12 Tingkah Laku Baik Yang Semua Kanak-Kanak Perlu Belajar Sedari Umur 2 Tahun

12 Tingkah Laku Baik Yang Semua Kanak-Kanak Perlu Belajar Sedari Umur 2 Tahun

Ibu ayah, mari ketahui 12 tingkah laku baik kanak-kanak yang anda perlu ajari kepada si kecil anda sedari usia 2 tahun sehingga umur 9 tahun sehingga ia menjadi sebati dalam dirinya!

Untuk membesarkan anak-anak yang mempunyai tingkah laku baik dan berpekerti tinggi, ibu ayah perlulah memupuk sifat ini setiap hari.

Ia adalah satu usaha berterusan yang memerlukan disiplin serta kesabaran setiap ibu bapa.

Jadi, apakah antara sifat dan tingkah laku baik yang anak anda perlu belajar bermula usia 2 tahun sehingga umur 9 tahun?

Teruskan membaca dan mari pupuk sifat-sifat ini bermula dari sekarang ya!

1. Berkata “tolong” dan “terima kasih”
ajar anak minta tolong

Sumber: Moderbocamom.com

Sebaik sahaja anak anda pandai berkata-kata, si kecil anda juga perlu belajar nilai kesopanan.

Berkata “tolong” apabila meminta bantuan dari sesiapa dan berkata “terima kasih” selepas menerima sesuatu adalah habit yang bagus untuk diajari sedari awal!

2. Tidak menyampuk perbualan seseorang

Ini lagi satu sifat dan tingkah laku baik yang perlu ada pada seorang insan. Apabila anak anda mula pandai bersembang dan berkomunikasi, anda perlu mengajar mereka untuk sabar.

Apa maksudnya? Ia bermakna, anda perlu mengajar si kecil anda untuk menunggu gilirannya, mendengar, dan memberi perhatian kepada kata-kata dari pihak yang sedang bercakap – kecuali kalau dia ingin katakan sesuatu yang benar-benar penting!

3. Belajar meminta izin

Sebelum menyertai perbualan seseorang, kanak-kanak juga perlu belajar bagaimana untuk meminta izin untuk bercakap. Mulakan kata-kata dengan “maafkan saya” sebelum menyertai perbualan.

Anak kecil juga perlu belajar bagaimana untuk meminta izin untuk berjalan di hadapan orang yang lebih tua atau berkata “excuse me” apabila terbatuk dengan kuatnya di hadapan seseorang.

4. Tidak memberi komen terhadap fizikal seseorang
ajar anak sopan

Sumber: Youtube.com

Kanak-kanak memang jujur, tetapi apabila tiba masa yang sesuai, anda sebagai ibu ayah perlu juga mengajar mereka erti kesopanan.

Mereka perlu belajar untuk tidak memberi komen negatif terhadap rupa atau bentuk fizikal seseorang, tidak kiralah betapa jujur atau benarnya kata-kata itu.

Anak anda perlu tahu untuk menjaga hati seseorang dan tidak memanggil seseorang itu “hitam“, “tidak cantik” atau “gemuk” sama ada di hadapan orang tersebut, ataupun ketika di belakangnya!

5. Mengetuk pintu yang tertutup

Anak anda juga sudah perlu mula belajar untuk mengetuk pintu yang tertutup sebelum membukanya.

Ajari mereka untuk menunggu sehingga seseorang memberi respons sebelum mereka masuk ke sesuatu bilik.

6. Mengelak kata-kata kesat

Anak kecil itu umpama span. Mereka mampu menyerap apa sahaja yang mereka dengari, sama ada dari TV atau dari orang di sekeliling mereka.

Kadangkala, anak kecil tidak tahu yang perkataan yang baru mereka ucapkan itu adalah kata-kata kesat. Jadi, itu adalah tugas anda sebagai ibu ayah untuk memperbetulkan kesilapan mereka.

Jangan membiasakan mereka untuk berkata kesat, tanpa anda memperbetul atau menegurnya. Takut ia menjadi habit yang sukar untuk ditinggalkan!

7. Tidak mengejek orang lain

Mengejek atau mempermainkan orang lain sememangnya adalah satu sikap yang tidak baik.

Ibu bapa perlu mengajar anak untuk tidak menggelar seseorang dengan nama yang tidak disukainya!

8. Menutup mulut apabila terbatuk atau bersin
ajar sopan kanak-kanak

Sumber: Medicalcity.wordpress.com

Ini lagi satu tingkah laku yang baik yang patut anda ajar pada si kecil anda, bermula usia 2 tahun sehingga 9 tahun.

Ajar anak anda untuk sentiasa menutup mulut ketika mereka terbatuk atau terbersin, terutamanya jika ada seseorang di hadapan mereka.

9. Tidak mengorek hidung di tempat awam

Ini sememangnya satu perangai yang tidak manis untuk dibuat di hadapan orang ramai.

Anda perlu mengajar anak anda untuk menunggu sehingga mereka berada di rumah untuk melakukannya.

Malah, jika perlu, ajar mereka untuk pergi ke tandas, dan bukannya mengorek hidung di depan orang lain. 

10. Ajar anak untuk pandai menawarkan pertolongan

Apabila anak anda berada di rumah saudara mara atau ketika di kampung semasa perjumpaan keluarga, galakkan anak anda untuk menawarkan pertolongan kepada sesiapa sahaja.

Membantu tugas kecil di dapur, mengemas ruang tamu, atau menyiapkan meja makan – ini adalah antara jenis pertolongan yang mungkin anak anda boleh tawarkan diri untuk membantu.

11. Tidak merungut apabila mereka bosan

Anak kecil memang suka merungut, terutamanya jika mereka berasa tidak seronok atau bosan.

Sedari kecil, pupuklah sikap bersabar. Jangan digalakkan tabiat mereka yang suka merungut dan menarik muka masam/bosan di hadapan orang lain.

Ya, ini bukanlah satu tugas yang mudah. Sebab itulah ia perlu diajar dan dipupuk dari kecil, sehingga menjadi tabiat murni dan semulajadi dirinya.

12. Belajar untuk meminta dengan sopan
cara ajar anak adab meja makan

Sumber: Sheknows.com

Contohnya, ketika makan, ajar anak anda untuk tidak mengambil makanan yang jauh dari mereka. Sebaliknya, jika dia memerlukan sesuatu, ajarinya untuk meminta bantuan orang lain dengan sopan.

Kemudian, minta juga si kecil anda untuk berkata “terima kasih” selepas mereka mendapat sesuatu, hasil bantuan orang lain.

Bagaimana pula dengan anda, ibu ayah sekalian?

Apa lagi tingkah laku baik yang anda sudah pupuk dalam diri anak anda, sedari umurnya kecil? Kongsikan pengalaman anda dengan kami di ruangan komen ya!

Sumber: The Asian Parent Philippines

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Ibu Ketika Mendisiplinkan Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner