5 tingkah laku kanak-kanak yang membimbangkan

lead image

Macam mana kita boleh bezakan apa tingkah laku yang biasa dan apa tingkah laku yang membimbangkan?

Sebagai ibubapa, kebanyakan kita bimbang tentang anak kita. Tetapi bagaimana kita boleh bezakan apa tingkah laku yang biasa dan apa tingkah laku yang membimbangkan? Kadang-kadang ia adalah sukar untuk mencari keseimbangan diantara rasa bimbang yang terlapau dan kebebasan yang terlalu banyak.

Berikut adalah 5 tingkah laku yang ibubapa patut beri prihatin:

#1 Mencubit, mencalar atau sengaja melukakan diri sendiri

Kredit : Pulsk

Sikap suka mencederakan diri boleh dikesan dalam pelbagai bentuk. Kanak-kanak kecil biasanya akan mencubit, mencalar atau menumbuk diri sendiri.

Remaja pula lebih cenderung memotong dengan pisau pen pada bahagian yang berlainan di badan mereka dalam usaha menghadapi tekanan emosi atau kekecewaan.

Jika anak anda bersikap suka memudaratkan diri, ini adalah tingkah laku yang membimbangkan. Bawa anak anda untuk berjumpa ahli terapi atau menghadiri sesi kaunseling untuk memproses emosi mereka. Dari sesi ini mereka juga boleh membincang tentang perasaan kemurungan dan isu kesihatan mental lain.

#2 Tidak dapat tidur pada waktu malam

Kredit : Parenting

Kanak-kanak yang sihat biasanya tidak akan menghadapi masalah untuk tidur pada waktu malam.

Purata jam kanak-kanak tidur:

  • < 2 bulan : 14-18 jam sehari
  • 3- 11 bulan : 12-16 jam
  • 1- 3 tahun : 12-14 jam

Jika anak anda tidak mempunyai masa rehat yang secukupnya sehingga menjejaskan kesihatan mereka, cuba bawa jumpa doktor dan siasat kalau anak anda mengalami gangguan tidur.

#3 Tidak mahu makan atau nampak tidak berselera

kredit : Verywell

Makan dan masa rehat yang secukupnya adalah petunjuk yang baik apabila menilai kesihatan seseorang. Jika anak anda tiba-tiba tidak mahu makan atau berasa tidak berselera – ini adalah satu kebimbangan utama.

Tapi ni bukan kisah cerewet makan, maksud saya, hilang segala selera dan tidak makan untuk beberapa hari. Cuba pastikan jikalau anak anda rasa sakit atau berhenti makan kerana masalah tekanan, kebimbangan atau mood.

#4 Tingkah laku luar biasa yang agresif atau ganas

kredit : YouTube

Jika seorang kanak-kanak sedang ganas atau agresif, tingkah laku ini perlu ditangani dengan segera. Kanak-kanak yang mengambil jalan keluar dengan berkelakuan ganas memerlukan bantuan untuk mengawal diri.

Jangan berlengah sehingga anak dewasa sebelum mendapat bantuan profesional. Terdapat banyak faktor yang mungkin menyebabkan anak menjadi agresif. Ini mungkin boleh disebabkan pengalaman yang pahit ataupun mungkin mereka pernah dikasari dan dibuli.

Ia adalah lebih baik untuk para pakar untuk menyiasat punca mengapa anak berkelakuan ganas supaya masalah ini dapat ditangani secepat mungkin.

#5 Sikap suka berahsia

kredit : harrycutting

Kita sentiasa mengingatkan anak-anak kita untuk memberitahu jika ada apa yang mengganggu mereka. Kalau kelakuan mereka tiba-tiba beralih suka mendiamkan diri dan berahsia dengan cara yang mencurigakan, mungkin sesuatu telah berlaku.

Terlitikan perubahan tingkah laku mereka dan dengan perlahan-lahan cuba pujuk mereka untuk memberitahu kisah sebenarnya. Dengar dengan hati yang terbuka dan jangan menunjukkan reaksi yang terlampau drastik.

Ingat bahawa anda mahu mereka berasa selesa dan selamat untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Reaksi yang drastik hanya akan menyebabkan mereka menyembunyikan perasaan mereka.