Awas! 8 Gaya Asuhan SALAH Ini Punca Anak Nakal & Tak Dengar Cakap - Pakar Pediatrik

lead image

Sebab itu orang tua-tua kata, nak mendidik anak perlu bermula dari rumah kerana tingkah laku negatif anak itu kadang-kadang berpunca dari sikap ibu bapa...

Setiap ibu bapa pastinya mahu anak membesar jadi seorang yang berguna dan sihat. Tapi, gaya keibubapaan hari ini kadang-kadang boleh mempengaruhi anak mempunyai tingkah laku negatif tanpa anda sedari. 

Sebab itu, pakar pediatrik menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya berhati-hati ketika membesarkan kanak-kanak di zaman digital ini.

Ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan dan kehidupan mereka pada masa hadapan. 

8 tingkah laku negatif pada anak yang berpunca dari ibu bapa itu sendiri 

#1. Biarkan anak tak ambil sarapan pagi 

tingkah laku negatif, sikap ibu bapa, tingkah laku, sikap, tingkah laku mak ayah, tingkah laku anak, sikap parents, sikap ibubapa pada anak, sikap ibu bapa mempengaruhi anak-anak

Kredit : Pama

Sarapan pagi sangat diperlukan kerana ia memberi manfaat kepada otak untuk belajar dengan baik.

Tapi, jika anda membiarkan anak berada dalam keadaan lapar dan beri makanan tak berkhasiat, ia boleh mempengaruhi tabiat makan buruk kepada mereka. Hasilnya, mereka lebih cenderung untuk obesiti dan pembelajaran anak terganggu. 

#2. Membenarkan anak menonton tv terlalu lama 

Jika ibu bapa membiarkan anak menonton tv dan bermain telefon bimbit terlalu lama, ia boleh mengganggu aktiviti berfaedah yang lain. 

Malah, menonton tv dan bermain gadjet terlalu lama boleh menyebabkan sawan!

Oleh itu, anda harus mengehadkan tontonan tv kepada anak -anak terutama mereka yang berusia dua tahun ke atas agar tidak lebih dua jam.

#3. Membiarkan anak minum minuman manis atau ringan 

tingkah laku negatif, sikap ibu bapa, tingkah laku, sikap, tingkah laku mak ayah, tingkah laku anak, sikap parents, sikap ibubapa pada anak, sikap ibu bapa mempengaruhi anak-anak

Beberapa makanan atau minuman ini tidak bawa manfaat kepada kanak-kanak kerana ia ada kandungan gula yang sangat tinggi dan melebihi keperluan tenaga badan. 

Apabila makan terlalu banyak, ia akan mengumpul lemak sekaligus anak jadi obesiti. 

Manakala, minuman ringas seperti air bergas boleh menyebabkan ulser perut dan usus. Oleh sebab itu, pengeluar minuman ringan di Amerika Syarikat berkempen bagi mengurangkan jumlah minuman tersebut di sana. 

#4. Beri anak makan dan bermain sendiri 

Para penyelidik mendapati anak-anak yang makan bersama keluarga setiap hari cenderung memiliki corak pemakanan yang lebih baik kerana ibu bapa membantu kawal jumlah makanan yang diambil. 

Namun situasi akan jadi berbeza jika anda membiarkan anak makan seorang diri tanpa menemani mereka. 

#5. Anak terlalu bebas bermain tablet atau telefon bimbit 

tingkah laku negatif, sikap ibu bapa, tingkah laku, sikap, tingkah laku mak ayah, tingkah laku anak, sikap parents, sikap ibubapa pada anak, sikap ibu bapa mempengaruhi anak-anak

Tak salah nak perkenalkan telefon mudah alih pada anak, tapi anda harus ajar mereka guna dengan cara yang betul supaya ia memberi manfaat pada pembelajaran mereka. 

Jika anda membiarkannya anak anda menonton YouTube yang tidak sesuai dengan umur mereka, ia sekaligus boleh menyebabkan tingkah laku negatif pada anak atau mereka boleh terjerumus buat perkara yang tak baik

#6. Paksa anak melakukan aktiviti lain selepas waktu sekolah 

Ibu bapa perlu tahu, selepas waktu sekolah anak-anak akan letih dan otak mereka perlukan rehat.  Jadi, biarkan mereka makan, mandi dan tidur bagi mendapatkan semula tenaga yang hilang.

Di sebelah petang, biarkan dia bermain dengan rakan-rakannya di luar rumah. 

#7. Tak kawal pengambilan makanan anak 

tingkah laku negatif, sikap ibu bapa, tingkah laku, sikap, tingkah laku mak ayah, tingkah laku anak, sikap parents, sikap ibubapa pada anak, sikap ibu bapa mempengaruhi anak-anak

Membiarkan anak ambil makanan pencuci mulut yang disediakan seperti kerepek, kentang goreng, keropok dan lain-lain boleh membahayakan kesihatan anak tanpa anda menyedarinya. 

Adalah lebih baik anda tukar menu pencuci mulut kepada yang lebih berkhasiat seperti yogurt, mini pizza, popcorn, roti, buah-buahan dan lain-lain. 

#8. Tak galakkan anak berjalan sendiri 

Ramai ibu bapa yang tak membenarkan anak kecil berjalan sendiri sedangkan aktiviti berjalan itu sebenarnya bagus dan boleh membina keyakinan pada anak untuk berdikari dan meneroka keadaan sekeliling. 

Diharap dengan amaran yang dikeluarkan oleh pakar pediatrik ini, kita semua membesarkan anak dengan cara yang betul supaya mereka dapat input yang baik daripada ibu bapanya sendiri. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit gambar : Pop Mama 

Sumber : Penulis asal Tulya. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Thailand untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

12 Tingkah Laku Baik Yang Semua Kanak-Kanak Perlu Belajar Sedari Umur 2 Tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Nurul Halifah