Bahaya Tidurkan Bayi Lain Bilik, Bayi Ini Maut Tanpa Ibu Ayah Sedar

Tanpa kita sedar, sebenarnya bahaya tinggal anak tidur asing di tingkat atas. Ikuti kisah amaran ibu ini apabila anaknya maut kerana tidur berasingan.

Memang ia sesuatu yang normal untuk mengasingkan bilik tidur anda dan anak-anak. Namun perlu diingat masih ada risikonya untuk bayi kecil, kerana ada kemungkinan besar untuk mengalami SIDS (sudden infant death syndrome) dan masalah lain yang tidak disedari.

Bahaya tinggal anak dan berjauhan dari mereka – pengajaran dari seorang ibu

Keri Volmert tak sangka saat dia tinggal anak perempuannya yang berusia 17 bulan di tingkat atas malam itu adalah saat terakhir dia melihat anaknya bernafas. Sammie, anaknya memang tidur dalam bilik di tingkat atas manakala Keri pula tidur di tingkat bawah.

Setiap malam, Keri akan menidurkan Sammie seperti biasa dalam biliknya. Sammie akan menangis sikit tapi selepas didodoi, dia akan tertidur. 

tinggal anak

Kredit: FB Remembering Sammie Joyce Volmert

Keesokan pagi, tiba-tiba suami Keri dengan panik menjerit nama Keri sekuat hati. Suami Keri memang setiap pagi akan bangun memeriksa bilik anak-anak di tingkat atas. 

Keri tahu ada sesuatu yang tak kena. Sammie! Suami Keri turun dengan muka menggelabah dan penuh cemas. 

Keri, saya rasa Sammie tak bernafas!” jerit si suami.

Keri tergamam. Dia tak tahu nak buat apa. Dia tercegat di situ melihat si suami memberi bantuan kecemasan pada Sammie. Selepas tidak berjaya, mereka bergegas ke wad kecemasan. 

15 minit di wad kecemasan, doktor mengesahkan Sammie sudah meninggal dunia kerana hipertermia. Hipertermia adalah satu keadaan di mana suhu badan individu meningkat dan gagal untuk turun kerana badan mengeluarkan haba atau menyerap lebih haba berbanding melepaskannya. 

tinggal anak

Kredit: Remembering Sammie Joyce Volmert

Peningkatan suhu badan yang terlampau ekstrem mampu meragut nyawa!

Tinggal anak tidur di tingkat atas – ibu bapa tak sedar apa boleh terjadi

Walaupun suhu dalam bilik Sammie telah ditetapkan pada kadar 72 degree, namun malam itu pemanas di tingkat atas rosak. Maka, pemanas meningkatkan haba sehingga lebih 100 degree menjadikan ia seperti sauna!

Doktor percaya Sammie tidak menangis atau terjaga dari tidur kerana kanak-kanak (bawah umur 3 tahun) masih tidak mampu mengawal suhu badan mereka seperti orang dewasa. 

Inilah bahaya yang Keri dan suami baru sedar selepas mereka kehilangan Sammie. Anak-anak kecil terutamanya tidak patut diletakkan di tingkat atas dan berasingan daripada ibu bapa kerana risiko ibu bapa tak sedar apa yang mungkin terjadi.

tinggal anak

Kredit: Remembering Sammie Joyce Volmert

Keri menyalahkan dirinya kerana kematian Sammie. Dia kesal kerana tidak membeli monitor suhu untuk diletakkan dalam bilik anaknya. Sebelum ini Keri amat berwaspada.

Dia tahu bahaya meletakkan barang permainan dan cadar yang tak ketat pada bayi. Mereka boleh lemas. Dia juga tahu bahaya tidak mengawasi pernafasan anak. Tapi dia tak sedar meletakkan anak di tingkat yang berbeza boleh meragut nyawa anaknya.

Anak pertama Keri, Jackson, 3 tahun, tidur dalam bilik Keri kerana dia kata ada monster dalam biliknya. Kalau Jackson tidur di tingkat atas juga, pasti nyawanya juga melayang malam itu. 

Tanda-tanda hipertemia

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Keri berkeras ingin memberi amaran untuk ibu bapa di luar sana yang duduk rumah double-storey untuk memandang serius masalah seperti ini.

tinggal anak

Kredit: Remembering Sammie Joyce Volmert

Meletakkan anak di tingkat yang berbeza dari ibu bapa membuatkan kita tak sedar apa yang boleh berlaku. Sebab itu ibu bapa perlu lebih peka. 

Kes Keri mungkin kerana pemanas dalam rumah. Di Malaysia, kanak-kanak atau bayi boleh terkena hipertemia jika ditinggalkan dalam rumah yang panas (dengan cuaca di sini!) atau dalam kereta.

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera sejukkan mereka dan suruh mereka berehat. Banyakkan minum air bagi membantu badan kekal hidrasi.

Antara tanda-tandanya adalah:

  • pening
  • lemah
  • muntah-muntah
  • dahaga
  • sakit kepala
  • degupan jantung lebih laju dari biasa
  • tak boleh berdiri atau memandang mata

Moga kejadian ini kita ambil sebagai pengajaran dan ikhtibar. Sama-sama menjaga keselamatan anak-anak anda. Pastikan anda tak tinggal anak di mana-mana tempat yang jauh dari pandangan anda.

Malang tidak berbau!

Sumber rujukan: Country Living, Healthline, Facebook Remembering Sammie Joyce Volmert

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bagaimana Untuk Memastikan Bayi Anda Kekal Selesa Walaupun Dalam Cuaca Panas

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!