stres seperti kortisol dan adrenaline akan dirembeskan, lalu menjadikan bayi susah untuk relaks dan bertenang.

Waktu inilah juga bayi mungkin akan kelihatan ‘luarbiasa aktif’ dan menjadi makin susah nak diajak tidur.

#4. Tanda bayi terlalu letih

Bila mak ayah tak perasan yang anak mereka ni sebenarnya dah terlalu letih, keadaan boleh bertambah buruk sebab bayi akan menjadi lebih sukar nak tidur nanti.

Jadi sebab itulah penting untuk kita kenali tanda overtired baby. Antaranya:

  • Bayi menggosok mata atau muka
  • Moody, meragam
  • Mengelakkan eye contact
  • Menjadi lebih clingy, tak mahu diletak
  • Tak berminat dengan mainan, makanan, atau apa-apa yang biasanya disukai
  • Menjadi semakin aktif apabila waktu berjaga semakin lama

#5. Cara tidurkan bayi yang terlalu letih

Bukan mudah nak tidurkan overtired baby ni. Tapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Mahu tidak mahu anda perlu cuba juga.

Apa yang boleh ibu ayah cuba adalah:

  • Malapkan lampu
  • Menjauhkan daripada bunyi bising, TV, gajet dan sebagainya
  • Elakkan eye contact, berikan sedikit quiet time pada bayi
  • Dukung bayi, dodoikannya
  • Membedungnya
  • Menyusukannya
  • Memainkan white noise / zikir kegemarannya

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: babysleepsite, siraplimau

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtempat-tidur-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!